Mati pucuk ialah suatu kondisi yang telah menjejaskan sebilangan kaum lelaki. Nama lain untuk masalah ini ialah lemah batin dan ia merupakan suatu kondisi dimana pesakit lelaki tidak mampu untuk mengeraskan zakar semasa mengadakan hubungan intim dengan pasangan. Usia yang semakin meningkat akan meningkatkan lagi risiko untuk pesakit mengalami masalah ini. Selain daripada umur, pesakit juga boleh terdedah untuk mendapatkan masalah ini apabila mereka mempunyai penyakit seperti kencing manis, obesiti, merokok, dan tekanan darah tinggi. Antara gejala yang menggambarkan mati pucuk ialah ketegangan zakar yang kurang dan lembut, ketegangan yang tidak bertahan lama dan ketidakbolehan zakar untuk menegang dan mengeras untuk melakukan aktiviti seks.