Apakah Penyebab Dan Gejala Hipertensi (Hypertension)?

Anonymous
Saya nak bertanya pasal tekanan darah tinggi yang dihidap oleh bapa saya yang sudah berumur 60 tahun. Setakat ini, dah 2 kali dia masuk hospital akibat daripada tekanan darah tinggi. Alhamdulillah, masalah dia tidak begitu serius dan doktor hanya meletakkan dia dalam pemerhatian untuk beberapa hari. Saya tidak boleh kenal pasti gejala tekanan darah tinggi melainkan bacaan mesin tekanan darah lebih tinggi daripada biasa. Bapa saya dulu menerima rawatan perubahan gaya hidup misalnya menjaga pemakanan atau melakukan senaman ringan seperti “brisk walking” tetapi apabila darah tinggi dia masih tidak boleh dikawal, doktor menukarkan beliau kepada rawatan ubat anti-hipertensi dan dia berdisiplin dalam mengambil ubat tersebut setiap hari. Kalau diikutkan, sudah 5 tahun bapa saya mengidap penyakit darah tinggi.

Saya cuma ingin tahu, apakah gejala darah tinggi yang perlu dikenalpasti? Apakah risiko jangka masa panjang dalam mendapat komplikasi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah tinggi? Saya telah baca mengenai strok dan masalah jantung boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Adakah ia betul doktor? Selain dari itu, apakah penyebab masalah tekanan darah tinggi yang perlu diawasi dan perlu dijauhi?
Anonymous
Saya nak bertanya pasal tekanan darah tinggi yang dihidap oleh bapa saya yang sudah berumur 60 tahun. Setakat ini, ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi mereka yang menghidapi masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi, penyakit ini boleh berlaku selama bertahun-tahun tanpa sebarang gejala melainkan bacaan tekanan darah yang tinggi daripada biasa. Walaupun ketiadaan sebarang gejala, kerosakan saluran darah dan masalah jantung akan terus berlaku secara progresif. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang serius, termasuk serangan jantung dan strok. Walaupun punca hipertensi masih tidak diketahui tetapi terdapat beberapa perkara yang memainkan peranan dalam menyebabkan peningkatan tekanan darah tinggi.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi mereka yang menghidapi masalah tekanan darah tinggi atau h... See More

Apakah penyebab hipertensi?

    Tekanan darah adalah ukuran daya darah yang menolak dinding saluran darah. Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, adalah berbahaya kerana ia menjadikan jantung berkerja lebih dari biasa untuk mengepam darah ke seluruh badan dan menyumbang kepada faktor dinding saluran darah menjadi keras dan menyebabkan aterosklerosis, strok, penyakit buah pinggang, dan kegagalan jantung.
    Penyebab utama penyakit hipertensi masih tidak diketahui. Namun begitu, terdapat beberapa beberapa faktor risiko yang mungkin memainkan peranan termasuklah:
    • Merokok
    • Berlebihan berat badan atau obesiti
    • Kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
    • Pengambilan terlalu banyak garam dalam diet
    • Penggunaan alkohol yang terlalu banyak (lebih daripada 1 hingga 2 minuman setiap hari)
    • Tekanan emosi atau mental
    • Umur yang semakin meningkat terutamanya warga tua
    • Sejarah ahli keluarga dengan tekanan darah tinggi (genetik)
    • Penyakit buah pinggang yang kronik
    • Gangguan kelenjar adrenal dan tiroid
    • Apnea tidur
    Terdapat dua jenis hipertensi yang anda perlu tahu:

    1. Hipertensi utama (penting)
    Bagi kebanyakan orang dewasa, tiada faktor patologi organ yang menyebabkan tekanan darah tinggi yang boleh dikenalpasti. Tekanan darah tinggi utama cenderung untuk berlaku mengikut peningkatan umur.
    1. Hipertensi Sekunder
    Sesetengah orang mempunyai tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh penyakit lain. Hipertensi sekunder, cenderung untuk muncul secara tiba-tiba dan menyebabkan tekanan darah meningkat lebih tinggi daripada hipertensi utama. Antara punca yang boleh menyebabkan terjadinya hipertensi sekunder adalah:
    1. Apnea tidur obstruktif
    2. Masalah buah pinggang
    3. Tumor kelenjar adrenal
    4. Masalah tiroid
    5. Kecacatan pada saluran darah sejak lahir (kongenital)
    6. Ubat-ubatan tertentu, seperti pil perancang, ubat selesema, ubat penahan kesakitan dan ubat preskripsi
    7. Penyalahgunaan dadah seperti kokain dan amphetamine
    8. Penyalahgunaan alkohol atau penggunaan alkohol kronik

Bagaimana untuk mengukur tekanan darah?

  1. Pertama, doktor atau jururawat akan menyarungkan “cuff” khas di sekitar lengan anda. "Cuff" mempunyai tolok di atasnya yang akan memberi bacaan tekanan darah. Doktor kemudian mengepam "cuff" yang menyebabkan anda akan merasa ketat pada lengan di kawasan cuff diletakkan.
  2. Selepas "cuff" mengembung, doktor akan mengeluarkan udara daripada "cuff" secara perlahan-lahan supaya dapat mendengar denyutan anda dengan stetoskop dan bacaan tolok. Tolok menggunakan skala yang mengikut "milimeter merkuri" (mmHg) untuk mengukur tekanan dalam saluran darah anda.
  3. Pilihan lain untuk mendapatkan ukuran tekanan darah, anda boleh membeli mesin tekanan darah yang terdapat di kebanyakan farmasi. Anda boleh gunakan mesin ini untuk memantau tekanan darah anda di rumah.
Bacaan tekanan darah akan ditulis seperti berikut: 120/80. Nombor teratas adalah pengiraan tekanan darah sistolik dan nombor bawah dikenali sebagai tekanan darah diastolik. Berikut merupakan tahap julat bagi tekanan darah normal dan tahap tekanan darah tinggi (hipertensi):
  • Normal: Kurang daripada 120/80 mmHg
  • Meningkat: Antara 120/80 hingga 129/80 mmHg
  • Tahap 1 tekanan darah tinggi: 130-139 / 80-89 mmHg
  • Tahap 2 tekanan darah tinggi: 140/90 mmHg dan ke atas
  • Krisis tekanan darah tinggi: lebih daripada 180/120 mmHg dan anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
Sekiranya tekanan darah anda berada di atas paras normal, anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang cara-cara untuk menurunkannya.

