Mengapa zakar bengkok (Bent Penis) terjadi dan apa jalan penyelesaiannya?

Anonymous
Hello doktor. Saya berumur 29 tahun dan bekerja sebagai chef hotel, sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Saya ingin bertanya tentang masalah zakar bengkok. Saya mula menyedari hal ini selepas berkahwin. Saya tidak pernah ceritakan kepada sesiapa kecuali isteri kerana saya berasa agak malu dengan masalah ini dan terasa seperti saya seorang sahaja yang mengalami masalah ini. Untuk pengetahuan doktor, zakar saya akan membengkok setiap kali dalam keadaan ereksi. Saya ingatkan keadaan ini akan pulih tetapi setelah berbulan-bulan ia masih tidak pulih dan saya berasa sangat risau. Selain itu, saya turut berasa sakit pada zakar setiap kali ereksi berlaku dan saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengurangkan kesakitan itu.

Sejujurnya, gejala yang saya hadapi ini turut menjejaskan hubungan seksual antara saya dan isteri dan dia juga menggalakkan saya untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui cara rawat bagi masalah ini. Saya juga pernah memeriksa bahagian zakar saya dan mendapati terdapat gumpalan tisu di bahagian bawah zakar saya dan saya tidak pasti bagaimana ia boleh muncul.

Pada pendapat doktor, apakah penyebab bagi gejala yang saya hadapi ini dan adakah ia sesuatu yang sangat serius? Adakah rawatan atau ubatan yang sesuai untuk merawat zakar bengkok ini atau adakah ia akan berkekalan sampai bila-bila? Saya harap doktor dapat membantu masalah saya ini.
Anonymous
Hello doktor. Saya berumur 29 tahun dan bekerja sebagai chef hotel, sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Saya ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Penyakit zakar bengkok (Bent Penis) ini juga dikenali sebagai “Peyronie’s disease”. Penyebab sebenar bagi zakar bengkok masih belum dikenal pasti, tetapi trauma atau kemalangan adalah salah satu faktor penyumbang bagi masalah ini. Saya harap anda tidak terlalu risau kerana terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah zakar bengkok ini. Sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
Terima kasih atas soalan anda. Penyakit <strong>zakar bengkok </strong>(Bent Penis) ini juga dikenali sebagai “Peyr... See More

Apakah itu zakar bengkok

  • Zakar bengkok atau penyakit Peyronie/Peyronie’s disease adalah lengkungan zakar yang tidak normal yang disebabkan oleh tisu parut (fibrous scar tissues) dalam tisu ereksi. 
  • Ia adalah keadaan di mana zakar apabila tegaang atau mula mengeras, ia akan mula melengkung secara tidak normal. 
  • Oleh kerana tisu parut menghalang zakar untuk mengembang secara keseluruhan, lengkungan itu akan menjadi paling jelas semasa ereksi. Ia adalah salah satu punca yang jarang berlaku untuk disfungsi ereksi - keadaan di mana seorang lelaki mengalami kesukaran untuk mencapai atau mengekalkan ereksi. 
  • Lengkungan ini juga boleh menjadi sangat teruk sehingga mengganggu hubungan seksual. 
  • Penyakit Peyronie biasanya terjadi dalam kalangan lelaki berusia 50 tahun ke atas.
  • Kebanyakan lelaki yang menghidap masalah zakar bengkok atau Peyronie’s Disease ini boleh melakukan hubungan seksual.

Apakah penyebab zakar bengkok

Penyebab bagi penyakit Peyronie tidak difahami sepenuhnya.

  • Kemungkinan besar, ia adalah hasil daripada kerosakan terhadap pembuluh darah kecil, yang mungkin berlaku semasa hubungan seksual, acara sukan, hentakan, atau kemalangan. Proses penyembuhan kecederaan ini boleh meninggalkan tisu parut.
  • Zakar mengandungi dua tiub seperti span di kedua-dua sisi, setiap satu dipanggil ‘corpus cavernosum’. Tiub ini penuh dengan kapilari (saluran darah kecil). Apabila seorang lelaki terangsang secara seksual, kapilari akan dipenuhi dengan darah, mengakibatkan ereksi.
  • ‘Corpus cavernosum’ terletak di saluran tisu elastik – ‘tunica albuginea’. Saluran ini akan mengembang dan menyebabkan zakar tegang. Jika zakar cedera, tisu selongsong elastik ini boleh menjadi rosak. Penyembuhan biasanya terjadi tanpa sebarang komplikasi.
  • Walaubagaimanapun, jika terdapat tisu parut yang kekal, ada kemungkinan pesakit boleh mengalami penyakit Peyronie, kerana bahagian saluran elastik itu tidak dapat mengembang lagi dengan betul. Bahagian parut yang tidak dapat mengembang akan menarik zakar dan seterusnya menyebabkan zakar bengkok.
  • Perlu diingat bahawa sebilangan besar lelaki yang mengalami kecederaan zakar tidak semestinya akan menghidap penyakit Peyronie.

