Tanda-tanda dan Penyebab Penyakit Beri-Beri

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya ingin mendapatkan nasihat doktor tentang keadaan bapa saya. Bapa saya berumur 50 tahun pada tahun ini. Beliau bekerja sebagai seorang pemandu lori dan sedang bekerja selama 20 tahun sekarang. Beliau selalunya bekerja pada waktu malam. Untuk mengatasi keletihan semasa memandu lori, beliau selalunya minum minuman alkohol. Beliau mengambil minuman ini pada setiap hari. Beliau minum kira-kira 3-5 botol bir. Pada hujung minggu pula, beliau minum beberapa gelas wiski bersama rakan-rakannya. Semakin lama, beliau mengalami toleransi terhadap minuman alkohol. 

Oleh kerana itu, beliau mula minum lebih banyak minuman alkohol ini untuk mendapatkan kepuasan seperti dahulu. Bapa saya sering muntah sejak kebelakangan ini. Beliau tidak ada selera makan. Beliau juga mengatakan bahawa beliau merasakan semut-semut pada sebelah tangan dan kaki. Ada kalanya beliau berhalusinasi seperti ada bayang-bayang yang beliau boleh nampak. Peringatan beliau juga semakin merosot. 

Oleh kerana gejala-gejala ini, beliau tidak dapat bekerja sekarang. Pendapatan keluarga untuk sudah kurang kerana hanya bapa saya yang sedang bekerja. Saya amat bimbang tentang keadaan beliau, doktor. Saya melayari internet untuk mengetahui masalah ini dan tanda-tanda ini menunjukkan penyakit beri-beri. Sebenarnya, apakah itu penyakit beri beri doktor? Bagaimanakah untuk mencegah keadaan bapa saya?

Anonymous
<!--block-->Selamat pagi, doktor. Saya ingin mendapatkan nasihat doktor tentang keadaan bapa saya. Bapa saya berumu... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda.Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab soalan anda.Gejala-gejala yang bapa anda sedang alami kemungkinan besar menunjukkan penyakit beri-beri.Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan tiamin atau vitamin B1 dalam badan.

Tiamin atau vitamin B1 merupakan khasiat yang membantu badan mengubah makanan menjadi sumber tenaga dan menjaga fungsi jaringan badan Vitamin ini adalah vitamin yang boleh larut dalam air dan tidak stabil dalam keadaan yang panas. Tiamin hanya boleh disimpan dalam badan selama 9-18 hari sebelum dibcerna melalui buah pinggang. Pengambilan minuman alkohol yang berlebihan merupakan antara penyebab penyakit ini. Namun begitu, penyakit ini boleh dirawati sebelum keadaan bapa anda semakin merosot.

<!--block-->Terima kasih atas soalan anda.Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab soalan anda.Gejala-gejal... See More

Apakah itu penyakit beri-beri

  • Kekurangan tiamin, atau beri-beri, merujuk kepada kekurangan pirofosfat tiamin iaitu bentuk aktif vitamin yang dikenali sebagai tiamin atau vitamin B1. Ia juga mengambil bahagian dalam pembentukan glukosa. Terdapat dua jenis penyakit beri-beri iaitu beri-beri basah dan beri-beri kering. Beri-beri basah boleh menjejaskan sistem jantung dan peredaran darah. Dalam kes yang teruk, beri-beri basah boleh menyebabkan kegagalan jantung. 
  • Beri-beri kering pula boleh merosakkan saraf dan menyebabkan kekuatan otot menurun dan akhirnya, lumpuh otot. Beri-beri boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat. Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan tiamin, peluang anda untuk menghadapi penyakit beri-beri adalah rendah.
  • Penyakit beri-beri kebanyakannya berlaku pada orang yang menyalahgunakan pengambilan alkohol.Penyakit ini juga dikenalpasti dalam golongan wanita yang mengalami rasa loya dan kemuntahan yang berlebihan sewaktu kehamilan (“hyperemesis gravidarum”),invididu menghidap penyakit Aida, dan selepas pembedahan bariatrik.

Apakah penyebab penyakit beri-beri


Penyebab utama penyakit beri-beri adalah diet rendah dalam tiamin. Faktor lain juga boleh menyebabkan kekurangan tiamin. Ini termasuk:

  • Penyalahgunaan alkohol yang boleh menyukarkan penyerapan dan penyimpanan tiamin oleh badan anda.
  • Genetik penyakit beri-beri yang jarang berlaku boleh menghalang badan daripada penyerapan tiamin.
  • Rasa loya dan kemuntahan yang melampau semasa kehamilan
  • Pembedahan bariatrik
  • Cirit-birit yang berlarutan atau penggunaan diuretik (ubat-ubatan yang membolehkan anda membuang air kecil)
  • Menjalani proses dialisis buah pinggang
  • Ibu yang menyusu memerlukan vitamin B1 dalam diet harian mereka. Bayi yang meminum susu ibu atau formula rendah dalam tiamin berisiko untuk kekurangan vitamin B1.
  • Pengambilan makanan yang tinggi dalam faktor anti-tiamin seperti teh, kopi, kacang betel.
  • Pengambilan makanan yang diproses yang mempunyai kandungan tinggi sulfit boleh memusnahkan vitamin B1.
  • Keadaan yang meningkatkan penggunaan metabolik tiamin juga antara penyebab penyakit beri-beri. Antara keadaanya adalah diet tinggi dalam karbohidrat atau pengambilan lemak tepu, kehamilan, hipertiroidism, laktasi, demam akibat jangkitan/sepsis yang teruk, peningkatan latihan fizikal, dan sindrom “refeeding”.
  • Kekurangan tahap tiamin yang semakin merosot boleh mengakibatkan penyakit beri-beri. Antara keadaan yang menjadi penyebab masalah ini adalah cirit-birit, terapi diuretik, proses dialisis peritoneal, proses hemodialisis  atau terapi penggantian buah pinggang yang berterusan, dan “hyperemesis gravidarum”.
  • Kekurangan penyerapan vitamin B1 akibat penyakit usus kronik, penggunaan alkohol yang berlebihan, malnutrisi, pembedahan pintasan gastrik, sindrom malabsorpsi dan kekurangan folat.

