Betulkah pil hormon cina bahaya (Hormone Pills) jika disalah guna?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Jun 9, 2020

Soalan:
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja lelaki yang berumur 28 tahun. Saya sedang bekerja sebagai seorang pengurus eksekutif di sebuah bank. Saya berhasrat untuk menukar jantina kepada seorang wanita. Hal ini demikian kerana ibu saya berkata bahawa sejak kecil lagi, tingkah laku, perangai dan personaliti saya bagaikan seorang perempuan. Aktiviti yang saya minat selalunya aktiviti yang disertai oleh golongan perempuan. Ahli keluarga saya telah pun menerima keadaan saya dengan hati yang terbuka. Semasa zaman persekolahan, rakan-rakan saya selalu membuli saya kerana tingkah laku saya ibarat seorang wanita. Oleh sebab itu, saya tidak mempunyai ramai kawan dan lebih selesa bersendirian.

Setelah mendapat kerja di bank ini, rakan sekerja saya lebih memahami dan menerima keadaan saya. Mereka tidak pernah mentertawakan saya mahupun mendiskriminasikan saya. Saya mempunyai seorang kawan baik di tempat kerja yang mengesyorkan penggunaan pil hormon cina yang boleh membantu saya untuk mencapai cita-cita saya untuk menukarkan jantina.

Sebelum itu, saya ingin tahu jika pil hormon cina digalakkan untuk masalah saya, doktor. Saya juga ingin mengetahui sekiranya pil hormon cina bahaya untuk kesihatan atau selamat digunakan?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Pil hormon mengandungi molekul yang dihasilkan oleh kelenjar tertentu berdasarkan jenis hormon. Mekanisme tindakan hormon bergantung kepada bahagian badan yang menjadi sasaran. Setiap hormon mempunyai fungsi yang tersendiri termasuk dalam perkembangan fizikal wanita and lelaki. Pil hormon cina mungkin mengandungi bahan-bahan kimia atau herba yang boleh menjejaskan ciri-ciri kelelakian atau kewanitaan seseorang individu. Walaubagaimanapun, kebanyakan pil hormon cina yang masih tidak dikaji dengan teliti boleh membawa kesan buruk kepada pengguna.

Apakah itu pil hormon

Pil hormon cina mempunyai pelbagai kegunaan bergantung kepada bahan buatannya sama ada sebagai pil perancang kecemasan, tumbesaran payu dara, dan juga sebagai terapi penggantian hormon kepada golongan wanita yang sudah mencapai menopaus.

  • Pil hormon cina sebagai terapi penggantian hormon dalam golongan wanita yang sudah mencapai menopaus. Pil hormon cina mempunyai pelbagai kegunaan bergantung kepada bahan buatannya sama ada sebagai pil perancang kecemasan, tumbesaran payu dara, dan juga sebagai terapi penggantian hormon kepada golongan wanita yang sudah mencapai menopaus.
  • Pil hormon ini juga mempunyai kesan terhadap pengumpulan lemak pada bahagian punggung dan payudara di mana ia digunakan untuk membesarkan bahagian badan tersebut.
  • Pil hormon ini terbukti berkesan untuk sesetengah pengguna bagi penambahbaikan kulit wajah.
Terdapat 4 jenis hormon yang menyumbang kepada penentuan ciri-ciri kelelakian atau kewanitaan seseorang:
  • Estrogen dan Progesteron merupakan hormon yang penting untuk mengekalkan ciri-ciri kewanitaan.
  • Testosteron dan Androgen pula memainkan peranan dalam membentuk ciri-ciri fizikal kelelakian.

Dalam bidang perubatan, hormon ini diubah suai dan melalui proses penyelarasan dengan ubat untuk mencapai ciri-ciri fizikal sebagai seorang lelaki atau wanita, mencegah kehamilan atau menangani simptom menopaus untuk golongan wanita. Sebelum memberi preskripsi pil hormon, doktor pakar memerlukan penilaian yang teliti termasuklah mempertimbangkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan atau menjejaskan nyawa.

