Ketahui Cara Menghilangkan Kurap Dengan Efektif Melalui 6 Langkah Mudah

Cara Menghilangkan Kurap Dengan Efektif - DoctorOnCall
Anonymous

Salam sejahtera doktor. Saya wanita berusia 25 tahun. Saya ingin mengadu masalah yang saya hadapi. Saya ada masalah kegatalan di beberapa bahagian di badan saya terutamanya di belakang kepala, leher dan juga beberapa tempat di kawasan kemaluan. Saya dapati kawasan yang gatal mempunyai ruam kemerah-merahan. Seperti ada bentuk bulat yang berwarna merah. Ahli keluarga juga berkata yang terdapat satu kawasan di belakang kepala saya yang tiada rambut dan mempunyai ruam seperti yang saya gambarkan. Ianya sangat gatal dan telah mengganggu saya untuk fokus dengan kerja seharian. Apakah ianya ekzema, kayap, panau atau kurap sebab saya ada baca tentang beberapa kondisi tentang masalah kulit dan saya keliru yang manakah penyakit yang saya hadapi. Bolehkah doktor terangkan sebab kepada masalah yang saya hadapi dan bagaimana cara untuk merawatnya?

Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya wanita berusia 25 tahun. Saya ingin mengadu masalah yang saya hadapi. Saya ada masalah k... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan yang ditujukan. Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai sebab untuk masalah kulit gatal. Antaranya ialah:

  • Kurap hasil dari jangkitan kulat
  • Ekzema yang selalunya disebabkan oleh alahan
  • Dermatitis (keradangan kulit yang yang boleh disebabkan oleh alahan kepada bahan kimia biasanya produk pencuci)
  • Psoriasis

Mengikut gejala yang digambarkan anda, kemungkinan besar kegatalan anda adalah disebabkan oleh kurap. Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut serta mendapatkan diagnosis yang paling tepat. Rawatan juga akan diberikan bersesuaian dengan diagnosis yang diberikan doktor. Terdapat pelbagai punca kepada masalah kurap dan cara untuk merawatnya dimana semuanya akan diulas dengan lebih lanjut.

Terima kasih atas soalan yang ditujukan. Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai sebab untuk masalah kulit gatal. An... See More

Apakah Itu Kurap?

Kurap juga dikenali sebagai Ringworm dan merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Ia juga digelar sebagai tinea mengikut nama saintifik dan dalam dunia perubatan. Ia dipanggil sebagai Ringworm kerana bentuknya yang menyerupai cincin dan cacing. Biasanya kulit yang terjejas oleh jangkitan ini akan mempunyai permukaan yang tidak rata dan bersisik. Kerana kegatalan yang tidak tertahan akibat daripada jangkitan ini, aktiviti seharian pesakit juga mungkin akan terganggu dan hal ini boleh menjejaskan keyakinan diri pesakit.

Apakah Penyebab Dan Punca Kepada Penyakit Kurap?

Dermatophyte merupakan sejenis kulat yang menjangkiti kulit dan merupakan punca kurap. Ia boleh menjangkiti banyak celah kawasan di permukaan badan seperti di bahagian leher, ketiak, kemaluan, kaki dan sebagainya. Diagnosis yang diberi doktor juga akan berbeza mengikut kawasan yang dijangkiti sebagai contoh jika kawasan yang terjejas adalah pada bahagian kemaluan, maka doktor akan memberikan diagnosis tinea cruris dan jika ianya berlaku di tapak kaki, maka doktor akan memberikan diagnosis tinea pedis.

Bagaimana Mengenalpasti Kurap?

