Muntah Darah Atau Hematemasis. Apakah Penyakit Yang Menjadi Penyebab Gejala Ini?

Ogos 12, 2020 | Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Sulit
Salam Sejahtera Doktor. Saya Rahimah, berusia 43 tahun. Saya risau tentang masalah yang ibu saya hadapi ini. Ibu saya penghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan radang sendi. Dia baru sahaja didiagnos dengan penyakit radang sendi 2 bulan yang lalu. Dia diberi ubat tahan sakit dan ia sangat berkesan kepada ibu saya. Akan tetapi, dalam tempoh 3 minggu kemudian, dia mula mengadu sakit perut. Pada mulanya, saya rasakan ia gastrik biasa kerana saya juga ada alami masalah yang sama. Saya nasihatkan dia untuk jangan biarkan perut kosong dan jika perlu mengambil ubat gastrik. Namun, masalah semakin teruk apabila satu hari dia sakit perut yang mencucuk dan muntah darah. Jumlah darah tidak begitu banyak. Namun, amat merah dan boleh dikatakan memenuhi separuh tisu yang digunakan untuk mengelap darah tersebut. Jadi, apa sebenarnya punca muntah darah ibu saya? Mohon doktor jelaskan.
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada saya. Saya faham tentang kebimbangan yang Puan Rahimah hadapi mengenai gejala muntah darah ibu puan. Melihat kepada rentetan cerita yang Puan Rahimah sampaikan, saya merasakan gejala muntah darah yang ibu anda hadapi disebabkan masalah ulser perut akibat penggunaan ubat tahan sakit bagi masalah radang sendi yang ibu anda hadapi.Walaubagaimanapun, saya sarankan agar Puan Rahimah membawa ibu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti punca gejala muntah darah yang dihadapi. Saya akan jelaskan lebih lanjut tentang gejala tersebut dengan teliti agar mudah Puan Rahimah fahami.

Siapa sahaja yang tidak terkejut apabila mengalami simptom dimana tisu muka dipenuhi darah sewaktu muntah? Maka, mulalah timbul kerisauan dan persoalan seperti batuk muntah darah, muntah darah berketul, kesan muntah darah. Namun, sebelum membiarkan emosi ketakutan dan gemuruh mula menguasai diri, kenali punca-punca muntah darah terlebih dahulu. Hal ini kerana ia mungkin boleh disebabkan oleh penyakit biasa-biasa yang masih mempunyai rawatan atau memang ia berpunca daripada penyakit yang teruk seperti barah atau kanser. 

Perkara penting yang perlu ditekankan apabila pesakit mengalami gejala muntah darah ialah dengan mengenalpastikan bahawa gejala pendarahan itu ialah daripada muntah dan bukannya batuk atau daripada kahak pesakit. Hal ini penting untuk membezakan punca dan lokasi pendarahan yang berlaku kerana muntah darah berkemungkinan daripada pendarahan yang berlaku di saluran makanan (esofagus) dan perut manakala batuk atau kahak berdarah adalah daripada saluran pernafasan dan paru-paru. Dengan membezakan dua perkara yang penting ini semasa disoal siasat oleh petugas kesihatan ataupun doktor yang merawat, ianya mampu membantu dalam memberikan diagnosis yang paling tepat.

Muntah berdarah selalunya akan berlaku selepas pesakit mengalami loya, sakit perut ataupun perasaan ingin muntah dan ianya boleh disertai ataupun tidak disertai dengan berak najis yang berwarna gelap ataupun berak berdarah. Berbeza dengan batuk berdarah dimana pesakit berkemungkinan tidak mempunyai loya dan sakit perut, serta dimulai dengan batuk atau gejala sesak pernafasan.

