Dikemaskini pada: Jun 22, 2020
Terima kasih Puan atas soalan tersebut. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan dan suami atas kehamilan ini. Berdasarkan apa yang Puan maklumkan, kemungkinan mengandung adalah tinggi. Keaddan yang dimaklumkan kemungkinan berlaku kerana proses persenyawaan berlaku apabila mendekati tarikh datang haid Puan. Oleh sebab itulah, anda datang haid tetapi ujian kehamilan positif. Selain itu, sebab lain ialah keadaan yang dikenali sebagai ‘implantation bleeding’. Ini merupakan sebuah fenomena di mana pendarahan berlaku kerana telur yang dipersenyawakan sedang cuba melekatkan diri pada dinding rahim. Hal ini tidak perlu dirisaukan.
Adalah dinasihati untuk Puan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat kotak dan sebagainya semasa hamil. Hal ini boleh menjejaskan bukan sahaja kesihatan Puan malah kesihatan bayi tersebut. Oleh itu, Puan dinasihati untuk berehat dan mengambil masa untuk menjaga kesihatan diri dan pemakanan untuk memastikan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan mendapat nutrien yang mencukupi. Puan juga harus memastikan pendarahan tersebut tidak bertambah banyak dan sekiranya berasa risau atau disertakan dengan sakit segeralah datang ke hospital.
Kebanyakkan wanita apabila mengandung amat takut apabila berlaku pendarahan tetapi kadang kala pendarahan tersebut tidak membahayakan malah ianya sementara dan tidak akan menjejaskan kesihatan bayi dan wanita tersebut.
Penyebab utama wanita datang period atau datang haid waktu mengandung ialah proses persenyawaan berlaku ketika wanita tersebut hampir datang haid. Persenyawaan tidak akan berlaku sejurus selepas melakukan hubungan seks. Ianya akan berlaku selepas beberapa hari melakukan hubungan seks dan pada ketika itu kemungkinan wanita tersebut datang haid tetapi telur telah berjaya disenyawakan. Jadi para wanita yang mengalami simptom ini boleh bertemu doktor untuk memastikan kehamilan.
Selain itu, penyebab lain mengandung tapi period ialah kerana tahap hormon progesterone dalam badan amat rendah. Hal ini akan menyebabkan dinding rahim kurang kukuh dan mulai pecah dan menyebabkan kedatangan haid.
Namun begitu, pendarahan yang berlaku selepas 24 minggu kehamilan adalah perkara yang serius. Anda dinasihatkan untuk segera mengunjungi doktor untuk pemeriksaan. Hal ini kerana wanita tersebut mungkin menghidap keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah yang dipanggil ‘placenta previa’ atau sebahagian uri terlepas dari dinding rahim yang dipanggil ‘placenta abruption’.
Pendarahan yang boleh dikelirukan dengan haid adalah apabila melakukan hubungan seks ketika mengandung. Apabila wanita mengandung, mereka akan mengalami perubahan pada permukaan serviks. Ini boleh juga menyebabkan pendarahan yang boleh dkelirukan dengan kedatangan haid.
Seterusnya, penyebab lain yang boleh mendatangkan haid ketika mengandung ialah jangkitan kuman. Hal ini haruslah diambil serius dan sekiranya berlaku masalah seperti ini, dengan segera wanita tersebut perlu ke hospital untuk dirawat kerana kemungkinan boleh mengancam nyawa kandungan tersebut.Cara mengatasi masalah ini adalah dengan sentiasa berhati-hati sewaktu mengandung. Wanita haruslah mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor dan sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri dan juga bayi.
Sekiranya wanita tersebut mengalami pendarahan yang banyak berserta dengan sakit perut maka ianya perkara yang serius dan harus segera ke hospital untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana ini kemungkinan disebabkan oleh posisi uri di bahagian bawah rahim atau uri tercabut dari rahim dan keadaan ini memerlukan perhatian doktor dengan kadar segera.
Seterusnya, wanita tersebut juga dinasihatkan menghindarkan diri daripada melakukan sebarang kerja berat. Ini boleh menjejaskan bukan sahaja kesihatan ibu tetapi juga bayi dalam kandungan.
Di samping itu, wanita mengandung juga haruslah mengawal emosi dengan baik dan tidak terlalu runsing atau tertekan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan berfikiran positif.
Rujukan
Soalan berkenaan - hamil tapi haid banyak, tanda mengandung tapi period, haid tapi positif hamil, hamil selepas haid, keluar darah seperti haid ternyata hamil
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my