Mengikut definisi, peranakan jatuh atau prolaps rahim adalah keadaan dimana terdapat bahagian organ rahim atau vagina yang terkeluar daripada tempatnya. Ia sering disertai dengan penglibatan organ sekitarnya seperti pundi kencing dan rektum dubur.
Dikemaskini pada: September 10, 2020
Salam sejahtera doktor, saya Puan Nirmala dan berusia 35 tahun. Saya mempunyai tiga orang anak dan yang paling bongsu adalah berumur 6 tahun. Sejak kebelakangan ini saya mempunyai masalah berkaitan dengan peranakan saya. Antara gejala yang saya alami adalah seperti kesukaran membuang air kencing dan saya berasakan seperti ada “sesuatu” yang berat seolah-olah mengheret saya pada bahagian kemaluan saya. Saya ada bertanyakan kepada kawan saya dan dia berkata saya mungkin mempunyai masalah peranakan jatuh. Saya ingin hamil lagi pada masa akan datang dan persoalan saya disini adalah rahim jatuh boleh mengandung ke? Bolehkah rahim jatuh semasa hamil dan boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut mengenai kondisi ini? Sekian
Salam sejahtera diucapkan kepada Puan Nirmala dan terima kasih keatas soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan yang puan berikan, pelbagai maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan bagi membuat konklusi diagnosis puan. Terdapat kemungkinan yang tinggi berdasarkan penceritaan puan bahawa puan mendapat kondisi rahim jatuh atau juga dikenali sebagai prolaps rahim. Seseorang wanita masih boleh mengandung jika mendapat penyakit ini namun mereka memerlukan pembetulan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Disini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai peranakan jatuh dengan lebih lanjut.
Mengikut definisi, peranakan jatuh atau prolaps rahim adalah keadaan dimana terdapat bahagian organ rahim atau vagina yang terkeluar daripada tempatnya. Ia sering disertai dengan penglibatan organ sekitarnya seperti pundi kencing dan rektum dubur.
Rahim seseorang wanita boleh “jatuh” akibat kelemahan otot-otot pelvik atau juga dikenali sebagai “otot lantai pelvik”. Otot-otot ini berfungsi sebgai penyokong kepada organ rahim dan struktur sekelilingnya daripada jatuh. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kelemahan struktur otot-otot ini lalu menyumbang kepada kondisi prolaps ini. Antara faktor risiko adalah:
Terdapat tiga peringkat prolaps yang perlu anda ketahui iaitu:
Apakah gejala atau tanda peranakan jatuh peringkat awal yang perlu anda ketahui? Berikut adalah simptom-simptom yang perlu diberikan perhatian oleh setiap wanita yang mempunyai faktor risiko diatas:
Adakah terdapat produk cara menaikkan peranakan yang turun? Pembaca diingatkan agar tidak terikut dengan iklan-iklan produk yang mendakwa dapat merawat prolaps rahim ini. Terdapat tiga kaedah rawatan peranakan jatuh iaitu:
Dengan mengetahui risiko peranakan jatuh ini yang boleh melandai setiap wanita yang hamil dan bersalin secara normal, maka dengan mengambil langkah-langkah pencegahan awal ianya dapat mengurangkan keberangkalian untuk mereka mendapat kondisi ini. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah prolaps rahim:
Kaedah bersalin secara C-Section atau “C-Sec” adalah tidak disarankan melainkan wanita hamil mempunyai indikasi yang memerlukan mereka untuk membuat prosedur ini.
Akhir kata, masalah peranakan jatuh merupakan kondisi yang sangat tidak selesa dan juga memalukan bagi kebanyakkan wanita. Dapatkan konsultasi dengan doktor anda segera jika anda mempunyai masalah ini bagi mendapatkan rawatan dan nasihat yang sewajarnya.
Rujukan
Soalan berkenaan - peranakan jatuh peringkat awal, peranakan jatuh in english, peranakan jatuh boleh dirawat, pengalaman rahim jatuh, cara menaikkan peranakan yang turun, rahim jatuh boleh mengandung ke
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my