Apakah peranan pil Cytotec (Misoprostol) dalam mencegah ulser perut?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Mac 19, 2021

Sulit
Selamat pagi, doktor. Saya seorang akauntan yang berusia 29 tahun. Saya sedang bekerja di salah sebuah syarikat yang terkenal. Sejak zaman sekolah lagi, saya mempunyai masalah gastrik dan penyakit migrain. Masalah gastrik ini masih terkawal pada ketika itu. Saya tidak boleh makan makanan yang pedas dan sekiranya saya terlepas waktu makan saya, saya akan mengalami sakit perut dan refluks yang sangat teruk. Oleh itu, saya cuba patuhi masa makan saya selagi saya boleh. Saya kerap mengambil ubat tahan sakit jenis NSAID untuk penyakit migrain saya. Sejak saya mula bekerja, saya menjadi sangat sibuk di tempat kerja dan tidak dapat mematuhi waktu makan saya. Selain itu, migrain saya juga menjadi semakin teruk. 
Oleh kerana itu, masalah gastrik saya bertambah teruk sehingga saya terpaksa diwadkan di hospital. Doktor di hospital tersebut telah menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk mengenalpasti punca masalah gastrik saya. Beliau mengatakan bahawa saya mempunyai beberapa ulser di perut yang menanda keadaan saya adalah serius. Beliau telah memberi ubat makan dan menasihatkan saya supaya makan mengikut masa dan cuba mengurangkan pengambilan ubat NSAID. 
Walau bagaimanapun, masalah gastrik saya masih berlarutan dan ubatan yang diberi oleh doktor tersebut tidak berkesan lagi. Rakan kerja saya mengesyorkan sejenis ubat yang bernama cytotec untuk masalah gastrik. Bolehkah doktor memberi maklumat lanjut tentang pil cytotec ini?
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda.Untuk makluman anda, pil tersebut merupakan antara jenama pil ubat yang mengandungi misoprostol sebagai bahan aktifnya. Misoprostol digunakan dalam rawatan untuk mencegah ulser gastrik disebabkan oleh NSAID kepada pesakit yang mempunyai sejarah ulser. Pil misoprostol boleh didapati di mana-mana farmasi.

Prostaglandin merupakan bahan penting di dalam menghasilkan lapisan perlindungan yang melindungi perut daripada kesan hakisan asid di dalam perut. Sebagai ubat anti-radang, NSAID berfungsi dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin yang merupakan ‘orang tengah’ di dalam proses penghasilan radang ataupun ‘inflammation’.

NSAID merupakan akronim bagi perkataan ‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drug’. NSAID dan Aspirin adalah ubat yang digunakan untuk merawat rasa sakit, demam, arthritis dan melegakan gejala-gejala keradangan ataupun dikenali sebagai ‘inflammation’.

Penggunaan NSAID akan mengurangkan prostaglandin. Secara tidak langsung mendedahkan perut kepada risiko hakisan asid. Untuk menangani masalah ini, jumlah kandungan asid di dalam perut perlu dikurangkan.

Misoprostol merupakan ubat yang dapat mengurangkan penghasilan asid oleh sel ‘parietal’ di dalam perut. Pengurangan kandungan serta kepekatan asid akan mengurangkan risiko pembentukan ulser di dalam perut.

Namun begitu, misoprostol bukanlah ubat utama yang digunakan untuk mengelakkan ulser perut. Terdapat juga beberapa ubat lain yang boleh digunakan untuk mencegah ulser perut.


Ubat ini digunakan untuk:

1. Mencegah ulser perut semasa pengambilan NSAIDs (contohnya, aspirin, ibuprofen, naproxen), terutamanya jika anda berisiko untuk mendapat ulser atau mempunyai sejarah yang anda pernah mengalami ulser.

2. Misoprostol membantu di dalam mengurangkan risiko kesan sampingan ulser yang serius seperti pendarahan dalaman perut akibat hakisan asid yang berlebihan. Ubat ini melindungi lapisan perut dengan menurunkan jumlah asid gastrik (perut).

