Betulkah minyak zaitun (Olive Oil) mengandungi banyak khasiat dan manfaat?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 18, 2019

Soalan:

Salam doktor. Saya berumur 23 tahun dan merupakan pelajar di salah sebuah universiti swasta. Saya ingin bertanya mengenai produk yang dapat mengekalkan kesihatan rambut. Baru-baru ini, saya sering mengalami keguguran rambut dan ibu saya turut menyedari keadaan ini kerana di bilik air memang ternyata terdapat gumpalan rambut saya yang sangat banyak. Untuk pengetahuan doktor, saya sudah mencuba pelbagai jenis syampu dan terapi rambut untuk mengatasi masalah ini, tetapi seperti tiada perubahan yang terjadi. Saya turut merasakan rambut saya kerap gugur mungkin kerana terlalu kerap menukar produk bagi terapi rambut.

Minggu lepas, kawan saya ada mengesyorkan penggunaan minyak zaitun yang asli sebagai salah satu terapi penjagaan rambut tetapi saya masih berasa ragu-ragu dengan keberhasilannya. Jadi, bolehkah doktor menceritakan serba sedikit mengenai buah zaitun? Apakah khasiat minyak zaitun atau apakah kebaikan minyak zaitun terhadap kesihatan rambut, kulit dan badan pada umumnya?

Soalan berkenaan - produk minyak zaitun, testimoni diet minyak zaitun, kandungan minyak zaitun

Jawapan:

Terima kasih atas soalan anda. Berikut adalah serba sedikit fakta mengenai buah zaitun dan minyak zaitun (Olive Oil):

    1. Nama saintifik - Olea europaea
    2. Keluarga - Oleaceae
    3. Asal usul - Basin Mediterranean
    4. Nama-nama lain - Jaitun Ka Tel (Hindi), Mafuta (Swahili), Olyf Olie (Afrika), Zayt Alzaytun (Arab).

    Jenis minyak zaitun

    Minyak zaitun diekstrak daripada buah zaitun. Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia turut dijadikan bahan yang digunakan untuk menghasilkan beberapa jenis kosmetik dan ia semestinya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan badan. Berikut adalah beberapa jenis minyak zaitun yang ada:

    1. Minyak Zaitun Dara - Variasi yang paling popular, ia adalah minyak masak yang terkenal dengan kandungan asid yang rendah. Ia sesuai untuk orang yang ingin menikmati khasiat minyak zaitun tanpa perlu berbelanja tinggi.

    2. Minyak Zaitun “Extra Virgin” -Diperbuat daripada buah zaitun yang diproses ketika masih sejuk, minyak ini dianggap sebagai yang terbaik untuk badan kita. Tetapi tidak semua orang mampu menggunakan minyak ini kerana kos yang tinggi.

    3. Minyak Zaitun Asli - Minyak zaitun ini sebenarnya penyatuan minyak zaitun yang telah diproses dan minyak zaitun dara. Ia mempunyai kandungan asid yang tinggi, dan oleh itu tidak sesuai digunakan.

    4. Minyak “Lampante” - Jenis yang digunakan hanya sebagai bahan bakar dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai bahan masakan.

    Apakah 20 khasiat minyak zaitun

    Terdapat pelbagai khasiat yang boleh dilihat dari tiga aspek iaitu khasiat untuk:

    1. Kulit

    2. Rambut

    3. Kesihatan

    Kebaikan Untuk Kulit

    1. Melembapkan kulit: Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.

    2. Memperbaiki kesihatan kulit: Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.

    3. Membantu membuang make-up di muka: Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.

    4. Mempunyai elemen Anti Penuaan: Apabila umur anda meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk. Anda boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan ini dengan menggunakan minyak zaitun.

    5. Sebagai skrub bibir: Minyak zaitun boleh membuatkan bibir anda nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis minyak zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon, kemudian sapukan campuran ini di permukaan bibir anda.

    6. Menyembuhkan kulit tumit yang merekah: Gosokkan tumit anda dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan sekali minyak zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan kelembutan. Anda boleh memakai stoking untuk kelegaan yang lebih cepat.

    Kebaikan Untuk Rambut

    1. Memastikan Rambut Kekal Sihat: Minyak zaitun, bersama dengan kombinasi beberapa bahan yang lain seperti madu dan kuning telur, boleh bertindak dengan baik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang membantu melawan rambut gugur. Madu boleh memberikan kelembapan terhadap rambut anda. Ia juga mengandungi nutrien yang lain seperti magnesium, zink, sulfur, kalsium, dan vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut. Kuning telur kaya dengan protein, nutrien yang membentuk elemen pada rambut.

    2. Boleh Digunakan Sebagai Rawatan Pra-Syampu: Urutan minyak zaitun sebelum syampu membantu memberikan kilauan dan kekuatan kepada rambut anda.

    Kebaikan Untuk Kesihatan

    1. Memperbaiki Kesihatan Kuku: Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas oleh penyakit.

    2. Membantu Mencegah Kanser Payudara: Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semulajadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai anti-kanser payudara. Di dalam percubaan klinikal yang lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan mengidap kanser payudara.

    3. Membantu Mencegah Diabetes: Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes. Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes dalam kalangan wanita.

    4. Mengelakkan daripada penyakit Alzheimer: Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa. Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.

    5. Memperkukuhkan Tulang: Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat. Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.

    6. Merawat Kemurungan: Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak. Ini, telah dijumpai, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.

    7. Membantu kurangkan berat badan: Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan. Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan. Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.

    8. Membantu Mengawal Kolesterol dalam badan: Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima. Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan. Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” - sekitar 75-80%, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.

    9. Melegakan Sembelit: Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ini membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Ia juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.

    10. Membantu Menghapuskan Batu Karang pada Buah Pinggang: Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.

    11. Membantu Mencairkan Tahi Telinga: Ia membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga. Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.

    Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor.Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


    Tentang DoctorOnCall

    Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

    Tanya Doktor PERCUMA
    Diskaun Hingga RM12 untuk Perubatan