Bagaimana mengenali simptom sakit jiwa (Mental Illness) dan apakah cara mengatasinya?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 22, 2020

Soalan:

Hello, doktor. Saya seorang ibu berumur 54 tahun dan ingin bertanya mengenai masalah yang dihadapi oleh anak saya, seorang perempuan berusia 23 tahun sejak beberapa minggu yang lalu. Anak saya mula mengalami perubahan mood sejak akhir-akhir ini. Dia kerap murung, tidak lalu makan dan kesihatan fizikal badannya mula merosot. Dia juga pernah mengadu bahawa dia tidak boleh tidur pada waktu malam dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika belajar pada keesokan harinya. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, adakah ia berkaitan dengan gangguan kesihatan mental atau sakit jiwa dan perlukah saya membawanya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan lebih lanjut?

Jawapan:

Hello. Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan besar anak anda mengalami depresi iaitu salah satu penyakit mental atau sakit jiwa (Mental Illness). Keadaan ini mempengaruhi cara seseorang berfikir, perasaan atau perangai atau hubungan sosial dengan orang lain dan interaksi dengan persekitarannya. Walaupun ciri-ciri penyakit mental berbeza bergantung kepada jenis sakit jiwa, seseorang yang mengalami sakit jiwa yang tidak dirawat mungkin tidak mampu untuk menguruskan rutin harian.

Saya sarankan anda untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak dan bertanya mengenai masalah yang dihadapinya kerana ia mungkin boleh membantu atau anda boleh berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan dengan lebih terperinci.

Apakah itu sakit jiwa

Penyakit kesihatan mental adalah penyakit yang menyebabkan gangguan pemikiran atau tingkah laku sehingga menyebabkan ketidakupayaan untuk menjalankan aktiviti harian.

Terdapat lebih daripada 200 jenis sakit jiwa. Antara gangguan yang biasa terjadi adalah kemurungan, gangguan bipolar, demensia, skizofrenia dan gangguan kerisauan yang melampau. Ciri-ciri yang mungkin dialami adalah perubahan “mood”, sifat keperibadian, tabiat peribadi atau kurang bersosial.

Masalah kesihatan mental mungkin berpunca daripada stres berlebihan yang disebabkan oleh keadaan atau peristiwa tertentu contohnya seperti kanser, kencing manis dan penyakit jantung. Penyakit mental sering dikaitkan dengan masalah fizikal serta emosi dan psikologi. Penyakit mental mungkin disebabkan oleh tindak balas terhadap tekanan persekitaran, faktor genetik, ketidakseimbangan biokimia dalam badan atau kombinasi semua faktor. Dengan rawatan yang sewajarnya, pesakit dapat belajar untuk mengatasi atau mengharungi penyakit mental atau gangguan emosi.

Apakah penyebab sakit jiwa

Walaupun penyebab sebenar bagi kebanyakan sakit jiwa tidak diketahui, penyelidikan mendapati bahawa keadaan ini mungkin disebabkan oleh gabungan faktor genetik, biologi, psikologi dan persekitaran - bukannya kelemahan diri atau masalah karakter - dan pemulihan daripada sakit jiwa bukan hanya berkaitan dengan persoalan kemahuan atau disiplin diri.

Keturunan (genetik)

  • Sakit jiwa boleh melibatkan beberapa anggota keluarga yang lain membuktikan bahawa ia mungkin masalah kesihatan yang boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak melalui gen. Gen mengandungi arahan bagi fungsi setiap sel dalam badan dan bertanggungjawab untuk menentukan bagaimana kita bertindak, berfikir, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, hanya bukan semua ibu atau bapa yang mempunyai penyakit mental akan mewarisikan penyakit tersebut kepada generasi seterusnya. Sebaliknya, anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit itu berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai sejarah penyakit mental dalam sejarah anggota keluarga.