Ubat ini merupakan ubat terkawal yang hanya boleh dikeluarkan oleh para doktor di hospital. Patuhi dos yang telah ditentukan oleh pengamal perubatan anda untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.


Sila dapatkan nasihat perubatan daripada doktor atau ahli farmasi dengan segera jika anda mengalami sebarang kesan-kesan sampingan seperti berikut:

  • Mual 

  • Muntah

  • Kekejangan perut

  • Cirit-birit yang berterusan boleh menyebabkan dehidrasi yang serius (tanda-tanda serius dehidrasi dan ketidakseimbangan mineral: pening yang teruk, pengeluaran air kencing sedikit, perubahan mood, kelemahan otot, degupan jantung perlahan / tidak teratur.)

  • Masalah haid

  • Pendarahan faraj yang tidak biasa / berlebihan

  • Reaksi alergi yang sangat serius (gejala tindak balas alahan yang serius boleh termasuk: ruam, kegatalan / bengkak terutamanya pada muka / lidah / tekak, pening yang teruk, masalah pernafasan)

  • Perut kembung

  • Kemuntahan

  • Sakit kepala

  • Hipotensi

  • Kejutan toksik (Toxic Shock Syndrome)

  • Kejutan septik (Septic Shock) berikutan penyebaran racun jangkitan

Kebiasaannya ubat ini diambil selepas makan dan sebelum tidur untuk mengurangkan kesan sampingan seperti cirit-birit.

  • Elakkan daripada mengambil ubat antasid yang mengandungi magnesium semasa menggunakan misoprostol kerana ianya akan menjadikan cirit-birit semakin teruk. Sekiranya anda memerlukan antacid, hubungi doktor anda untuk mengetahui jenis antasid manakah yang lebih sesuai untuk diambil.

  • Untuk mencegah ulser, teruskan pengambilan ubat ini selagi anda mengambil NSAIDs. Gunakan ubat ini mengikut panduan yang telah diberikan oleh doktor anda

Sebelum mengambil misoprostol, adalah penting untuk memaklumkan kepada doktor jika anda mempunyai sebarang alahan terhadap ubat tersebut ataupun sebarang alahan-alahan lain.

  • Maklumkan kepada doktor tentang sejarah perubatan anda, terutamanya penyakit perut ataupun usus (contohnya, penyakit radang usus), risiko terjadi keabnormalan rahim apabila ubat ini digunakan melalui saluran vagina (contohnya sebelum pembedahan ‘Caesarean’, pembedahan rahim)

  • Penggunaan alkohol dan tembakau akan meningkatkan risiko pendarahan dalam perut. Hadkan minuman alkohol dan hentikan tabiat merokok supaya risiko tersebut dapat dikurangkan.

  • Ubat ini tidak boleh digunakan semasa mengandung disebabkan oleh kesan sampingan yang buruk terhadap kandungan janin.

  • Sila berhati-hati ketika mengambil ubat ini bersama dengan ubat pencegah kehamilan.

  • Ubat ini boleh memberikan kesan buruk kepada bayi yang sedang menyusu kerana ianya boleh didapati oleh bayi melalui susu ibu.

Jika anda terlepas dos, ambil ubat dengan segera selepas sedar anda belum mengambilnya. Jika waktu sudah hampir dengan masa dos berikutnya, langkau dos yang terlepas dan sambung semula jadual dos biasa anda. Tidak perlu untuk menggandakan kandungan dos yang terlepas tersebut.


Simpan ubat ini di bawah 25°C di tempat yang kering, jauh daripada cahaya dan kelembapan. Jauhkan ubat ini daripada capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Sekiranya anda mengalami gejala yang tidak selesa selepas mengambil pil misoprostol atau mempunyai sebarang keraguan mengenai ubat ini, sila berunding dengan doktor anda dengan segera atau dapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.DoctorOnCall.com.my. Terima kasih. 

Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Soalan berkenaan - cara menggunakan cytotec, kesan sampingan ubat cytotec, contoh ubat yang mengandung misoprostol

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)