Apakah gejala penyakit beri-beri

Gejala beri-beri berbeza mengikut jenisnya. Gejala beri-beri basah termasuk:

  • Sesak nafas semasa aktiviti fizikal
  • Bangun dengan rasa susah bernafas
  • Kadar denyutan jantung yang laju
  • Bengkak kaki

Gejala beri-beri kering pula adalah:

  • Fungsi otot menurun, terutamanya pada kaki bawah
  • Kesemutan atau kehilangan sensasi pada kaki dan tangan
  • Kesakitan
  • Kekeliruan mental
  • Kesukaran bercakap
  • Kemuntahan
  • Gerakan mata sukarela
  • Lumpuh

Dalam kes yang teruk, beri-beri dikaitkan dengan sindrom “Wernicke-Korsakoff”. “Wernicke encephalopathy” dan sindrom “Korsakoff” adalah dua bentuk kerosakan otak yang disebabkan oleh kekurangan tiamin. “Wernicke encephalopathy” merosakkan kawasan otak yang disebut thalamus dan hypothalamus. Keadaan ini boleh menyebabkan:

  • Kekeliruan
  • Hilangan ingatan
  • Kehilangan koordinasi otot
  • Masalah penglihatan seperti pergerakan mata pesat dan penglihatan berganda

Sindrom Korsakoff adalah penyebab kerosakan yang kekal di bahagian otak di mana kenangan terbentuk. Ia boleh menyebabkan:

  • Kehilangan ingatan
  • Ketidakupayaan untuk membentuk kenangan baru
  • Halusinasi

Apakah cara pencegahan penyakit beri-beri


Penyakit beri-beri mudah dirawat dengan suplemen tiamin. Bagi kes-kes yang teruk, seorang profesional penjagaan kesihatan akan mengendalikan tiamin intravena. Ujian darah susulan akan dijalankan untuk melihat seberapa baik badan anda menyerap vitamin B1. Untuk mengelakkan penyakit beri-beri, makan makanan yang sihat dan seimbang yang mengandungi makanan yang kaya dengan tiamin. Ini adalah termasuk:

  • Kekacang
  • Benih
  • Daging
  • Ikan
  • Bijirin penuh
  • Tenusu
  • Sayur-sayuran tertentu seperti asparagus, bayam
  • Bijirin sarapan pagi yang diperkaya dengan tiamin

Memasak atau memproses sebarang makanan yang disenaraikan di atas boleh mengurangkan kandungan tiamin. Sekiranya anda memberikan susu formula untuk bayi anda, anda juga harus pastikan ia mengandungi tiamin yang secukupnya. Sentiasa pastikan untuk membeli formula bayi dari sumber yang boleh dipercayai.

Mengehadkan penggunaan alkohol akan mengurangkan risiko anda menghadapi penyakit beri-beri. Sesiapa yang menyalahgunakan minuman alkohol perlu diperiksa secara rutin untuk kekurangan vitamin B1.

Dalam kes-kes yang disyaki kekurangan tiamin, tiamin parenteral harus diberikan dengan segera. Dos yang disyorkan ialah 50 mg dan diberikan melalui intramuskular selama beberapa hari. Tempoh terapi bergantung kepada gejala, dan terapi yang dipesankan sehingga semua gejala hilang.

Tiamin, walaupun pada tahap yang tinggi, tidak toksik pada seseorang yang mempunyai fungsi buah pinggang yang normal. Tiada kes ketoksikan tiamin telah dilaporkan dari penggunaan tiamin mengikut dos yang dipesankan, walaupun pesakit dalam keadaan kritikal. 

Kaedah optimum untuk memberi tiamin yang diperlukan oleh badan mestilah dengan rawatan jangka panjang dalam setiap pesakit. Bergantung kepada penyebab kekurangan vitamin B1, rujukan kepada klinik pergantungan alkohol mungkin diperlukan.

Pengukuran aktiviti tiosfat tiamin mungkin diperlukan jika seseorang tidak mengambil vitamin B1 dengan cara yang sepatutnya. Sokongan untuk fungsi jantung diperlukan dalam kes penyakit beri-beri basah kerana kekurangan sokongan jantung boleh menyebabkan kegagalan jantung apabila kekurangan tiamin diperbetulkan.

Penjagaan susulan sehingga kehamilan, penjagaan intensif untuk kardiomiopati, penjagaan muktamad untuk hipertiroidisme, atau pengambilan lanjut mengenai gangguan usus boleh dilakukan pada pesakit yang menghadapi kekurangan tiamin.


Penyakit beri-beri boleh dirawati dengan suplemen tiamin atau vitamin B1. Walaubagaimanapun, anda haruslah berwaspada tentang gejala-gejala yang anda boleh alami jika keadaan ini menjadi semakin teruk. Jika anda mengalami gejala yang membimbangkan, sila rujuk kepada doktor anda atau juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman  www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


References