Apakah risiko hipertensi?

Tekanan darah tinggi mempunyai banyak faktor risiko termasuklah:
  • Umur. 
  • Risiko tekanan darah tinggi meningkat bersama umur.
  • Peringkat awal semasa usia pertengahan, kira-kira umur 45, tekanan darah tinggi lebih biasa berlaku kepada golongan lelaki.
  • Wanita lebih cenderung untuk mengalami tekanan darah tinggi selepas usia 65 tahun.
  • Bangsa. 
  • Tekanan darah tinggi lebih kerap berlaku dalam kalangan orang berkulit hitam, malahan masalah kesihatan tersebut sering kali berkembang pada usia yang lebih awal berbanding dengan individu yang berkulit putih.
  • Komplikasi serius seperti strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang juga lebih kerap berlaku kepada mereka yang berkulit hitam.
  • Sejarah keluarga. 
  • Anda berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi jika terdapat sejarah penyakit yang sama dalam kalangan ahli keluarga.
  • Berlebihan berat badan atau obesiti. 
  • Semakin anda menambah berat, lebih banyak darah yang perlu untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke tisu anda.
  • Oleh kerana jumlah darah yang beredar melalui saluran darah anda bertambah berkali ganda, begitu juga tekanan pada dinding arteri anda.
  • Tidak aktif secara fizikal. 
  • Golongan yang tidak aktif mempunyai kadar degupan jantung lebih tinggi.
  • Semakin tinggi kadar degupan jantung anda, semakin kuat jantung anda mesti bekerja dan semakin kuat daya pada dinding arteri anda.
  • Kurangnya aktiviti fizikal juga meningkatkan risiko berat badan yang berlebihan.
  • Merokok atau menghisap tembakau. 
  • Merokok atau mengunyah tembakau bukan sahaja boleh meningkatkan tekanan darah dengan segara tetapi bahan kimia dalam tembakau juga merosakkan lapisan dinding arteri atau saluran darah anda sekali gus menyempitkan saluran darah atau arteri dan peningkatan tekanan darah.
  • Terlalu banyak garam (sodium) dalam diet anda. 
  • Terlalu banyak sodium dalam diet anda boleh menyebabkan tubuh anda mengekalkan air dalam isi padu yang berlebihan menyumbangkan kepada peningkatkan tekanan darah.
  • Kurang minum air. 
  • Fungsi potassium adalah untuk membantu mengimbangkan jumlah sodium dalam sel anda.
  • Jika anda tidak mendapat cukup potassium dalam diet anda atau mengekalkan cukup potassium, badan anda akan mengumpul sodium yang berlebihan dalam darah anda.
  • Kesannya, tubuh anda mengekalkan air dalam isi padu yang berlebihan menyumbangkan kepada peningkatkan tekanan darah.
  • Vitamin D yang tidak mencukupi dalam diet anda.
  • Vitamin D boleh menjejaskan enzim yang dihasilkan oleh buah pinggang anda yang memberi kesan kepada kawalan tekanan darah anda.
  • Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan.
  • Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan boleh merosakkan hati anda.
  • Mengambil lebih daripada dua minuman sehari untuk lelaki dan lebih daripada satu minuman sehari untuk wanita boleh menjejaskan tekanan darah anda.
  • Sekiranya anda minum alkohol, anda perlu mengambilnya secara sederhana. Ini bermakna satu minuman sehari untuk wanita dari semua peringkat umur dan lelaki yang lebih tua daripada 65 tahun manakala untuk lelaki berumur 65 tahun dan lebih muda adalah dua minuman sehari . 
  • Satu minuman sama dengan 12 auns bir atau 5 auns wain.
  • Stress.
  • Tahap stress yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah untuk sementara waktu.
  • Jika anda memilih untuk memakan makanan dengan banyak, menggunakan tembakau atau minum alkohol sebagai aktiviti rekreasi, anda hanya menambah teruk masalah tekanan darah tinggi.
  • Penyakit kronik.
  • Keadaan kronik tertentu juga boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, seperti penyakit buah pinggang, kencing manis dan apnea tidur.
  • Sesetengah kehamilan juga menyumbang kepada tekanan darah tinggi.
Walaupun tekanan darah tinggi sering berlaku pada orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi. Bagi segelintir kanak-kanak, tekanan darah tinggi disebabkan oleh masalah buah pinggang atau jantung. Namun begitu, untuk kanak-kanak yang semakin membesar, tabiat gaya hidup yang tidak sihat seperti diet yang tidak seimbang dan tidak aktif akan menyumbang kepada peningkatan tekanan darah.

Apakah gejala hipertensi?

  • Kebanyakan pesakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala walaupun bacaan tekanan darah mencapai paras yang tinggi.
  • Sebaliknya mereka mungkin mengalami simptom
  • sakit kepala
  • sesak nafas
  • Tetapi tanda-tanda dan gejala ini tidak spesifik dan biasanya tidak akan berlaku sehingga tekanan darah tinggi telah mencapai peringkat yang teruk atau mengancam nyawa.

References