A) Hypergylycaemia/bacaan gula terlalu tinggi
‘Hyperglycemia’ boleh menyebabkan kerosakan tehadap beberapa organ, yang kemudiannya membawa kepada komplikasi diabetes. Ini termasuklah:
- masalah jantung atau vaskular, seperti serangan jantung atau strok;
- masalah buah pinggang yang memerlukan dialisis;
- masalah mata, yang boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan (buta);
- isu seksual, seperti disfungsi erektil/’erectile dysfunction’
- masalah dengan pengaliran darah, yang boleh menyebabkan amputasi.
B) Hypoglycaemia/bacaan gula terlau rendah
Hipoglisemia/’Hypoglycaemia” atau gula darah rendah boleh menyebabkan gejala yang berbeza untuk semua orang yang menghidap kencing manis. Anda akan terbiasa dengan gejala bagi keadaan ini jika anda selalu mengalaminya, walaupun gejala anda mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.
Tanda-tanda awal gula darah rendah termasuklah:
- berasa lapar
- berpeluh
- bibir kesemutan
- berasa goyah atau menggigil
- pening
- berasa penat
- denyutan jantung yang cepat atau berdebar-debar
- menjadi mudah marah, menangis atau murung
- menjadi pucat
C) Sekiranya hypoglycaemia tidak dirawat
- lemah badan
- penglihatan kabur
- kesukaran menumpukan perhatian
- kekeliruan
- tingkah laku yang pelik, percakapan yang tidak jelas atau cemerkap (seperti mabuk)
- rasa mengantuk
- sawan
- pengsan
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web
www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.