Jika anda tertanya-tanya tentang gejala penyakit ini, kami akan menjawab pertanyaan anda. Setiap pesakit akan menunjukkan simptom berbeza antara satu dengan yang lain. Begitu juga dengan gejala SLE yang dialami seseorang dan gejala awal penyakit Lupus. Penyakit ini boleh menjejaskan pelbagai jenis organ pada satu masa dan gejala SLE yang sering dialami oleh pesakit termasuklah:
Ruam berwarna merah dan sangat sensitif kepada sinaran matahari berbentuk seakan-akan rama-rama pada muka. Jika anda melihat gambar penyakit SLE, pesakit yang menghidap penyakit ini kebanyakannya mempunyai ruam merah tersebut.
Pesakit juga boleh mengalami ruam yang berbentuk bulat dan timbul di seluruh badan. Ruam ini juga amat sensitif pada sinaran matahari.
Keradangan pada sendi sehingga menyebabkan ia membengkak. Sendi yang sering terjejas ialah sendi pada bahagian lutut, pergelangan tangan dan buku lali.
Apabila antibodi menyerang lapisan ini, ia akan menyebabkan ulser terjadi. Maka, pesakit akan hadir dengan masalah ulser pada mulut atau hidung.
Pesakit boleh mengalami sawan epilepsi dan masalah saraf.
Antibodi boleh menyerang sel buah pinggang sehingga menyebabkan kebocoran protein.
Keradangan terhadap jantung akibat penyakit autoimun ini boleh menyebabkan masalah pada jantung serta strukturnya. Pesakit boleh mengalami masalah degupan jantung yang tidak seimbang, kegagalan fungsi injap jantung atau yang lebih teruk kegagalan fungsi jantung.