Faktor risiko Peyronie’s disease

Penyembuhan luka mungkin terjejas oleh beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko penyakit Peyronie:

  • Keturunan - individu yang mempunyai saudara terdekat yang mengalami penyakit Peyronie
  • Penyakit tisu penghubung / ‘connective tissue disorder’ - contohnya, kontraksi Dupuytren, penebalan dan pengetatan tisu di tangan, menyebabkan jari-jari tertarik ke dalam.
  • Umur - warga tua lebih cenderung untuk mengalami parut ketika proses penyembuhan.
  • Terdapat sesetengah kes penyakit Peyronie berlaku tanpa kecederaan, para penyelidik percaya mungkin terdapat gangguan sistem imun yang menyebabkan penyakit ini berlaku dalam sesetengah kes.

Apakah gejala zakar bengkok

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit Peyronie boleh jadi datang secara beransur-ansur atau muncul tiba-tiba. Biasanya, gejala tidak muncul pada waktu zakar lembut. Gejala utama adalah lengkungan zakar ketika ereksi – zakar akan membengkok, sama ada ke sisi, ke bawah, atau ke atas, bergantung kepada di mana plak atau tisu parut terhasil.

Gejala lain termasuklah:

  • Gumpalan yang keras, yang dikenali sebagai plak, atau parut pada batang zakar
  • Plak biasanya terbentuk di bahagian atas batang zakar, menyebabkan zakar membengkok ke atas.
  • Plak di bahagian bawah menyebabkan ia bengkok ke bawah.
  • Sekiranya plak terbentuk di bahagian atas dan bahagian bawah zakar ini boleh menyebabkan pemendekan zakar.
  • Kawasan yang tebal mungkin terasa sakit apabila zakar tegang.
  • Ia boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan ereksi kerana plak boleh menghalang aliran darah dalam zakar. Kebimbangan yang disebabkan oleh penyakit Peyronie juga boleh menjejaskan hubungan seksual dan menjadi punca psikologi bag impotensi atau ejakulasi pramatang.
  • Kesakitan dan bentuk zakar yang bengkok secara fizikalnya boleh menghalang hubungan seksual.

Apakah cara rawat zakar bengkok

Penyakit Peyronie biasanya tidak sembuh dengan sendiri. Tetapi rawatan biasanya tidak diperlukan melainkan penyakit Peyronie menyebabkan sakit atau mengganggu fungsi seksual. Terdapat pelbagai cara rawat untuk penyakit ini. Ubat boleh membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkok pada zakar.

Ubat-ubatan dan cara yang boleh digunakan adalah:

  • Collagenase clostridium histolyticum (CCH)’. Ubat ini disuntik terus ke dalam tisu parut. CCH (yang mempunyai jenama Xiaflex) akan berfungsi dengan memecahkan pembentukan kolagen yang menyebabkan zakar bengkok.
  • Verapamil (suntikan), atau karnitin, ‘colchicine’, dan vitamin E (pil). Ubat-ubatan ini hanya mempunyai kajian kecil yang menunjukkan bahawa mereka boleh membantu.
  •  Kaunseling boleh membantu pasangan mengekalkan kehidupan seksual yang aktif.

Pembedahan bagi Peyronie’s disease

Pembedahan selalunya dijalankan untuk lelaki yang mengalami sakit yang teruk, zakar yang sangat bengkok, atau disfungsi seksual yang berkaitan dengan penyakit Peyronie. Pilihan pembedahan termasuklah membuang tisu parut atau memendekkan bahagian zakar yang tidak terjejas (‘plication’). Dalam sesetengah kes, penggunaan prostesis zakar boleh digunakan untuk membantu mengekalkan ereksi semasa bersetubuh.

Pilihan rawatan lain

Sesetengah individu dengan penyakit Peyronie menggunakan rawatan seperti:
  • ‘Iontopheresis’ - menggunakan isyarat elektrik yang lemah untuk memindahkan ubat melalui kulit
  • Terapi gelombang kejutan - memecahkan tisu parut
  • Terapi daya tarikan penis - membantu meregangkan zakar
  • Peranti vakum

Perubahan gaya hidup

Perubahan gaya hidup yang tertentu boleh membantu mengurangkan gejala zakar bengkok seperti:
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Kurangkan merokok
  • Elakkan penggunaan dadah haram
  • Selalu bersenam
Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web kami www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References