Perlu Bantuan?

Apakah kegunaan pontalon (Mefenamic Acid) dan bahayakah kesan sampingannya?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Januari 13, 2021

Soalan:
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 32 tahun. Saya bekerja sebagai seorang peguam dan memiliki firma guaman persendirian. Saya sudah berkahwin dan suami saya juga seorang peguam seperti saya. Beliau berumur 34 tahun. Kami mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah rendah.

Sejak belakangan ini saya mempunyai sakit yang teruk pada bahagian bawah perut. Sakit ini akan berlaku setiap kali saya datang haid. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat ke kerja kerana sakit yang melampau sehingga pernah juga sekali saya hampir pengsan. Berikutan masalah ini, setiap kali saya berasa sakit saya akan tidur sahaja untuk meredakan kesakitan. Suami saya juga berasa sangat risau mengenai masalah saya ini.

Baru-baru ini rakan saya mencadangkan saya untuk mencuba sejenis ubat yang bernama Pontalon yang dijual di farmasi. Setelah membeli dan mencuba ubat ini, saya mendapati sakit saya hilang serta merta. Sejak itu, saya sentiasa menggunakan ubat ini apabila mendapat sakit haid. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai ubat Pontalon ini dan adakah sebarang kesan sampingan yang berikutan?
Jawapan:
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan keterangan puan, saya mendapati puan telah mengambil langkah yang baik dengan menggunakan ubat  Pontalon untuk meredakan sakit haid yang dialami oleh puan. Ubat ini merupakan sejenis ubat tahan sakit yang digunakan secara meluas untuk membantu melegakan sakit semasa datang haid. Ubat ini juga boleh digunakan untuk melegakan kesakitan gigi atau pun masalah sendi serta otot. Pontalon mempunyai kesan sampingan seperti sembelit, cirit-birit, pening kepala, sakit ulu hati, mengantuk dan lain-lain. Walaupun terdapat kesan sampingan namun puan tidak perlu risau kerana komplikasi akan berlaku jika ubat ini digunakan secara tidak terkawal. Puan perlu peka dan segera berjumpa doktor jika mengalami masalah yang serius. Puan juga dinasihati agar mengambil ubat tersebut apabila perlu sahaja dan bukan untuk tempoh waktu lama.

Apakah itu Pontalon

Pontalon atau ‘Mefenamic acid’ atau ‘Ponstan’ merupakan sejenis ubat tahan sakit. Ubat tanpa preskripsi ini dikategorikan sebagai‘Non-steroidal Anti-Inflammatory Drugs’.

Apakah fungsi pontalon

Pontalon mempunyai fungsinya yang tersendiri. Walaupun ia sejenis ubat tahan sakit namun ia tidak akan diberikan dengan kerap untuk menyembuhkan semua jenis sakit. Hal ini demikian kerana ubat pontalon ini dikira sebagai ubat tahan sakit yang kuat. Jadi, ianya digunakan apabila perlu sahaja.

Pontalon merupakan sejenis ubat yang selalu digunakan untuk

  • Masalah sakit ketika haid. Hal ini kerana ubat ini akan membantu melegakan sakit tersebut dan tidak akan mengganggu kitaran haid yang sedia berlaku. Ianya berfungsi untuk meredakan sakit sahaja dan kita tidak perlu bimbang ia akan mengganggu kitaran haid.
  • Menyembuhkan sakit yang berkaitan dengan sendi dan otot. Hal ini demikian kerana berdasarkan statistik ubat pontalon mempunyai menyembuhkan sakit sendi dan otot dengan lebih efektif berbanding ubat tahan sakit yang lain.
  • Merawat sakit gigi atau sebarang kesakitan selepas prosedur yang berkaitan dengan gigi. Ubat pontalon dapat memastikan proses pemulihan yang baik.

Apakah kesan sampingan Pontalon

Antara kesan sampingan yang boleh terjadi berikutan pengambilan ubat ini ialah:

  • Sakit perut
  • Sembelit
  • Kurang atau hilang selera makan
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Mengantuk
  • Kentut berlebihan
  • Sakit ulu hati
  • Loya
  • Berasa gementar
  • Susah nak tidur
  • Muntah
  • Kabur penglihatan
  • Alahan
Berdasarkan kajian kesan sampingan tidak selalu terjadi kepada individu yang mengambil ubat pontalon ini. Namun demikian, sekiranya masalah ini berlarutan maka ianya harus segera dibawa ke pemerhatian seorang doktor. Hal ini demikian kerana jika dibiarkan untuk berpanjangan lama kelamaan ia akan menyebabkan beberapa masalah yang berkekalan. Oleh itu, untuk golongan yang ingin mengambil ubat ini anda perlu mengenali kesan sampingannya terlebih dahulu.

Apakah cara untuk ambil Pontalon

Seperti ubat yang lain, Pontalon juga mempunyai cara pengambilannya. Anda haruslah mengambil ubat ini atas arahan dan nasihat doktor supaya tidak mengalami kesan sampingan yang tidak diingini.

  • Ubat pontalon yang dicadangkan untuk pengambilan orang dewasa ialah  tablet 500 mg bagi dos pertama diikuti dengan tablet 250 mg setiap 6 jam berikutnya.
  • Selain itu, ubat pontalon ini selalunya tidak digalakkan untuk pengambilan lebih daripada seminggu kerana dikhuatiri akan menyebabkan impak negatif jika diambil untuk terlalu lama.
  • Untuk kegunaan semasa senggugut, Pontalon diambil untuk dua atau tiga hari sahaja dan tidak lebih daripada itu.
  • Orang ramai disarankan untuk mengambil ubat pontalon selepas makan.. Hal ini demikian kerana Pontalon boleh merangsang penghasilan asid perut secara berlebihan sekali gus menyebabkan sakit gastirk, muntah, loya serta ketidakselesaan.
  • Ubat ini secara umumnya selamat diambil oleh orang ramai dan boleh didapati di farmasi dengan harga yang berpatutan. Anda boleh mendapatkan ahli farmasi untuk membantu menerangkan cara pengambilan ubat pontalon ini.

