Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang COVID-19 Jika Anda Seorang Penghidap Asma?

Julai 24, 2020 | Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Sulit
Salam sejahtera doktor. Nama saya Malika. Saya seorang penghidap penyakit asma. Saya risau tentang risiko jangkitan virus COVID-19 sebab sejak kebelakangan ini saya sering mengalami serangan asma. Saya akan alami batuk malam sehingga sukar untuk saya tidur. Saya juga perasan yang dada saya semakin ketat dan saya kadang-kala sukar bernafas. Doktor yang selalu saya kunjungi memberi pandangan bahawa saya selalunya mendapat serangan asma apabila saya menghadapi tekanan dalam pekerjaan dan kehidupan saya. Namun, sekarang ini saya berkerja dirumah dan selang sehari. Saya risau jika masalah paru-paru saya ini disebabkan jangkitan virus dan bukannya serangan asma yang biasa. Boleh doktor jelaskan apa yang perlu saya lakukan sebagai pesakit asma dalam musim penularan virus COVID-19 yang berleluasa ini. Mohon doktor beri pencerahan. Screen reader support enabled.
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan wabak COVID-19 sedang berleluasa. Asma merupakan masalah saluran pernafasan yang kronik dan virus COVID-19 merupakan jangkitan yang melibatkan organ paru-paru. Saya akan menerangkan risiko jangkitan ini kepada pesakit asma dan langkah-langkah yang perlu anda ambil.

Anda pernah terbaca bahawa penghidap asma lebih berisiko menghidap jangkitan COVID-19 yang teruk, dan anda merupakan penghidap penyakit kronik paru-paru ini. Takut, gerun, berdebar, tidak boleh tidur malam kerana risau tentang risiko komplikasi jangkitan COVID-19? Perasaan ini menyelubungi hidup anda sehingga anda tidak lagi boleh melakukan sebarang aktiviti. Tahukah anda, walaupun risiko tersebut lebih tinggi, namun, anda masih boleh mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk mengelakkan jangkitan tersebut. Usah terlalu risau kerana langkah-langkah di bawah boleh membantu anda. 

Penyakit asma merupakan penyakit saluran pernafasan yang telah menjadi sempit akibat terlalu sensitif atau alahan kepada beberapa faktor persekitaran atau dalaman. Pesakit akan mengalami sesak nafas, dada sempit dan batuk pada waktu malam. Benarkah golongan ini lebih berisiko untuk dijangkiti COVID-19? Buat masa ini masih kurang kajian yang membuktikan pesakit asma lebih berisiko untuk dijangkiti COVID-19. Namun, apa yang amat dikhuatirkan oleh pakar perubatan adalah jika pesakit asma dijangkiti COVID-19, mereka lebih berisiko untuk mendapat serangan asma yang teruk sehingga menyebabkan radang saluran pernafasan secara tiba-tiba dan jangkitan kuman yang teruk pada paru-paru iaitu pneumonia. Oleh kerana mereka mempunyai saluran paru-paru yang amat sensitif, jangkitan COVID-19 akan memburukkan lagi keadaan sehingga boleh membawa kepada kegagalan fungsi paru-paru. 

Jadi, sebagai penghidap asma, apakah langkah yang anda boleh ambil sepanjang wabak COVID-19 ini? Kawal gejala asma anda dan elakkan daripada serangan asma yang kerap. Elakkan daripada faktor-faktor yang boleh menimbulkan serangan asma anda. Jika penggunaan serbuk pencuci jenama A penyebabnya, jadilah pengguna yang bijak dengan membeli jenama lain. Jika mendekati kucing boleh menyebabkan anda menjadi semput serta batuk sehingga tidak tidur malam, elakkan haiwan tersebut dan bersihkan bulu-bulunya daripada persekitaran anda. Begitu juga dengan debunga, habuk dan sebagainya. Anda mahu sistem imun badan anda dalam keadaan yang kuat untuk mencegah komplikasi jangkitan virus ini. 

Selain itu, jangan lupa untuk mengambil penyedut asma anda seperti yang disarankan oleh doktor anda. Anda risau penggunaan steroid akan melemahkan sistem imun anda, lalu anda tekad berhenti mengambilnya seperti yang disarankan. Salah seribu kali salah! Tiada sebarang kajian yang boleh membuktikan ubat asma termasuk ubat sedut steroid boleh mengakibatkan anda dijangkiti COVID-19. Ubat sedut steroid berfungsi spesifik pada saluran udara. Jika takdir menentukan bahawa anda dijangkiti COVID-19, masih tiada maklumat bahawa ubat asma akan memburukkan jangkitan tersebut, sebaliknya ia mungkin menyelamatkan anda. Maka, ikut saranan doktor dan ambil ubat asma seperti yang ditetapkan. 

Dalam pada itu, amalkan gaya hidup yang sihat dan persekitaran yang bersih. Amalkan pemakanan sihat yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan. Anda disarankan untuk kerap membersihkan nebuliser atau alat sedut anda sebelum menggunakannya. Hal ini kerana anda akan memasukkannya pada sekitar mulut anda. Jika tidak dibersihkan, dikhuatiri virus yang berada pada permukaan amat mudah menjangkiti anda. Oleh itu, tingkatkan disiplin dengan kerap membersihkan permukaan penyedut asma anda. 

Seperti orang awam yang tidak berpenyakit, anda juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia. Anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air selama 20 saat.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19.
  • Elakkan daripada mengunjungi kawasan tumpuan ramai orang.
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)
Need Help?