Boleh Doktor Jelaskan Mengenai Proses Keradangan & Penggunaan Terma -Itis?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Ogos 14, 2020

Sulit
Salam sejahtera doktor. Saya seorang pelajar sekolah menengah dan baru-baru ini saya mengalami menjalani pembedahan appendicitis. Selain itu, saya juga sering mengalami masalah gastritis. Namun, soalan saya sekarang tidak berkisar mengenai penyakit saya tetapi hanya ingin menambah ilmu am. Doktor di hospital sering menyebut appendicitis, gastritis dan bukannya appendiks atau gastrik seperti yang sering disebut oleh orang ramai. Saya ada membaca dari internet tetapi, boleh doktor menerangkan mengenai terma ini kerana saya takut saya salah faham dan memalukan diri sendiri sekiranya menggunakan terma ini di luar. Terima kasih
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya harus memuji tindakan anda yang ingin tahu dan menambah ilmu. Saya harap anda akan meneruskan amalan ini dan menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan. Secara amnya, dapat anda lihat ada penambahan -itis di hujung perkataan seperti tonsil-itis. Ianya membawa maksud keradangan tonsil. Oleh itu, sekiranya anda memberitahu anda mengalami masalah gastrik sahaja tanpa -itis ianya sebenarnya janggal kerana ianya bermaksud anda mempunyai perut sahaja. Melalui artikel di bawah saya akan menerangkan serba sedikit mengenai radang. Diharap ianya boleh membantu anda sedikit sebanyak.

Keradangan adalah proses yang melibatkan sel-sel darah putih dalam melindungi tubuh daripada jangkitan seperti bakteria dan virus serta kecederaan. Terdapat 5 ciri kardinal keradangan iaitu:

  • Kemerahan
  • Peningkatan haba
  • Bengkak
  • Sakit
  • Kehilangan fungsi

Apabila keradangan berlaku, bahan kimia dari sel darah putih badan anda memasuki darah atau tisu yang bertujuan untuk melindungi tubuh badan dari penyerang. Hasilnya, aliran darah ke kawasan yang mengalami kecederaan atau jangkitan meningkat. Perkara inilah yang menyebabkan kemerahan daripada warna darah merah serta peningkatan haba. Selain itu, sebilangan bahan kimia menyebabkan cecair bocor masuk ke dalam tisu dan mengakibatkan bengkak. Proses ini juga boleh merangsang serta menganggu saraf dan menyebabkan kesakitan. Kehilangan fungsi berlaku terutamanya jika keradangan ini berlaku di kawasan sendi boleh disebabkan oleh sakit atau bengkak yang menghalang penggunaan sendi tersebut.

Seperti yang diterangkan di atas, proses keradangan adalah tindak balas sistem imun terhadap penceroboh yang cuba memasuki badan. Ianya boleh disamakan dengan askar yang menjaga sempadan negara. Namun, terdapat beberapa penyakit yang dipanggil autoimun, di mana askar tersebut dengan sendirinya tanpa kehadiran penceroboh, mula menyerang sel badan sendiri. Seperti pepatah melayu ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

Setakat ini, belum ada rawatan bagi penyakit autoimun ini. Apa yang mampu doktor lakukan adalah memberikan ubat radang yang melumpuhkan askar-askar ini agar ia berhenti menyerang sel tubuh yang sihat. Namun kesannya, badan akan kehilangan askar yang berfungsi menjaga dan mencegah penceroboh. Akan tetapi, dengan rawatan kerap dan kerjasama pesakit, masalah ini mungkin boleh dikawal agar berasa dalam keadaan terkawal. Antara penyakit autoimun adalah seperti:

Langkah berikut merupakan kaedah am untuk merawat keradangan bahagian luar badan yang mungkin disebabkan oleh kecederaan. Walaupun radang paru-paru dan keradangan jantung juga merupakan keradangan, namun langkah ini bukan untuk masalah keradangan organ dalaman seperti itu. Antara langkah yang boleh dilakukan adalah:

  • Letakkan bahagian terbabit di posisi yang lebih tinggi dari jantung bagi mengurangkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan seterusnya mengurangkan bengkak
  • Tuam dengan ais atau air sejuk
  • Sekiranya sakit, ubat tahan sakit seperti paracetamol boleh diambil
  • Rehatkan dan kurangkan penggunaan bahagian yang terbabit
  • Berjumpa dengan doktor sekiranya tidak berlaku perubahan dalam tempoh 3 hari atau sakit yang semakin parah

Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)