Dikemaskini pada: Februari 7, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang petani yang berumur 52 tahun. Saya mempunyai sebuah ladang yang besar untuki pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran. Sejak belakangan ini, terdapat banyak tikus di ladang saya. Walaupun saya telah sembur ubat tikus, masih terdapat beberapa jenis lagi yang memusnahkan tanaman saya. Pada minggu lepas, saya telah mengalami demam yang sangat tinggi sehingga tidak dapat membuat aktiviti harian saya. Tambahan pula, saya menggigil kesejukan, kemuntahan, cirit-birit, sakit otot dan sendi. Isteri saya juga perasan mata saya kekuningan.
Ubat panadol yang saya ambil untuk meredakan gejala tidak berkesan. Rakan sekerja saya juga telah mengalami tanda-tanda yang serupa sebelum saya dan doktornya berkata bahawa dia menghadapi penyakit leptospirosis. Saya amat bimbang jika gejala saya juga berkemungkinan menandakan penyakit leptospirosis. Apakah nasihat doktor?
Terima kasih atas soalan anda. Kemungkinan besar anda sedang menghadapi penyakit leptospirosis (Leptospirosis). Penyakit ini selalunya merebak melalui air yang tercemar dengan air kencing tikus.. Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan supaya encik pulih segera sebelum berlaku komplikasi yang mungkin membawa maut.
Leptospirosis (juga dikenali sebagai penyakit Weil, grippotyphosa, dan canicola) dalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria (Leptospira Interrogans) yang menghasilkan pelbagai gejala. Gejala penyakit leptospirosis boleh berlaku dalam dua fasa. Sesetengah ppesakit mungkin mengalami kegagalan buah pinggang atau hati, kegagalan pernafasan, radang otak, atau kematian.
Jangkitan bakteria disebarkan melalui air kencing haiwan yang jinak (seperti anjing dan kuda) mahupun haiwan liar (seperti tikus atau khinzir hutan) yang dijangkiti bakteria tersebut. Ia dikenali sebagai penyakit “zoonosis” kerana ia berpunca daripada haiwan yang menjadi fokus jangkitan bakteria tersebut. Bakteria boleh bertahan di dalam air tawar dan tanah selama berbulan-bulan. Oleh itu, penyakit ini adalah yang paling biasa di iklim sederhana dan tropika.
Penyebab leptospirosis adalah bakteria (genus Leptospira dan spesies interrogans), yang merupakan “Gram-negatif spirochete” (bakteria berbentuk “spiral”).
Bakteria Leptospira menjangkiti pelbagai jenis haiwan (seperti haiwan liar, tikus, anjing, kucing, babi, kuda, lembu) yang kemudian mencemari air, tasik, sungai, tanah, dan tanaman melalui air kencing haiwan-haiwan tersebut. Bakteria kemudian menjangkiti aliran darah manusia melalui luka pada kulit atau membran mukus atau ketika orang mengambil makanan atau minuman yang dijangkiti.
Bakteria boleh menjadi berlipat ganda apabila sampai ke bahagian hati, buah pinggang, dan sistem saraf. Penyakit ini jarang tersebar dari manusia ke manusia.
Anda berisiko untuk menjangkiti penyakit ini jika anda meluangkan banyak masa di luar rumah atau dikelilingi haiwan. Anda lebih cenderung untuk terdedah kepada bakteria ini jika anda mempunyai salah satu daripada pekerjaan yang berikut:
Di samping itu, jika anda melakukan aktiviti berakit, berenang, atau berkhemah berhampiran tasik dan sungai, anda berisiko tinggi untuk mendapatkan penyakit ini.
Gejala dan tanda-tanda leptospirosis adalah berbeza bagi setiap pesakit. Gambaran leptospirosis boleh menyerupai penyakit lain seperti demam denggi dan malaria. Gejala leptospirosis boleh kelihatan kira-kira dua hari hingga empat minggu selepas terdedah kepada bakteria. Antara gejala yang boleh muncul adalah:
Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam fasa pertama jangkitan, dan sering berlaku secara tiba-tiba. Sesetengah pesakit boleh sembuh daripada simptom-simptom ini dan tidak maju ke fasa kedua. Ada sesetengah orang yang sudah pulih jika dijangkiti sekali lagi akan mengalami gejala yang lebih teruk sehingga melibatkan kerosakan organ.
Gejala fasa kedua mungkin berlaku seiring dengan gejala fasa pertama jika dijangkiti pada tahap yang teruk. Simptom-simptom termasuk:
Fasa kedua leptospirosis juga dikenali sebagai penyakit Weil. Sekiranya tidak dirawat segera, proses pemulihan akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan mengalami komplikasi jangka panjang seperti masalah buah pinggang dan paru-paru. Kadar kematian adalah kira-kira 1% -5%.
Penyakit Weil adalah satu kategori penyakit leptospirosis yang teruk. Ini adalah sejenis jangkitan bakteria. Ia disebabkan oleh bakteria Leptospira. Penyakit leptospirosis biasanya menyebabkan gejala ringan seperti selesema, sakit kepala dan demam menggigil. Namun begitu, jika bakteria menjangkiti beberapa organ tertentu, reaksi terhadap jangkitan akan menjadi lebih teruk. Misalnya:
Reaksi ini dikenali sebagai penyakit Weil. Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan kegagalan organ dan kematian.
Gejala-gejala penyakit Weil biasanya berlaku satu hingga tiga hari selepas gejala ringan leptospirosis telah berlalu. Simptom berbeza bergantung kepada organ yang dijangkiti.
A) Hati, buah pinggang, dan jantung
Loya
B) Otak
C) Paru-paru
Secara umum, jangkitan leptospirosis antara manusia dianggap lemah. Akan tetapi, manusia juga boleh menyingkirkan bakteria leptospirosis dalam air kencing semasa dan selepas dijangkiti. Oleh itu, individu yang terdedah kepada air kencing manusia yang dijangkiti mungkin akan dijangkiti leptospirosis. Sebagai contoh, walaupun bakteria tidak merebak melalui udara dan melalui air liur, individu yang mengendalikan katil basah atau bahan yang terkena darah orang yang dijangkiti boleh meningkatkan peluang mendapat jangkitan. Malangnya, ibu hamil yang mendapat leptospirosis boleh menjangkiti janin mereka.
Tempoh berjangkit untuk leptospirosis bergantung kepada berapa lama bakteria tersebut boleh hidup dalam air kencing. Kebanyakan individu akan menyingkirkan bakteria dalam air kencing selama beberapa minggu tetapi ada laporan bahawa manusia dapat terus menyingkirkan bakteria tersebut dalam air kencing selama 11 bulan.
Antibiotik seperti “penicillin” dan “doxycycline” disyorkan untuk rawatan pesakit leptospirosis. Doktor anda juga boleh mengesyorkan ubat “ibuprofen” untuk demam dan sakit otot. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan antibiotik intravena dan kemasukan ke hospital untuk rawatan dehidrasi sekiranya jangkitan menjadi semakin teruk.
Pencegahan adalah kunci utama untuk mengatasi penyakit leptospirosis. Antara langkah yang boleh diambil termasuk:
Sekiranya gejala anda bertambah buruk, anda haruslah merujuk kepada doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Soalan berkenaan - cara mencegah penyakit leptospirosis, cara mengobati penyakit leptospirosis, ciri ciri penyakit leptospirosis
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my