Perubahan pada kuku boleh disebabkan oleh pelbagai jenis keadaan yang berbeza, termasuklah seperti yang berikut:
Garisan Beau (Beau’s line)
Garisan yang melintasi kuku anda dipanggil garis Beau. Ini boleh menjadi tanda kekurangan zat makanan. Keadaan lain yang menyebabkan garis Beau adalah:
- Demam campak
- Beguk
- Scarlet fever
- Peripheral vascular disease
- Jangkitan paru-paru
- Diabetes tidak terkawal
- Kekurangan zat besi
‘Clubbing’
Clubbing terjadi apabila kuku menebal dan melengkung di sekitar hujung jari anda, satu proses yang berlaku dalam jangka masa yang lama. Ini boleh dikaitkan dengan:
‘Koilonychia’
Koilonychia berlaku apabila kuku anda mempunyai lekuk yang dalam dan ia ternaik keluar, seperti sudu. Kadang-kadang kuku itu cukup melengkung untuk diletakkan setitis cecair. ‘Spooning’ boleh menjadi tanda yang anda mengalami:
- Anemia yang berkaitan dengan kekurangan zat besi
- Penyakit jantung
- ’Hemochromatosis’ (lebih kandungan zat besi di dalam badan)
- ’Lupus erythematosus’ (gangguan autoimun yang menyebabkan keradangan)
- Hipotiroidisme (kekurangan hormon tiroid)
- Penyakit Raynaud
‘Leukonychia’
Tompok putih atau garis putih yang tidak sekata pada kuku disebut leukonychia. Ia biasanya disebabkan oleh trauma ringan dan tidak berbahaya kepada individu yang sihat. Kadang-kadang leukonychia dikaitkan dengan kekurangan nutrisi. Faktor lain termasuklah penyakit berjangkit, penyakit metabolik, atau penyakit sistemik serta ubat tertentu.
Garisan Mees’
Garisan Mees’adalah garisan putih melintang. Ini boleh menjadi tanda keracunan arsenik. Sekiranya anda mempunyai tanda ini, doktor akan mengambil sampel rambut atau tisu untuk memeriksa paras arsenik di dalam badan anda.
‘Onycholysis’
pabila plat kuku terpisah, ia akan menyebabkan perubahan warna putih pada kuku. Ini dipanggil onycholysis. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan, trauma, atau produk yang digunakan pada kuku. Sebab-sebab lain yang menyebabkan onycholysis termasuklah psoriasis dan penyakit tiroid.
‘Pitting’
Pitting merujuk kepada lekukan kecil, atau lubang kecil di kuku. Ia biasa terjadi pada orang yang mempunyai psoriasis. Alahan kepada produk yang mengandungi bahan kimia tertentu juga boleh menyebabkan keadaan kuku seperti ini. Sesetengah penyakit sistemik juga boleh menyebabkan “pitting” pada kuku.
Kuku Terry (Terry’s nail)
Apabila hujung setiap kuku mempunyai garisan gelap, ia dipanggil kuku Terry. Ini sering disebabkan oleh penuaan, tetapi ia boleh disebabkan oleh kegagalan jantung, diabetes, atau penyakit hati.
Sindrom kuku kuning
Sindrom kuku kuning adalah apabila kuku menjadi lebih tebal dan tumbuh lebih perlahan daripada biasa. Kadang kala kuku tidak mempunyai "cuticules"dan akan tertarik jauh dari tempat asal kuku. Ini boleh terjadi akibat:
- Kanser
- ’Lymphedema’
- “Pleural effusion” (pengmpulan cecair antara lapisan pleura dan paru-paru)
- Penyakit pernafasan seperti bronkitis kronik atau sinusitis
- Reumatoid Arthritis