Apa Yang Perlu Saya Tahu Tentang Gejala Dan Penyebab Hamil Anggur?

Hamil Anggur - Penyebab, Gejala Dan Cara Menangani Kehamilan Mola Ini
Anonymous

Salam sejahtera doktor. Nama saya Amira dan saya ingin bertanyakan soalan kepada doktor. Saya berusia 41 tahun dan saya dan suami saya merancang untuk hamil buat kali terakhir. Beberapa minggu lepas saya ada membuat ujian kehamilan menggunakan kit kehamilan di rumah. Keputusannya adalah positif. Walaubagaimanapun, setelah beberapa minggu, saya mula mengalami gejala-gejala kehamilan yang sangat teruk serta pendarahan dari kemaluan saya yang banyak, Saya berasa risau jika berlaku perkara yang tidak diingini dan saya masih belum berjumpa dengan doktor lagi. Saya mempunyai seorang kakak yang mendapat diagnosis hamil anggur tahun lepas. Boleh doktor terangkan kepada saya apa masalah saya dan apa itu hamil anggur? Terima kasih.

Anonymous
Salam sejahtera doktor. Nama saya Amira dan saya ingin bertanyakan soalan kepada doktor. Saya berusia 41 tahun dan sa... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Salam sejahtera dan terima kasih kepada Puan Amira yang bertanyakan soalan. Berdasarkan keterangan yang puan berikan, terdapat beberapa kemungkinan diagnosis yang boleh diberikan seperti kehamilan normal, keguguran, kehamilan anggur ataupun masalah pendarahan. Untuk mengetahui diagnosis yang lebih tepat, beberapa ujian klinikal perlu dilakukan untuk mengetahui punca permasalahan puan dengan lebih lanjut. Mengenai “kehamilan anggur” atau hamil kosong dan perinciannya akan dibincangkan dengan lebih mendalam di artikel bawah. Sekian.

Kesimpulannya, kehamilan anggur merupakan kondisi yang sukar dibezakan melalui sejarah kesihatan sahaja dan memerlukan pemeriksaan doktor segera bagi rawatan yang efektif dan seterusnya mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.

Salam sejahtera dan terima kasih kepada Puan Amira yang bertanyakan soalan. Berdasarkan keterangan yang puan berikan,... See More

Apakah yang dimaksudkan dengan kehamilan anggur?

Kehamilan anggur atau kehamilan molar adalah terma dalam kategori Penyakit Kandungan Trofoblast (“Gestetational Trophoblastic Disease”). Trofoblast adalah lapisan sel luar tisu gabungan sperma dan telur ovum. Apa itu kehamilan molar? Kehamilan molar adalah kondisi yang terhasil apabila gabungan sperma dan ovum tidak menjadi seperti yang seharusnya. Ianya boleh diklasifikasikan sebagai “molar penuh” ataupun “molar separa”. Hasil penggabungan yang tidak menjadi ini menyebabkan penggandaan sel-sel zigot yang rosak dan seterusnya memberikan gambaran seolah-olah seperti anggur yang tumbuh dalam rahim. 

Bolehkah makanan menyebabkan kehamilan anggur ini dan apakah faktor risiko yang lain?

Pembaca diharap tidak terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan mengenai punca-punca kehamilan anggur daripada sumber yang tidak sahih. Walaupun dengan namanya, penyakit ini pada dasarnya tidak diketahui puncanya. Bahkan makanan juga tidak dikaitkan dengan kondisi yang jarang berlaku ini. Antara faktor yang menyumbang kepada risiko menghidapi kehamilan molar ini adalah:

  • Umur yang ekstrim - Apa yang dimaksudkan dengan umur yang ekstrim adalah umur yang tidak sesuai untuk mengandung iaitu dibawah umur 15 tahun dan umur wanita yang melebihi 40 tahun. Hal ini berikutan kematangan ovum yang tidak cukup dan boleh menyumbang kepada penggabungan sperma dan ovum yang tidak menjadi. 
  • Sejarah kehamilan anggur - Bagi mereka yang pernah mengalami kondisi ini, mereka mempunyai 10 kali ganda risiko berbanding orang biasa untuk mengalaminya kembali di masa hadapan! Perkara ini tidak diketahui akan sebabnya namun berdasarkan rekod kajian yang dijalankan, pesakit kehamilan molar ini akan diberitahu akan risiko ini sekiranya mereka ingin mengandung lagi.
  • Berketurunan Asia Timur - golongan yang mempunyai darah keturunan dari negara seperti Korea dan Jepun mempunyai 2 kali ganda peluang untuk mengalami kondisi ini berbanding populasi lain!

Adakah gejala dan tanda kehamilan anggur berbeza dengan kehamilan biasa?

