Anda Mengalami Masalah Plak Gigi? Artikel Ini Ada Tips Untuk Menghindarinya

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Ogos 14, 2020

Soalan:
Hi doktor. Saya merupakan ibu kepada dua orang anak yang kini masing-masing berusia 13 dan 14 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya perasan bahawa mulut mereka berdua menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Apabila saya bertanya tentang kekerapan memberus gigi, mereka berdua mengaku bahawa jarang memberus gigi. Untuk pengetahuan doktor juga, mereka berdua menetap di asrama dan hanya balik rumah sekali dalam dua minggu iaitu pada hujung minggu. Ekoran itu, saya tidak boleh untuk memantau rutin kebersihan harian mereka. Boleh doktor jelaskan adakah masalah mulut berbau ini disebabkan oleh tabiat tidak memberus gigi dan boleh doktor jelaskan dengan lanjut kesannya.
Jawapan:
Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut. Sememangnya menjadi dilema lazim dalam kalangan para ibu memikirkan kebersihan diri anak mereka tidak kiralah dari segi pakaian, rambut, kuku mahupun penjagaan kebersihan gigi dan mulut. Untuk pengetahuan puan, mulut berbau atau juga dikenali sebagai Halistosis dalam terma perubatan. Masalah ini pula boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit seperti plak, jangkitan kuman pada gusi atau gigi, makanan, penyakit kronik, merokok dan banyak lagi. Namun begitu, punca paling lazim yang menunjangi masalah ini ialah plak gigi. Melalui artikel di bawah, saya akan kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan dengan plak gigi.

Plak gigi merupakan lapisan bakteria yang terkumpul dalam komponen mulut seseorang sebagai contoh, gigi, gigi palsu, gusi, lidah dan yang seumpama dengannya. Difahami bahawa terdapat lebih daripada 1000 jenis bakteria dijumpai pada plak gigi dan bakteria inilah yang menjadi punca kepada masalah bau gigi serta masalah lain yang berkaitan dengan gigi. Sebagai pengetahuan am, plak gigi yang terhasil tidak berwarna namun ia boleh menggeras jika tidak dicuci yang akhirnya membentuk kalkulus. Pasti ramai pula yang tertanya-tanya tentang bilakah plak gigi akan terbentuk ? Pembentukan plak gigi berlaku sekitar 4 hinggalah 12 jam setelah seseorang itu menggosok gigi. Oleh itu, jika seseorang membiarkan giginya tidak digosok, plak ini akan menebal dan menyebabkan kesukaran untuk membersihkan plak ini.

Pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat serta gula merangsang pertumbuhan plak pada kawasan gigi. Hal ini kerana, bakteria serta mikroorganisma memerlukan zat-zat tersebut untuk terus hidup. Kenyataan ini bukanlah melarang anda untuk mengambil zat-zat tersebut namun jika ia terlekat pada gigi, ia akan menjadi sarang untuk plak bertumbuh. Justeru, gosoklah gigi selepas makan.

Pada awal artikel ini, telah diperjelaskan bahawa plak gigi yang tidak digosok dengan baik akan menyebabkan banyak masalah dan komplikasi. Berikut merupakan antara komplikasi yang boleh terjadi jika masalah ini tidak ditangani.

  • Keradangan gigi (Periodontitis). Plak yang melekat pada gigi untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan keradangan ataupun jangkitan. Jangkitan ini pula boleh tersebar kepada bahagian lain dan boleh menyebabkan kerosakan pada akar gigi.
  • Keradangan gusi (Gingivitis). Punca kepada permasalahan ini sama iaitu disebabkan oleh plak dan akhirnya menyebabkan keradangan pada gusi seseorang. Pesakit yang mengalami masalah ini akan mengalami simptom iaitu sakit pada gusi, bengkak, kemerah-merahan dan pendarahan. Perlu diketahui bahawa jangkitan pada gusi boleh mengundang sakit lain seperti jangkitan paru-paru, penyakit kencing manis, angin ahmar dan banyak lagi. Hal ini terjadi kerana bahagian gigi serta gusi bersangkut paut dengan organ lain dalam badan.
  • Kerosakan gigi (karies gigi). Selain jangkitan serta keradangan, masalah plak yang tidak ditangani boleh memberikan impak negatif keatas struktur gigi seseorang. Perlu untuk diketahui bahawa mikro organisma serta bakteria yang terkumpul pada gigi akan menghasilkan asid. Asid yang terhasil ini pula mampu untuk menghakis enamel gigi dan akhirnya menyebabkan gigi seseorang berlubang. 
  • Nafas berbau. Seperti yang telah dihuraikan pada awal perenggan, plak pada gigi akan menyebabkan seseorang mengalami masalah gigi berbau. Hal ini kerana toksin yang terhasil mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan ditambah pula dengan sisa makanan yang terlekat pada gigi.

Pembentukan kalkulus atau tartar (karang gigi). Kalkulus merupakan lapisan plak yang telah mengeras. Lapisan plak gigi warna kuning dan ada kalanya berwarna coklat. Fenomena ini terjadi jika plak dibiarkan dengan begitu lama dan tidak dicuci. Permukaan kalkulus ialah kasar dan ia berpotensi untuk menghakis gigi seseorang. Kalkulus pula tidak boleh untuk dicuci dengan hanya menggosok gigi semata-mata.

Secara dasarnya, plak gigi yang belum membentuk kalkulus masih boleh untuk dibersihkan secara berkala. Berikut merupakan cara untuk menghilangkan plak gigi:

  • Gosok gigi. Setiap orang disarankan untuk mengosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pemilihan jenis berus gigi yang sesuai juga membantu untuk meningkatkan tahap kebersihan gigi. Seseorang hendaklah mengunakan berus gigi lembut serta tirus agar ia dapat menjangkau celah-celah gusi yang sukar untuk dicapai. Melalui kaedah ini, plak gigi tertanggal. Perhatian setiap bahagian gusi sebelum serta selepas menggosok gigi bagi memastikan tiada sisa makanan yang terlekat.
  • Gunakan Dental Floss ataupun benang gigi. Pengggunan flos amat membantu untuk mencuci bahagian antara gigi yang amat sempit untuk dicapai oleh berus gigi. Ciri flos yang mudah dibentuk, nipis dan juga tidak mudah putus membolehkan ia senang untuk mencapai kawasan gigi yang rumit dan berlapis.
  1. Gosok gigi secara berkala. Seperti yang telah diperjelaskan, gosok gigi secara berkala dapat menghindarkan bakteria daripada melekat dan menhasilkan plak gigi. Teknik mengosok gigi juga perlu betul serta penggunaan ubat gigi. Pastikan ubat gigi yang digunakan mengandungi florida yang membantu untuk menguatkan lapisan luar gigi dan menghindari seseorang daripada kerosakan gigi.
  2. Kurangkan makanan dan minuman yang manis. Makanan serta minuman yang manis merupakan tempat paling ideal untuk pembiakan bakteria dan hal inilah yang merancakkan pertumbuhan bakteria serta plak.
  3. Banyakkan pengambilan buah serta sayur-sayuran. Makanan yang kaya dengan serat bukan saja membantu dalam perkumuhan malah serat ini dapat untuk mencuci gigi seseorang secara tidak langsung. Pengambilan buah yang kaya dengan vitamin c juga baik untuk kesihatan gigi dan juga gusi.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Daftar dan dapat RM30

Soalan berkenaan - karang gigi, karies gigi, plak gigi tertanggal, plak gigi warna kuning

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my