Tidak "warm-up"
- Punca utama berlakunya kekejangan otot ialah tidak melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum sesuatu aktiviti bersukan.
- Hal ini kerana aktiviti memanaskan badan ini akan membantu otot kita mengembang dan mengecut dengan sempurna supaya dapat menyediakan tubuh badan untuk kegiatan sukan tersebut.
- Namun apabila tidak melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum kegiatan bersukan ini, otot dalam badan akan mengalami kesukaran untuk berkembang dan mengecut dengan efisien lalu mengakibatkan kekejangan bersertakan sakit yang melampau.
Otot keletihan
- Seseorang itu juga boleh mendapat masalah kekejangan otot ini apabila otot mereka mengalami keletihan.
- Hal ini kerana apabila otot tersebut berasa letih, ia mengalami kesukaran untuk membuangkan bahan-bahan toksik yang terkumpul di dalamnya sekali gus memberikan tindak balas yang negatif seperti otot mengecut dengan berterusan.
- Hal ini apabila berlarutan akan menyebabkan berlakunya masalah kekejangan otot yang serius.
Otot kekurangan oksigen
- Di samping itu, keletihan otot yang berpanjangan akan juga menyebabkan masalah kekurangan oksigen pada otot tersebut. Hal ini apabila berterusan untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan otot yang terlibat mengecut serta mengakibatkan sakit.
- Ini akan membawa kepada kesukaran untuk menggerakkan anggota badan yang terlibat.
- Oleh itu, ianya sangat penting untuk otot yang terlibat untuk mendapatkan oksigen yang mencukupi supaya dapat mengecut dan mengembang dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
Kekurangan air/”Dehydration”
Berikutan masalah ini, salah satu punca berlakunya masalah kekurangan oksigen yang membawa kepada kekejangan otot ialah
kekurangan air dalam badan. Air juga merupakan salah satu sumber oksigen kepada otot dalam tubuh badan kita. Oleh itu, jika kita mengalami masalah dehidrasi maka sememangnya masalah ini akan menyebabkan berlakunya kekejangan otot kerana kekurangan oksigen dalam badan.
Kekurangan mineral dalam badan
- Kekejangan otot ini juga berpunca daripada masalah kekurangan mineral dalam badan.
- Apabila kita melakukan kegiatan bersukan pada cuaca yang panas, ianya akan menyebabkan kita berpeluh dengan lebih banyak.
- Peluh mengandungi bahan mineral seperti kalium, magnesium serta kalsium yang banyak dan sekiranya kita berpeluh secara berlebihan maka kesemua bahan mineral ini akan dibuangkan dan otot kita akan mengalami kekurangan bahan-bahan tersebut.
- Ini jika berlarutan akan menyebabkan otot kekurangan mineral tersebut untuk berfungsi dengan baik justeru mendatangkan kekejangan otot bersertakan sakit pada lokasi otot tersebut.
- Oleh itu, secara tidak langsung juga cuaca panas juga menjadi punca berlakunya masalah kekejangan otot.
Kelemahan otot yang kurang aktif
- Seterusnya, terdapat satu lagi ekstrem yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot iaitu kurang menggunakan otot tersebut.
- Hal ini lebih ketara boleh dilihat pada ibu-ibu yang mengandung atau orang yang sakit. Ini kerana mereka memikul beban kandungan yang berat dan berasa susah untuk sering bergerak apabila kandungan sudah semakin matang. Orang yang sakit dan sentiasa terlantar akan mengalami pengecutan dalam saiz otot.
- Jadi, mereka sentiasa baring sahaja dan tidak mengerakkan otot mereka terutamanya otot di kaki. Justeru ini akan mengundang masalah kekejangan pada otot tersebut kerana tidak mempunyai pergerakan yang aktif dalam tempoh masa yang lama.