Pil ini hanyalah boleh diambil atas arahan doktor kerana bimbang akan kesan sampingan yang bakal berlaku. Pil ini selalunya diambil 3 kali sehari. Pil ini harus diambil dalam 30 minit sebelum makan dengan air suam sahaja. Sekiranya seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis maka dos yang diberikan selalunya lebih tinggi daripada yang normal. Pengambilan pil ini juga harus konsisten dan tidak boleh ditinggalkan sewenang-wenangnya kerana ianya tidak akan dapat membantu proses pengurusan badan.
Selain itu, pengambilan pil sahaja tidak akan dapat membantu menguruskan badan. Ianya harus disertai dengan senaman ringan seperti berjalan sekurang-kurangnya 30 minit ataupun aktiviti seperti berenang dan berbasikal. Tambahan pula, kita juga haruslah jaga pemakanan kita supaya tidak teruskan makan makanan berkalori tinggi dan lebihkan makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran serta buah-buahan. Hal ini kerana pil semata-mata sahaja tidak akan dapat membantu kita menguruskan badan. Ianya perlu disertakan dengan senaman dan makanan berkhasiat yang mencukupi.