Bilakah Nafas Bayi Berbunyi (Breath Sound) Normal?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 6, 2020

Soalan:
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah yang berusia 40 tahun. Saya sudah berkahwin tetapi suami saya baru meninggal dunia 2 bulan yang lepas. Sekarang saya menjaga lima orang anak saya berseorangan. Sejak kebelakangan ini, anak bongsu saya yang baru berumur 1 tahun 2 bulan mengalami nafas berbunyi. Pada mulanya, saya tidak perasan langsung kerana anak saya tidak menangis tetapi baru-baru ini pada waktu malam terutamanya anak saya mula menangis tak henti-henti. Ini bukan sahaja mengganggu tidur saya tetapi mengganggu tidur anak-anak saya yang lain juga. Saya berasa sangat letih dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. 

Selain itu, disebabkan masalah ini, anak saya kurang makan dan perkara ini berlarutan sehinggalah berat badannya telah berkurang. Anak saya juga langsung tidak mahu bermain atau tidak mahu sesiapa mengangkatnya. Disebabkan masalah ini, saya tidak dapat melakukan kerja rumah yang lain dan tidak dapat menjaga anak saya yang lain kerana anak kecil saya ini memerlukan perhatian yang lebih. Saya berasa sangat bimbang kerana nafas bayi berbunyi dan takut ia akan menjejaskan kesihatannya sekiranya tidak dirawat. Bolehkah doktor memberitahu apa yang harus saya lakukan untuk menyelesaikan masalah saya ini?
Jawapan:
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, berdasarkan butiran yang diberi, saya rasa bayi puan mempunyai masalah nafas bayi berbunyi. Hal ini berkemungkinan kerana saluran pernafasan bayi puan tersumbat dengan lendir. Ini merupakan satu keadaan yang bernama asma. Perkara ini merupakan sebuah benda yang normal dan puan bolehlah segera ke hospital untuk memastikan bayi puan mendapat rawatan yang diperlukan.Doktor akan memberikan ubat berbentuk gas kepada anak puan untuk menghilangkan kesumbatan dalam saluran pernafasan sekali gus menghilangkan masalah nafas berbunyi. Apabila masalah ini reda, maka anak puan akan kembali aktif dan juga selera pemakanannya akan meningkat dan ini akan membantu menaikkan berat badannya supaya kembali sihat dan cergas.

Puan juga harus memantau kesihatan anak puan dan memastikan perkara ini tidak berulang. Sekiranya, ia berulang maka puan harus berkejar ke hospital dengan segera untuk menghilangkan masalah tersebut. Diharapkan puan tidak menangguhkan keadaan ini dan dengan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana hal ini boleh menjejaskan kesihatan anak puan. Jika puan mematuhi arahan dan nasihat yang diberikan oleh doktor maka kesihatan anak puan akan kembali normal dan semestinya dapat menjaganya supaya tidak mengalami masalah ini pada masa akan datang.

APAKAH PENYEBAB NAFAS BAYI BERBUNYI?

    Nafas bayi berbunyi merupakan sebuah perkara yang biasa dan selalunya tidak perlu dirisaukan. Hal ini kerana bayi yang baru lahir mengalami perubahan persekitaran dari dalam rahim dan di luar rahim. Oleh itu, mereka masih sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran. Namun bukan semua nafas bayi berbunyi merupakan perkara biasa. Ada juga yang merupakan tanda-tanda penyakit dan harus diambil perhatian oleh para ibu.

  • Penyebab utama nafas bayi berbunyi ialah saluran pernafasan yang tersumbat. Hal ini selalunya berlaku apabila saluran pernafasan bayi tersebut tersumbat dengan lendir. Ini akan mendatangkan bunyi nafas grok-grok. Ini juga akan menyebabkan nafas bayi menjadi nafas bersiul. Ini juga sekiranya berlarutan akan menyebabkan bayi tersebut mempunyai masalah susah bernafas. Terdapat dua keadaan yang boleh mendatangkan masalah nafas bersiul ini, iaitu penyakit asma dan infeksi saluran pernafasan.
  • Selain daripada itu, penyebab lain masalah ini ialah saluran pernafasan yang sempit. Ini akan menghasilkan nafas yang tinggi nada bunyinya. Ianya merupakan sebuah keadaan yang dikenali sebagai ‘stridor’ atau ‘laryngomalacia’. Masalah ini harus diperiksa oleh doktor. Sekiranya masalah ini tidak hilang dengan sendiri dan mendatangkan masalah seperti susah bernafas maka ianya akan mendatangkan masalah yang tidak diingini seperti maut.
  • Sehubungan dengan itu, penyebab lain nafas bayi berbunyi ialah infeksi di trakea, bronkus dan larynx. Gejala ini juga dikenali sebagai ‘croup’. Ini juga boleh mendatangkan masalah nafas berbunyi terutamanya ketika bayi menangis atau batuk. masalah ini juga dikaitkan dengan bayi mengalami penyumbatan lendir di saluran pernafasan yang menyempitkan saluran pernafasan tersebut.

APAKAH CARA MENGHILANGKANNYA?

  • Cara hilangkan masalah nafas bayi berbunyi ini ialah memastikan anak tidur menggunakan bantal. Ini akan mengangkat kepala bayi sedikit dan meluruskan saluran pernafasan. Kaedah ini dipercayai boleh mengurangkan bunyi nafas serta memudahkan oksigen ke paru-paru. Selain itu, para ibu juga dikehendaki tepuk dada bayi serta bahagian belakang badan sebelum menyusukan bayi tersebut. Hal ini kerana saluran pernafasan tersebut dapat dibuka dan mencegah penyumbatan dan ini akan memudahkan penyusuan bayi.

  • Selain itu, sekiranya bayi mendapati mempunyai nafas bersiul dan dikejarkan ke hospital maka para doktor di sana akan memberikan ‘nebulizer’. Ini merupakan sebuah topeng yang mengandungi ubat yang membantu membuka ruang saluran pernafasan supaya bayi tersebut dapat bernafas dengan elok.

BILA BAYI ANDA HARUS JUMPA DOKTOR?

  • Sekiranya masalah nafas berbunyi ini berlarutan serta suara bayi masih garau maka ianya baik untuk dibawa ke doktor dengan segera. Hal ini kerana ianya bukan sesuatu perkara yang biasa dan kemungkinan besar berpunca daripada sesebuah perkara yang serius.
  • Selain itu, sekiranya anda mendapati nafas bayi anda berbunyi seperti bersiul juga hendaklah dengan segera ke hospital. Ini merupakan tanda penyakit asma. Keadaan ini bermaksud terdapat sedikit lendir di saluran pernafasan bayi tersebut dan sekiranya tidak dirawat dan dibiarkan begitu sahaja maka ianya akan menyumbat saluran pernafasan secara keseluruhan dan membawa padah yang buruk.
  • Di samping itu, sekiranya bayi anda mempunyai demam dan selesema berserta nafas berbunyi maka masalah ini juga harus dikejarkan ke hospital. Hal ini bermaksud anak anda telah mengalami jangkitan bakteria atau virus dan seharusnya dikenal pasti dengan segera supaya dapat dirawat dan mengelaknya daripada berleluasa.
  • Sehubungan dengan itu, anda juga harus membawa bayi ke hospital sekiranya mendapati bayi anda kurang minum susu. Hal ini kerana susu merupakan nutrien utama untuk tumbesaran bayi. Sekiranya bayi anda tidak minum susu atau kurang minum susu maka bayi tersebut akan berasa lemah dan tidak aktif serta ini akan menyebabkan masalah yang dialami lagi lambat untuk sembuh. Jadi, apabila bayi dengan masalah seperti ini dibawa ke hospital, maka doktor akan meletakkan tiub untuk bayi tersebut untuk memudahkan susu untuk masuk ke badan.

APAKAH CARA YANG DIGUNAKAN OLEH DOKTOR UNTUK MENGENAL PASTI PUNCA MASALAH INI?

Para doktor akan menggunakan stetheskop untuk mendengar pernafasan bayi. Alat tersebut akan diletakkan di tempat-tempat tertentu pada bahagian dada dan bahagian belakang bayi untuk mendengar pernafasan bayi. Dengan berbuat demikian, doktor akan dapat menentukan punca tercetusnya masalah ini dan bolehlah mengambil langkah seterusnya bagi mengubati masalah ini.

APAKAH GEJALA NAFAS BAYI BERBUNYI?

Gejala nafas bayi berbunyi ini haruslah diambil perhatian oleh para ibu kerana merekalah orang terpenting yang boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan bayi mereka. Gejala yang harus berwaspada ialah:

  • Menangis selalu
  • Tidak lalu makan
  • Kurang berat badan
  • Susah bernafas
  • Tidak aktif
Para ibu haruslah dengan segera mengambil tindakan untuk memastikan kesihatan anak mereka tidak terjejas dan dapat diubati.Layari laman web www.doctoroncall.com.my 



Rujukan

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor RM0
Hadiah Tunai RM30 eFarmasi
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >