Kemahiran Motor kasar merupakan perkembangan pergerakan badan dan kemahiran menggunakan otot-otot besar pada badan seperti berjalan, berdiri dan sebagainya. Kemahiran ini penting kerana ia membantu membolehkan manusia menjalani aktiviti seharian. Sebagai ibu-bapa, hal yang berkenaan dengan perkembangan anak sememangnya menjadi suatu yang amat penting dan perlu untuk dititikberatkan. Adakah anak anda telah sampai masa untuk duduk, berjalan, berdiri dan sebagainya? Soalan ini pasti terngiang-ngiang di fikiran anda. Sebelum kerisauan ini menyelubungi hidup anda, anda perlu membaca panduan yang kami ulas dalam artikel ini. Anda harus selalu membuat perbandingan dengan bayi sebaya anak anda. Apakah kemahiran motor kasar yang sesuai dengan usia bayi anda? Periksa senarai dibawah tentang perkembangan kemahiran tersebut.