Bergantung kepada gejala yang dialami pesakit, pemeriksaan fizikal serta beberapa ujian yang dijalankan terhadap pesakit, muntah berdarah boleh disebabkan oleh:

  • Pendarahan daripada ulser di duodenum
  • Pendarahan daripada ulser di perut
  • Hakisan gastrik/ perut (gastric erosion)
  • Saluran vena di esofagus membengkak (esophageal varices)
  • Luka/ koyakan diantara esofagus dan perut (Mallory-Weis tear)
  • Karsinoma esofagus (esophageal carcinoma)
  • Karsinoma perut (gastric carcinoma)
  • Refluks asid (Gastroesophageal regurgitation disease - GERD)
  • Hiatal hernia (Hiatus hernia) - sebahagian daripada perut masuk ke kawasan berhampiran dengan esofagus
  • Tertelan bahan penghakis
  • Divertikular Meckel (Meckel’s diverticulum) - terdapat sebahagian daripada pepoket usus yang terkeluar daripada tempatnya

Muntah darah palsu - Benarkah gejala tersebut keluar darah dari mulut dan bukannya organ lain.Darah itu berkemungkinan bukan daripada perut dan saluran makanan tetapi ia merupakan batuk darah, hidung berdarah, luka di dalam mulut dan sebagainya.

Jika anda tertanya-tanya tentang bagaimana punca muntah darah dikenal pasti. Saya akan jelaskan dengan lebih terperinci. Setiap penyakit akan dikenalpasti berdasarkan ujian darah, ujian imbasan dan ujian khas. Keputusan ujian ini akan memberikan panduan kepada doktor untuk mengenalpasti punca masalah yang dihadapi. 

Ujian Darah

  • Digunakan untuk melihat tahap keterukan pendarahan samada mengakibatkan anemia iaitu komplikasi sel darah merah yang rendah
  • Fungsi buah pinggang kerana pendarahan yang teruk akan menjejaskan kesihatan buah pinggang
  • Melihat fungsi hati anda bagi mengenalpasti masalah penyakit hati berparut yang dikenali sebagai Cirrhosis

Ujian Imbasan

  • X-ray digunakan untuk melihat perut yang telah memasuki ruang paru-paru
  • Imbasan CT untuk mengenalpasti terdapat ketumbuhan pada perut atau yang telah merebak
  • Imbasan bersama bahan pencerah seperti Barium yang memperlihatkan dengan jelas organ perut yang telah naik ke paru-paru
  • Imbasan Ultrasound untuk melihat jika anda mempunyai masalah hati berparut atau berlemak

Ujian Kamera

  • Amat sering digunakan untuk melihat terdapat ketumbuhan atau ulser secara jelas di permukaan perut 
  • Mengambil sampel sel atau biopsi pada ketumbuhan
  • Melihat jika terdapat keradangan, salur darah abnormal, ketumbuhan pada saluran makanan iaitu esofagus

Ujian Khas

  • Mengkaji pergerakan saluran makanan seperti manometri
  • Ujian mengenalpasti pH pada saluran makanan selama 24 jam untuk melihat jika terdapat refluks asid dari perut ke saluran makanan

Jika anda alaminya, segera ke hospital lebih-lebih lagi apabila anda mengalami pendarahan yang banyak. Di hospital, anda akan dirawat dengan segera. 

  • Doktor akan menstabilkan anda dengan memberi oksigen, transfusi darah atau cecair saline ke saluran darah anda. 
  • Pada masa yang sama, mereka akan menjalankan ujian darah ke atas anda. 
  • Mengikut keperluan, anda akan dibawa untuk ujian kamera melalui mulut untuk melihat jika terdapat saluran vena abnormal pada esofagus, ulser di perut, pendarahan pada mana-mana bahagian organ yang boleh dilihat. 
  • Rawatan seperti antibiotik, penghalang pam proton yang berfungsi mengurangkan asid, ubat mengecilkan saluran darah pada perut atau esofagus dikenali terlipressin jika perlu. 
  • Ujian kamera juga membolehkan rawatan secara lansung pada saluran darah seperti mengikat salur darah yang bocor dikenali sebagai banding, membeku darah pada saluran darah yang bocor dikenali sebagai “schlerotherapy”
  • Berhentikan mana-mana ubat pencair darah jika pesakit sedang mengambilnya
  • Kurangkan penggunaan ubat-ubatan yang meningkatkan risiko ulser perut seperti NSAID, steroid
  • Kurangkan pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Mendapatkan rawatan jika mengalami radang perut seperti gastritis, refluks asid
Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Soalan berkenaan - batuk muntah darah, muntah darah gastrik, muntah darah kerana alkohol, keluar darah dari mulut, muntah darah saat hamil

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)
Need Help?