Biologi

  • Beberapa penyakit mental telah dikaitkan dengan keseimbangan yang tidak normal bahan kimia dalam otak yang digelar sebagai neurotransmitter. Neurotransmitter membantu sel-sel saraf di dalam otak berkomunikasi antara satu sama lain. Jika bahan kimia ini tidak seimbang atau tidak berfungsi dengan betul fungsi otak akan terjejas yang membawa kepada gejala penyakit mental. Di samping itu, kerosakan atau kecederaan pada bahagian tertentu otak juga dikaitkan dengan beberapa keadaan mental.

Trauma psikologi

  • Sesetengah sakit jiwa mungkin dicetuskan oleh trauma psikologi yang dialami semasa zaman kanak-kanak misalnya penderaan emosi, fizikal, atau seksual yang; kehilangan orang tersayang akibat kematian ataupun mereka diabaikan oleh ahli keluarga.

Tekanan persekitaran

  • Tekanan tertentu - seperti kematian atau perceraian, kehidupan keluarga yang tertekan, kerap tukar kerja atau sekolah dan penyalahgunaan dadah boleh mencetuskan gangguan pada individu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental.

Apakah ciri sakit jiwa

Antara beberapa ciri sakit jiwa pada orang dewasa dan remaja adalah:

  • Corak pemikiran yang mengelirukan
  • Kemurungan berpanjangan (kesedihan atau kesengsaraan)
  • Ketakutan dan kebimbangan yang berlebihan
  • Kurang bersosial
  • Perubahan dramatik dari segi tabiat makan atau tidur
  • Panas baran
  • Melihat atau mendengar perkara yang tidak ada (halusinasi)
  • Ketidakupayaan untuk menyelesaikan masalah dan aktiviti harian
  • Rasa ingin bunuh diri
  • Pelbagai simptom fizikal yang tidak dapat dijelaskan
  • Penyalahgunaan dadah

Bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah dan Pra-remaja

  • Penyalahgunaan dadah
  • Ketidakupayaan untuk menyelesaikan masalah dan aktiviti harian
  • Perubahan tabiat tidur atau makan
  • Aduan yang itdak konsisten mengenai penyakit fizikal yang dialami
  • Ketidakupayaan untuk menguruskan tanggungjawab di rumah dan / atau di sekolah
  • Sering terlibat dalam masalah sosial seperti ponteng sekolah, kecurian dan / atau vandalisme
  • Ketakutan yang berlebihan
  • Mood negatif yang berpanjangan dan disertai dengan kurang selera makan atau pemikiran mengenai kematian
  • Kemarahan melampau yang kerap

Bagi kanak-kanak yang masih kecil:

  • Perubahan dalam prestasi sekolah
  • Perubahan tabiat tidur atau makan
  • Kebimbangan yang berlebihan
  • Terlaluaktif
  • Sering mengalami mimpi ngeri
  • Bersifat agresif
  • Cepat marah

Apakah rawatan sakit jiwa

Sakit jiwa,seperti kebanyakan penyakit kronik, memerlukan rawatan yang berterusan. Banyak kemajuan telah dibuat dalam dua dekad yang lalu dalam rawatan penyakit mental. Hasilnya, kebanyakkan keadaan mental dapat dirawat dengan berkesan mengunakan satu atau gabungan terapi berikut:

  • Ubat
  • Psikoterapi
  • Terapi berkumpulan
  • Rawatan harian atau separa hospital
  • Terapi khusus contohnya terapi tingkah laku kognitif dan pengubahsuaian tingkah laku.

Rawatan lain yang disediakan termasuklah:

  • Terapi alternatif seperti terapi air, urut, dan “biofeedback”.
  • Terapi kreatif seperti terapi seni, terapi muzik, atau terapi permainan.
  • Hipnoterapi.
  • Terapi Electroconvulsif (ECT).
  • Rangsangan saraf vagus (VNS).
  • Rangsangan magnetik transkranial (TMS) merupakan terapi moden terbaru.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital. Jika tiada sebarang kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor di laman web kami di www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - ciri ciri sakit jiwa ringan, faktor penyebab gangguan jiwa, penyakit jiwa schizophrenia

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!