Jenis penyakit kulit dapat dibezakan melalui pemerhatian terhadap ciri-cirinya pada kulit pesakit. Ciri-ciri kurap ialah ruam kemerahan berbentuk bulat diatas permukaan kulit yang tidak rata dan bersisik. Berbeza dengan kayap, dimana kayap bermula dengan sakit di kawasan kulit yang terjejas dan ruam bintik mengelembung berisi air akan muncul pada permukaan kulit yang kemerahan dan seterusnya akan menjadi hitam apabila ia kering. Panau pula bercirikan tompok-tompok pada kulit badan yang berwarna pucat, coklat atau perang. Kudis pula merupakan sejenis penyakit kulit yang boleh dikenalpasti melalui ciri-cirinya yang sangat gatal dan permukaan kulit yang gatal mempunyai bintik-bintik cecair yang kemerah-merahan. Kegatalan pada kudis dan kesakitan pada kayap merupakan indikasi untuk membezakan kedua-dua penyakit ini.

Apakah Cara Menghilangkan Kurap?

  • Menggunakan ubat sapu

Kebanyakkan kes boleh disembuh walaupun pesakit menerima rawatan di rumah. Anda boleh mengunjungi farmasi berdekatan atau melalui www.doctoroncall.com.my untuk membeli ubat sapu bagi penyakit kurap. Walaupun tanpa preskripsi doktor, ubat sapu untuk membunuh kulat boleh didapatkan dan ia juga berkesan dalam menggalakkan penyembuhan.

  • Biarkan kulit yang terjejas bernafas

Dengan menutupi kawasan kulit yang terjejas dengan pembalut nampak seperti boleh mengelakkan penyakit ini daripada merebak dan berjangkit, namun ianya tidak digalakkan. Hal ini kerana dengan membaluti kawasan kulit yang terjejas, ianya akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan akan hilang kelembapannya seterusnya akan melambatkan proses penyembuhan. Sebaliknya, pesakit perlu memakai pakaian yang selesa, tidak terlalu ketat, baju lengan panjang dan seluar panjang untuk mengelakkan daripada menjangkiti orang lain.

  • Mencuci cadar dan selimut

Disebabkan penyakit kurap boleh berjangkit, pesakit dinasihatkan untuk mencuci cadar dan selimut dengan kerap. Spora kulat boleh mendiami cadar pesakit dan apabila ianya tidak dibasuh dan pesakit terus menggunakan cadar yang sama pada setiap malam, kulat tersebut boleh membiak dengan lebih pantas. Pasangan pesakit juga mampu dijangkiti jika tidur di tempat yang sama. Pencucian yang efektif adalah dengan menggunakan air panas, sabun basuh serta peluntur pakaian. 

  • Menukar seluar dalam dan stokin

Jika kurap menjangkiti kaki dan pada bahagian kemaluan, pesakit digalakkan untuk sentiasa memastikan kawasan ini kering. Jika pesakit selalu berpeluh, adalah dinasihatkan untuk pesakit mandi dan menggunakan sabun anti-kulat dan menggunakan bedak anti-kulat dan losyen selepas mandi. Pesakit perlu memastikan kawasan yang terjejas kering terlebih dahulu sebelum memakai seluar dalam dan stokin.

  • Menggunakan syampu anti-kulat

Kurap yang menjangkiti kulit kepala hampir mustahil untuk sembuh dengan hanya menggunakan ubatan pil. Pesakit dinasihatkan untuk menggunakan syampu anti-kulat yang boleh menghilangkan kegatalan dan jangkitan tersebut. Syampu boleh dibeli di farmasi atau kedai yang berdekatan tanpa perlu untuk mendapatkan preskripsi dari doktor. Pesakit disyorkan untuk memastikan bahan-bahan seperti ketoconazole, selenium sulfide dan pyrithone zinc terdapat pada syampu yang ingin dibeli.

  • Mengambil ubat anti-kulat

Walaupun kurap boleh disembuhkan dengan menggunakan losyen atau syampu anti-kulat, namun jika penyakit tersebut masih tidak sembuh, pesakit perlu mendapatkan rundingan dan rawatan dari doktor atau pakar kulit. Doktor akan memberikan preskripsi ubat dan pesakit perlu menghabiskan ubat tersebut dalam masa yang ditetapkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

References