Dikemaskini pada: Februari 7, 2020
Salam doktor, nama saya Sarah dan saya mempunyai soalan berkaitan tentang masalah kesihatan anak saya. Anak saya berusia 7 tahun, lelaki dan sangat aktif di sekolah dan rumah. Pada minggu lepas, anak saya mempunyai selesema selama 5 hari dan 2 hari yang lepas apabila anak saya bangun dari tidur, saya dan suami perasan bahawa anak kami mempunyai bengkak di sekeliling mata serta di tangan dan kakinya. Bengkak tersebut seperti mempunyai air di dalamnya dan tidak berwarna gelap mahupun merah.
Kami bersangka pada asalnya mungkin ia disebabkan oleh gigitan serangga atau alahan pada debu atau makanan kerana abangnya mempunyai alahan. Namun pada esoknya, bengkak tersebut masih tidak surut bahkan anak kami mula mengalami sesak nafas sedikit. Kami segera membawa anak kami ke hospital dan doktor memberitahu kami bahawa anak kami mempunyai sindrom nefrotik. Boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut mengenai kondisi ini? Terima kasih.
Salam sejahtera puan. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan maklumat yang puan berikan, beberapa kemungkinan diagnosis boleh diberikan mengenai keadaan yang dialami oleh anak anda seperti alahan, serangan asma, sindrom nefrotik ataupun kegagalan jantung (sekiranya pernah mempunyai diagnosis masalah jantung). Oleh sebab doktor di hospital telahpun membuat siasatan dan mempunyai diagnosis mereka, puan dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah penjagaan yang disarankan oleh doktor bagi kondisi anak anda. Maklumat lanjut mengenai penyakit ini akan dijelaskan dengan lebih mendalam di artikel bawah
.Nefrotik sindrom adalah gejala kencing yang mempunyai lebihan protein. Lebihan protein di dalam air kencing yang dimaksudkan perlu melebihi 50ml/kg sehari. Selain itu, kondisi ini juga memerlukan kriteria seperti kurang albumin dalam darah iaitu kurang daripada 3g/dL. Kedua-dua kriteria ini adalah penting untuk pengesahan gejala nefrotik ini dan memerlukan pengesahan makmal. Sebagai orang umum, kita mungkin tidak sedar akan bahaya protein di dalam air kencing, jika dibiarkan, kondisi ini boleh menyebabkan komplikasi yang teruk pada buah pinggang.
Sindrom nefrotik pada kanak-kanak dan sindrom nefrotik pada dewasa mempunyai persamaan dan juga sedikit perbezaan dari segi punca-puncanya. Secara am, gejala ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu punca primer dan punca sekunder.
Antara tanda-tanda sindrom nefrotik adalah:
Rawatan sindrom nefrotik pada masa kini adalah lebih fokus pada menangani masalah sel darah putih. Pelbagai ubat pembendung sel darah putih boleh diberikan mengikut kesesuaian pesakit seperti:
Sebagai ibu bapa, semestinya kita akan berasa risau sekiranya anak kita ditimpa sakit. Sekiranya anda mengenalpasti simptom-simptom yang disebutkan di atas terjadi kepada anda mahupun anak-anak anda seperti bengkak di muka, mata, tangan dan kaki serta masalah membuang air kecil seperti kencing berdarah atau berbuih, maka anda dinasihatkan untuk segera ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Penyakit ini mempunyai prognosis yang baik bagi majoriti pesakit dan disebabkan itu, pemeriksaan dan rawatan awal adalah amat disyorkan.
Akhir kata, sindrom nefrotik adalah kondisi yang boleh disebabkan oleh berbagai punca yang juga boleh dirawat dengan kaedah perubatan moden yang terkini. Kami menyarankan diskusi bersama pakar/doktor bagi mendapatkan info yang lebih berfokuskan kepada individu bagi kelancaran rawatan.
Soalan berkenaan - makanan untuk sindrom nefrotik, sindrom nefrotik pada kanak-kanak, rawatan nephrotic syndrome, makanan untuk pesakit sindrom nefrotik
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my