Saya ingin mengambil ubat tahan sakit (Painkillers) tetapi ragu-ragu tentang kesan sampingan.

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 23 tahun. Saya berkerja sebagai seorang ‘promoter’ di salah sebuah syarikat telekomunikasi. Saya masih belum berkahwin. Pekerjaan saya ini memerlukan saya bercakap dengan pelanggan dan memberikan mereka info mengenai produk syarikat saya. 
Sejak kebelakangan ini, saya mempunyai masalah sakit gigi. Pada mulanya, saya tidak mengendahkannya dan tidak berbuat apa-apa untuk melegakan sakit tersebut. Lama kelamaan saya mendapati sakit saya itu bertambah teruk dan ianya menjadikan saya sukar untuk makan.

Di samping itu, saya berasa sangat takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. Hal ini kerana saya bimbang gigi saya akan dicabut dan ianya akan menggugat imej saya sekali gus menurunkan kepercayaan diri yang sedia ada. Disebabkan masalah ini saya juga tidak boleh mengambil sebarang makanan atau minuman yang sejuk. Hal ini kerana saya akan berasa ngilu pada bahagian gigi yang sakit itu. Rakan saya menasihati saya untuk mengambil ubat tahan sakit bagi masalah saya ini tetapi saya tidak tahu mengenainya dan takut tersalah ambil. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai ubat tahan sakit dan bolehkah ia diambil untuk melegakan sakit gigi?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 23 tahun. Saya berkerja sebagai seorang ‘promoter’ di salah sebuah syarikat tele... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ubat tahan sakit (Painkillers) ini bukan sahaja digunakan untuk melegakan sakit di luaran badan, ia juga boleh digunakan untuk merawat sakit gigi serta sakit dalam badan juga. Selain itu, cik juga harus ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan daripada doktor gigi kerana ubat tahan sakit ini hanyalah melegakan simptom dan tidak menyelesaikan punca sakit gigi. Oleh itu, cik janganlah risau dan segera pergi berjumpa doktor gigi untuk menyelesaikan masalah ini dan dapat meneruskan pekerjaan seharian cik tanpa sebarang masalah atau gangguan.
Ubat tahan sakit (Painkillers) ini bukan sahaja digunakan untuk melegakan sakit di luaran badan, ia juga boleh digunakan... See More

Apakah Itu Ubat Tahan Sakit?

Ubat tahan sakit merupakan ubat yang digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Ubat ini selalunya digunakan oleh semua orang tidak kira muda atau dewasa. Ubat tahan sakit seperti namanya digunakan untuk melegakan sebarang sakit pada tubuh badan seseorang itu tidak kira bahagian luaran atau dalaman.


Apakah Jenis Ubat Tahan Sakit?

Terdapat pelbagai jenis ubat tahan sakit yang hangat di pasaran yang sering kali digunakan oleh kita untuk melegakan sebarang sakit. Antara jenis ubat tahan sakit yang aktif digunakan ialah seperti:

1. Acetaminophen

2. NSAID

3. COX-2 inhibitors

4. Opioid

A) Acetaminophen

Ubat ini juga dikenali dengan nama ‘paracetamol’. Biarkan sakit kepala atau sakit gigi atau pun sakit sendi, ubat inilah yang biasa digunakan untuk melegakan sakit tersebut. Ianya mudah untuk ambil dan selamat digunakan.

B) Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAID)

Ini digunakan secara meluas juga seperti ubat acetaminophen. Ubat jenis ini mempunyai lebih kuat berbanding ubat acetaminophen untuk sakit yang disebabkan proses radang/’inflammation’. Namun demikian, fungsinya sama sahaja iaitu digunakan untuk melegakan sakit. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan keradangan serta mengurangkan demam. Contoh ubat yang berada dalam kelas ini ialah ‘aspirin’, ‘ibuprofen’ dan banyak lagi. 

C) COX-2 Inhibitors

Ubat ini juga berfungsi sebagai ubat tahan sakit yang berkesan. Sekiranya ubat lain mempunyai kesan sampingan yang teruk, maka bolehlah digantikan dengan ubat ini. Ubat ini digunakan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan kesan sampingan seperti pendarahan dalam perut. Contoh ubat dalam kelas ini ialah ‘rofecoxib’, ‘celecoxib’ dan sebagainya.