Pengambilan ubat hormon seperti testosteron boleh membantu golongan lelaki untuk mencapai bentuk badan yang diidamkan dengan segera. Golongan transgender yang ingin mengekalkan keadaan fizikal mereka setelah selesai melalui proses perubahan jantina juga menggunakan pil hormon ini.

Penggunaan ubat hormon ini juga banyak dalam golongan wanita yang ingin memiliki bentuk badan yang lebih anggun. Ia dikatakan untuk memberi kesan positif terhadap pembesaran bahagian badan seperti payudara dan punggung. 

Apakah kebahayaan pil hormon

Seperti ubat lain, pil hormon cina juga mempunyai kesan sampingan yang boleh mengancam nyawa para pengguna. Antaranya adalah:

  1. Kegagalan buah pinggang dan kerosakan organ hati. Ubat ini dikhuatiri mengandungi bahan kimia toksik atau logam berat yang boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan lain.
  2. Pengguna pil hormon cina tanpa memberitahu doktor kerana dipercayai ia adalah semula jadi. Kandungan dalam pil hormon ini boleh menjadi sumber toksin yang beracun kepada kesihatan. Terdapat ramuan atau tahap kepekatan ramuan pil hormon cina yang tidak disenaraikan atau tidak dilaporkan dengan tepat. Ramuan ini mungkin terdiri daripada ubat antibiotik, steroid dan psikoaktif.
  3. Sesetengah kajian juga mendapati bahawa pil hormon cina mungkin mengandungi tahap plumbum, kadmium dan arsenik yang berlebihan sehingga mampu menyebabkan keracunan malahan terdapat kandungan racun perosak atau bahan cemar yang berkaitan dengan cara penyimpanan yang tidak betul.
  4. Kandungan pil hormon tidak selamat untuk ibu yang masih menghasilkan susu badan untuk bayi mereka kerana bayi tersebut mungkin mengalami pembesaran payudara, bengkak kaki dan perkembangan otak yang terbantut.

Apakah kesan sampingan pil hormon

Antara kesan buruk atau gejala yang mungkin boleh dialami oleh para pengguna pil hormon ini adalah:

  • Pembesaran saiz buah dada lelaki ("Gynaecomastia")
  • Keguguran rambut
  • Perubahan saiz buah zakar
  • Masalah kesuburan
  • Perubahan suara
  • Masalah jerawat yang teruk
  • Potensi perkembangan tumor
  • Masalah hati, peningkatan tahap kolesterol
  • Gangguan emosi seperti menjadi lebih agresif dan marah
  • Ketagihan pada ubat tersebut
  • Peningkatan selera makan
  • Pengambilan ubat hormon estrogen sahaja boleh membawa kesan sampingan yang serius terhadap rahim, ovari, payudara dan pangkal rahim.
  • Risiko batu karang dalam hempedu
  • Pendarahan abnormal dari rahim
  • Risiko pembekuan darah meningkat
  • Barah hati
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Pertumbuhan fibroid dan endometriosis
  • Loya dan muntah- muntah
  • Perut kembung
  • Pengumpulan air dalam badan ("edema")

Apakah rawatan selepas makan pil hormon

Oleh kerana kesan sampingan negatif yang tidak dapat dikenalpasti, pengguna ubat atau pil hormon memerlukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun seperti ujian darah, mammogram dan pap smear serta imbasan pelvis.

Bahan kimia dalam kandungan pil hormon mempunyai kesan jangka panjang. Oleh itu, analisis kimia pil hormon cina harus dilakukan untuk mengenalpasti dan menentukan tahap keselamatan penggunaan pil hormon cina sebelum membenarkan penggunaan oleh orang ramai.

Anda haruslah memberitahu doktor sekiranya anda mengambil pil hormon cina jika mengalami sebarang punca masalah kesihatan. Sebagai peringatan, jika anda mengalami gejala atau yang tidak normal sepanjang penggunaan pil hormon cina, segera berjumpa dengan doktor sebelum keadaan bertambah teruk.
 
Anda juga boleh mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut daripada para doktor kami di laman web  www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


Rujukan

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor RM0
Hadiah Tunai RM30 eFarmasi
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >