Dikemaskini pada: Jun 10, 2020
Hello doktor. Saya merupakan seorang bapa kepada anak yang berumur 13 tahun yang mempunyai masalah berkaitan cirit-birit sejak 3 hari yang lepas. Anak saya bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di Selangor.
Menurut anak saya, cirit-birit itu berlaku selepas dia membeli makanan daripada kantin sekolah. Selain daripada anak saya, terdapat juga beberapa pelajar yang lain yang turut mengalami masalah yang sama. Anak saya memberitahu bahawa najisnya sangat cair dan berwarna seperti coklat keputihan tetapi tiada sebarang darah yang kelihatan. Setiap hari, dia akan pergi ke tandas sebanyak 8 kali disebabkan oleh cirit-birit yang dialaminya. Saya juga ada membeli ubat tahan cirit-birit di farmasi, tetapi ia kurang membantu. Selain itu, dia turut mengalami muntah-muntah yang kadang-kadang berlaku dan menurutnya muntah itu mengandungi makanan yang dimakan, lebih kurang dalam 1 cawan tetapi tiada sebarang darah yang kelihatan. Disebabkan dia sudah mula kelihatan lemah sepanjang hari dan tidak mampu ke sekolah, saya mengambil keputusan untuk membawanya berjumpa dengan doktor.
Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kolera dan apakah penyebabnya?Adakah ia berkaitan dengan jangkitan bakteria dan apakah ubat-ubatan yang sesuai untuk merawatnya?
Rujukan
Soalan berkenaan - pencegahan penyakit kolera, antibiotik untuk kolera, cara penularan penyakit kolera
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my