D) Opioid

Jenis yang seterusnya adalah opioid. Seperti yang kita ketahui opioid ini memang merupakan sejenis dadah. Ini digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan kerana opiod bila digunakan secara sedikit merupakan ubat tetapi apabila digunakan secara banyak merupakan sebuah dadah yang memusnahkan badan kita. Contoh opiod ialah ‘morphine’, ‘codeine’, ‘pethidine’ dan banyak lagi. Oleh itu, penggunaan ubat ini haruslah atas pengawasan doktor kerana sekiranya berlebihan dapat membawa masalah yang tidak diingini.

 


Apakah Fungsi Ubat Tahan Sakit?

Fungsi utama ubat tahan sakit adalah dengan membantu melegakan sakit kita. Namun demikian ramai yang tertanya bagaimanakah caranya ubat tersebut berfungsi apabila masuk ke dalam badan kita. Hal ini kerana apabila kita mengambil ubat tersebut dan ia telah memasuki saluran darah kita, dengan segera ia akan merangsangkan enzim untuk berhenti menghasilkan hormon ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ merupakan hormon utama yang sering menghantar isyarat sakit dan inflamasi kepada bahagian otak justeru mengakibatkan kita berasa sakit. Dengan penghalangan hormon ini daripada dihasilkan, kita akan dapat mengelakkan diri daripada rasa sakit. Beginilah caranya ubat tahan sakit berfungsi dalam badan kita untuk melegakan sakit.


Apakah Kesan Sampingan Ubat Tahan Sakit?

Walaupun ubat tahan sakit ini digunakan dalam membantu melegakan sakit, namun terdapat juga keburukan yang boleh diundang dengan pengambilan ubat tahan sakit secara berlarutan.

A) Acetaminophen

Acetaminophen seringkali digunakan untuk melegakan kesakitan. Akan tetapi, anda diingatkan untuk menggunakannya mengikut dos yang disarankan. Jika terlebih dos, ia membawa kepada kerosakan organ hati (liver failure). Penggunaan yang terlalu lama boleh membawa kepada “medication overuse headache” iaitu sakit kepala tetapi ini jarang berlaku.

B) NSAID

Pengambilan NSAID perlu mengikuti jangka masa yang disarankan. Penggunaannya yang terlalu lama boleh membawa kepada masalah:

  • Sakit perut

  • Kerosakan buah pinggang

  • Ulser perut

  • Lebih senang untuk mengalami pendarahan terutama sekali ubat aspirin

C) COX-2 Inhibitors

Kesan sampingan hampir sama dengan NSAID tetapi penggunaannya juga mungkin menaikkan risiko serangan jantung.

D) Opioid

Ubat tahan sakit jenis opioid selalu digunakan dalam merawat pesakit yang terlibat dalam kemalangan seperti patah tulang. Namun terdapat banyak sangat kesan sampingan. Oleh itu, penggunaannya dikawal rapi. Antara kesan sampingannya terutama pada dos tinggi:

  • Loya, muntah

  • Sembelit

  • Ketagihan

  • Masalah bernafas

Bagaimanakah Cara Untuk Mengambil Ubat Tahan Sakit?

  • Ubat tahan sakit ini mempunyai cara-cara tertentu untuk mengambilnya dan harus diketahui dengan jelas oleh individu yang terlibat supaya tidak mendatangkan masalah lain. 

  • Doktor yang memberikan ubat tahan sakit ini akan menjelaskan dengan lanjut segala info mengenai pengambilan ubat tahan sakit. Ubat ini haruslah diambil atas arahan dan nasihat doktor dan sebaiknya dielakkan diambil secara berlebihan. 

  • Hal ini kerana bimbang akan menyebabkan berlakunya ketagihan dan berikutan itu susah untuk ditangani. Ubat tahan sakit selalunya dinasihatkan diambil selepas makan. 

  • Hal ini kerana ia boleh mengganggu dinding perut dan menyebabkan pendarahan. Untuk mengelakkan hal ini daripada terjadi, ianya lebih baik untuk diambil selepas makan.

Bagi maklumat lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor. Layari www.doctoroncall.com.my untuk bercakap dengan doktor atas talian.


References