Kenali Penyebab Migrain, Gejala Sakit Kepala Teruk & Memudaratkan

Migrain, Penyebab Gejala Sakit Kepala Teruk Yang Sering Dialami Umum- DoctorOnCall
Anonymous
Salam Sejahtera Doktor. Saya penuntut sebuah institusi pengajian tempatan. Saya mendapati sejak kebelakangan ini, saya ada alami sakit kepala dibahagian kanan tempurung kepala saya. Sakit itu berdenyut dan jika saya alaminya, saya tidak boleh melakukan apa-apa termasuklah belajar. Perkara ini amat mengganggu aktiviti seharian saya. Saya juga ada alami mual/loya setiap kali saya sakit kepala. Tolong bantu saya doktor. Apa yang pelik, saya akan alami gejala ini setiap kali saya keluar rumah dan ketika waktu matahari terik. Sebelum sakit kepala, saya ada nampak sinaran bintang-bintang. Adakah mata saya juga bermasalah. Harap doktor berikan pencerahan kepada saya tentang apa yang saya hadapi. Terima Kasih.
Anonymous
Salam Sejahtera Doktor. Saya penuntut sebuah institusi pengajian tempatan. Saya mendapati sejak kebelakangan ini, saya a... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall. Saya memahami kebimbangan yang anda alami kerana saya juga mengalami gejala yang sama. Punca sakit kepala yang anda hadapi ini menjurus kepada masalah sakit kepala primer jenis migrain. Penyakit ini adalah merupakan salah satu punca sakit kepala yang kerap dialami masyarakat dunia termasuk Malaysia. Walaubagaimanapun, saya memerlukan maklumat lanjut untuk benar-benar mengesahkan samada gejala yang anda hadapi ini ialah disebabkan migrain atau sakit kepala sekunder seperti tekanan darah tinggi, anemia dan sebagainya.
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall. Saya memahami kebimbangan yang anda alami kerana saya j... See More

Apa Itu Migrain?

Sakit kepala migrain boleh menyebabkan gejala teruk seperti sakit kepala berdenyut yang menjejaskan separuh kepala. Sakit kepala ini dikatakan melampau daripada biasa sehingga boleh menyebabkan gejala mual/loya atau muntah, tidak boleh melakukan sebarang aktiviti dan kesakitan ini akan bertambah teruk apabila pesakit melihat cahaya dan mendengar bunyi kerana deria mereka menjadi lebih sensitif daripada biasa. Apa yang lebih membimbangkan lagi, gejala ini berlanjutan selama berjam-jam atau mencecah sehingga sehari. 

Bagi segelintir pesakit, mereka kadang-kala tahu jika penyakit ini akan menyerang mereka. Sebagai contoh, terdapat pesakit yang mengalami tanda amaran yang dikenali sebagai aura seperti cahaya yang berpinar-pinar membentuk garisan zig-zag, mendengar bunyi berdesing yang tidak dapat didengari oleh orang lain, separuh badan berasa kebas-kebas, kesukaran bercakap dan sebagainya.

Penyakit ini boleh berlaku kepada pelbagai lapisan umur semenjak usia remaja, dan kebanyakkanya pada usia awal dewasa. Gejala yang dialami pesakit sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa tahap migrain iaitu prodrome, aura, serangan migrain dan selepas serangan. 

  • Prodrome

Sehari atau dua hari sebelum migrain, pesakit boleh mengalami gejala seperti sembelit, perubahan sikap, selera makan meningkat, tengkuk menjadi sukar untuk bergerak, kerap menguap dan kerap rasa dahaga dan membuang air kecil. 

  • Aura

Bagi segelintir pesakit pula, mereka akan mengalami gejala seperti aura. Kebanyakannya bersifat visual namun, seperti yang diterangkan diatas, ia juga boleh menimbulkan deria lain. 

  • Serangan Migrain

Kebiasaannya, pesakit mengalami gejala ini selama 4 jam hingga 72 jam. Bilangan serangan adalah bergantung kepada individu. Terdapat pesakit yang mengalami serangan ini beberapa kali seminggu dan terdapat juga pesakit yang mengalami serangan ini sebulan sekali.

Sewaktu serangan ini, anda mungkin alami sakit separuh kepala atau kebiasaannya kedua-dua belah kepala, sakit yang menyucuk dan berdenyut, pesakit amat sensitif kepada cahaya, bunyi, bau dan sebagainya. Pesakit juga alami loya atau muntah. 

  • Selepas Serangan

Selepas serangan migrain berlaku, anda akan berasa letih, keliru serta tidak bermaya sepanjang hari. Terdapat segelintir pesakit yang berasa bertenaga. Kadang-kala, pesakit mengadu bahawa serangan akan berlaku kembali apabila mereka menggerakkan kepala. 

Apakah Penyebab Migrain?

Walaupun penyakit ini masih belum diketahui puncanya secara total, kajian mendapati faktor genetik dan persekitaran memainkan peranan. 

Namun, berdasarkan jumlah pesakit yang mengalami penyakit ini, terdapat beberapa pencetus serangan migrain yang berjaya dikenalpasti. Antaranya:

  • Ketidakseimbangan hormon wanita

Tahap hormon estrogen wanita yang sering berubah samada sewaktu hamil, datang haid, menopaus dan sebagainya dikatakan menjadi salah satu pencetus kondisi ini. Maka, migrain ketika mengandung bukanlah sesuatu yang luar biasa. 

Ubat-ubatan yang mengandungi hormon juga menjadi pencetus kondisi sakit kepala ini. Oleh sebab itu, kebanyakkan doktor akan menanyakan samada pesakit mengalami migrain sebelum memberi preskripsi ubat kontraseptif jenis hormon. 

  • Minuman yang mengandungi alkohol dan kafein

Alkohol serta kafein iaitu kopi sering menjadi punca migrain oleh kerana penggunaannya yang berleluasa dan berlebihan. 

  • Tekanan pekerjaan atau kehidupan
  • Stimulus deria

Lampu yang cerah atau matahari yang terik, bunyi yang kuat, bau minyak wangi juga menjadi pencetus kondisi ini. 

  • Perubahan waktu tidur 

Jika pesakit kekurangan tidur, terlebih tidur juga menjadi risiko kepada pencetus penyakit ini. 

  • Faktor fizikal

Aktiviti fizikal yang berlebihan seperti aktiviti seksual merupakan antara punca sakit kepala primer ini. 

  • Perubahan cuaca

Pesakit yang berpindah daripada negara musim sejuk ke negara tropika mempunyai faktor ini sebagai pencetus

  • Ubat-ubatan

Pil hormon dan juga ubat membuka salur darah seperti GTN boleh menerukkan migrain.

  • Makanan

Makanan yang diproses serta tinggi kandungan garam merupakan pencetus migrain. Selain itu, tidak makan dan berpuasa juga kadang-kala boleh menyumbang kepada masalah ini. 

  • Penambah perisa makanan

MSG merupakan antara pencetus penyakit ini. 



Bagaimanakah Merawat Migrain?

Tujuan utama penyakit ini ialah untuk merawat serangan migrain atau mengelakkan berlaku serangan pada masa hadapan. Antara ubat migrain ialah:

Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit kepala yang dialami pesakit sewaktu serangan dan juga memberhentikan kesakitan yang dialami

  • Ubat Mengelakkan serangan

Ubat ini digunakan pada setiap hari bagi mengurangkan jumlah serangan sakit kepala ini. 

Apakah Komplikasi Migrain?

Adakah migrain boleh membawa maut? Itu merupakan antara persoalan pesakit mengenai komplikasi kondisi ini. Antara komplikasi migrain yang kebanyakkannnya dialami oleh pesakit, ialah “Medication Overused Headache”. Mengambil rawatan seperti ubat tahan sakit yang berpanjangan selama 10 hari sebulan selama tiga bulan bagi mengurangkan kesakitan boleh menyumbang kepada sakit kepala jenis “medication overused”. Kondisi ini adalah disebabkan penggunaan ubat tahan sakit untuk tempoh jangka masa yang panjang. Walaupun kedengaran ironi kerana ubat tahan sakit digunakan untuk merawat sakit kepala tetapi akhirnya menyebabkan kesakitan yang berlebihan, namun, ini merupakan komplikasi yang sering dialami pesakit. 

References