Sebenarnya terdapat banyak persamaan dari segi simptom dan tanda-tanda kehamilan biasa dan kehamilan anggur. Oleh sebab itu, ujian-ujian tambahan dilakukan bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat. Antara gejala kehamilan molar adalah:

  • Pendarahan dari kemaluan - Sebarang pendarahan semasa trimester pertama kehamilan adalah tidak normal. Bagi penyakit ini, pendarahan yang berlaku adalah lebih abnormal daripada keguguran. Secara amnya, pendarahan bagi kehamilan anggur ini adalah lebih “berat” dan darahnya lebih gelap warnanya. 
  • Sakit pinggang dan rahim - Oleh sebab kehamilan molar ini boleh membesar akibat penggandaan yang pantas, ia boleh menyebabkan tekanan kepada dinding rahim dan menyebabkan kesakitan. Selain itu, hasil perubahan hormon juga boleh menyebabkan tumbesaran abnormal kista (“cyst”) dalam ovari yang juga boleh mengakibatkan kesakitan. 
  • Saiz perut lebih besar daripada kehamilan normal - Kehamilan anggur secara klasiknya sering dicurigai dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai perut yang lebih besar daripada usia kandungan mereka. 
  • Muntah dan mual yang sangat teruk - Umum mengetahui mengenai gejala-gejala awal kehamilan seperti muntah dan mual. Kedua-dua simptom ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang bernama beta-HCG dan dalam penyakit kehamilan molar, paras hormon ini sangat tinggi di dalam darah. Hal ini menyebabkan simptom ini semakin kerap dan teruk bagi pesakit. 
  • Pre-eklampsia (“pre-eclampsia”) awal - Ini adalah keadaan perubatan di mana wanita mengandung akan mengalami tekanan darah tinggi disertai dengan buah pinggang bocor (tidak dapat menapis protein) di samping kerosakan organ seperti otak. Dalam kalangan wanita yang menghidapi pre-eklampsia ini, ianya akan didiagnosa selepas kandungan berusia 20 minggu. Walaubagaimanapun bagi pesakit kehamilan molar ini, diagnosis pre-eklampsia adalah lebih awal namun jarang berlaku kerana merupakan gejala jika lewat mendapat diagnosis kehamilan anggur.
  • Anemia - Anemia adalah kekurangan sel darah merah yang berfungsi sebagai pengangkut oksigen ke seluruh badan. Pendarahan yang kerap dan banyak pada awal trimester kehamilan akan menyebabkan kondisi ini. Pesakit akan berasa lemah, warna kulit menjadi pucat dan jika keadaan sangat teruk boleh menyebabkan kepitaman.

Apakah kaedah rawatan dan cara mencegah kehamilan anggur?

Kehamilan molar diklasifikasikan sebagai kondisi “surgikal” (pembedahan) kerana cara merawatnya yang efektif adalah melalui pembedahan. Berikutnya adalah kaedah-kaedah rawatan kehamilan anggur:

1) Pembedahan Pengosongan

Ini adalah kaedah pembuangan keseluruhan tisu kehamilan molar di dalam rahim. Ianya perlu dilakukan dengan pesakit dengan anestesia seluruh badan. Terdapat dua cara untuk membuang tisu kehamilan anggur ini iaitu secara pengosongan rahim atau pembuangan rahim. Pembuangan rahim jarang dilakukan berikutan komplikasinya yang jauh lebih teruk serta keperluan wanita untuk hamil lagi. 

2) Kimoterapi

Sering kali kita mendengar kimoterapi digunakan dalam pesakit kanser bukan? Namun didalam bidang perubatan, maksud kimoterapi adalah rawatan menggunakan ubat khusus yang melawan sel atau tisu yang membiak dengan laju. Hal ini juga boleh dipakai dalam kes kehamilan molar berikutan sel dan tisunya mengganda dengan laju dan risiko untuk ia berevolusi kepada tisu pra-kanser (“Gestational Trophoblastic Neoplasia”) terutamanya bagi kehamilan molar penuh. Ubat yang digunakan adalah sangat khusus dan bergantung kepada kriteria yang digunakan oleh doktor pakar. Bagi sesetengah wanita, mereka mungkin memerlukan rawatan selepas kandungan anggur seperti kimoterapi kerana risiko untuk membasmi ketumbuhan pra-kanser yang tinggi untuk mereka. 

Selain daripada rawatan, banyak orang mencari juga cara mencegah hamil anggur. Cara mencegah kehamilan molar adalah dengan mengelakkan faktor risiko seperti yang dinyatakan di atas iaitu elakkan hamil terlalu muda atau tua. Dua faktor risiko yang lain tidak dapat dielakkan. Tiada pemakanan juga dapat menyelesaikan permasalahan ini. 

Boleh doktor terangkan apakah komplikasi bagi penyakit ini dan rawatannya?

Kehamilan molar pada amnya dapat dikenalpasti dengan lebih pantas berbanding suatu ketika dahulu kerana adanya cara pengesahan seperti ujian “ultrasound” dan beta-HCG yang berupaya untuk membuat diagnosis tepat dan pantas. Antara komplikasi bagi kehamilan anggur adalah:

  • Anemia
  • Pre-eklampsia
  • Hipertiroid - apabila kalenjar tiroid menjadi terlalu aktif dan merembeskan hormon tiroid secara berlebihan
  • Kesukaran untuk hamil pada masa akan datang seperti terjadinya sekali lagi kehamilan anggur atau kehamilan ektopik

Antara komplikasi daripada rawatan bagi kondisi ini pula adalah:

  • Pendarahan yang banyak - boleh menyebabkan kematian atau “kejutan” (“shock”)
  • Masalah kardiopulmonari seperti kesukaran bernafas
  • Kecederaan pada organ/tisu sekeliling rahim ketika pembedahan
  • Risiko mengalami kehamilan ektopik pada masa akan datang

References