Siapakah golongan yang tidak boleh mengambil ubat ini

Ubat pontalon ini walaupun digunakan secara meluas untuk melegakan kesakitan namun terdapat beberapa golongan yang dilarang daripada mengambil ubat ini kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. 

Antara golongan yang dinasihatkan untuk menghindari ubat pontalon ini adalah:

  • Alahan kepada ubat ini atau bahan yang terkandung dalam ubat ini
  • Menyusukan anak
  • Ibu yang sedang menyusukan anak
  • Mengandung melebihi 28 minggu
  • Ulser dalam perut
  • Kurang daripada 18 tahun
  • Latar belakang asthma atau ruam
  • Pendarahan dalam otak
  • Pernah melakukan pembedahan “Bypass”
  • Penyakit hati atau ginjal
  • Jantung lemah
  • Tahap potasium yang tinggi dalam darah (hyperkalemia)
Kesimpulannya, golongan yang mengambil ubat pontalon ini haruslah mengetahui cara pengambilannya dengan teliti terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Anda juga boleh mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut daripada doktor kami di laman web  www.doctoroncall.com.my

Ia merupakan sebuah ubat yang lazim digunakan oleh masyarakat umum. Namun ia lebih dikenali dengan nama ‘Asid Mefenamik’ atau ‘Mefenamic acid’. Ia adalah sejenis ubat yang digunakan apabila anda mengalami kesakitan. Ubat ini berasal daripada kelas ubatan yang bernama ‘Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ atau NSAIDS.
Mefenamic acid mempunyai fungsinya yang tersendiri. Komponen kimia mefenamic acid dapat meregulasi rasa sakit dengan menurunkan kadar hormon prostaglandin pada kawasan tertentu. Hormon prostaglandin ini merupakan salah satu zat tubuh yang dapat memicu rasa sakit. Justeru itu, mefenamic acid merupakan sejenis ubat yang sering digunakan secara meluas untuk Masalah sakit akibat haid. Ubat ini sesuai untuk digunakan kerana mefenamic acid dapat berkerja tanpa mengganggu kitaran haid seseorang wanita. Ubat ini hanya terfokus kepada gejala sakit seseorang sehingga para wanita tidak perlu bimbang ia akan menyebabkan kitaran haid yang tidak sekata. Masalah sakit sendi dan otot. Hal ini kerana berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan NSAIDS golongan mefenamic acid sangat berkesan terhadap gejala sakit sendi dan otot khususnya yang dipicu oleh reaksi inflamasi. Masalah sakit gigi sakit gigi atau sebarang kesakitan selepas prosedur yang berkaitan dengan gigi. Mefenamic acid bukan sahaja dapat bertindak kepada sakit gigi, ia juga dapat mengesyorkan proses penyembuhan gigi berlaku dengan baik. Masalah sakit kepala. Mefenamic acid cendurung dapat bertindak kepada sakit kepala yang dipicu oleh gangguan menstruasi atau gejala-gejala yang terkait dengan premenstrual syndrome
Walaupun mefenamic asid sering digunakan orang ramai saat mengalami kesakitan, namun ia tidak boleh diberikan terlalu kerap dan ia bukanlah suatu alternatif untuk semua jenis sakit. Hal ini kerana mefenamic acid tergolong di antara ubat yang mempunyai kesan sampingan yang kuat - khususnya apabila digunakan melebihi kadar, jangka waktu dan dos yang sepatutnya. Justeru mefenamic acid hanya digunakan selagi terdapat indikasi yang memerlukannya. Antara kesan sampingan mefenamic acid ialah: Sakit perut Sembelit Kurang atau hilang selera makan Cirit-birit Pening kepala Mengantuk Kentut berlebihan Sakit ulu hati Loya Berasa gementar Susah tidur Mual & muntah Kabur penglihatan Reaksi alergik Sekiranya anda mengalami kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.
Pengambilan ubat ini haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu agar ia tidak mendatangkan kesan atau masalah yang tidak diingini. Tatacara pengambilan mefenamic acid terbahagi kepada: Garis panduan umum Penggunaan mefenamic acid yang direkomendasikan untuk orang dewasa ialah tablet 500 mg bagi dos pertama, diikuti dengan tablet 250 mg setiap 6 jam berikutnya. Ia disarankan untuk diambil selepas makan. Pengambilan sebelum makan akan merangsang sel dalam perut untuk mengeluarkan asid secara berlebihan sekali gus menyebabkan kesan sampingan seperti sakit perut, loya, mual & muntah. Sakit akibat haid Khususnya bagi penggunaan terhadap sakit akibat haid. Lazimnya ubat ini hanya berkesan selama dua hingga tiga hari pertama pengambilan mefenamic acid dan tidak lebih daripada itu. Justeru penggunaan lebih dari tiga hari tidak akan memberikan kesan malah boleh menyebabkan gangguan yang lain. Maka sekiranya sakit berlanjutan, sila berjumpa dengan doktor. Sakit sendi & otot, sakit gigi, dan sakit kepala Untuk penggunaan sakit selain yang dipicu oleh menstruasi, maksimum penggunaan mefenamic acid adalah selama tujuh hari. Hal ini untuk mencegah kesan sampingan jika diambil berpanjangan.
Ubat mefenamic acid ini walaupun sering kali digunakan secara meluas ketika sakit namun terdapat beberapa golongan yang tidak direkomendasi untuk menggunakan ubat ini kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan atau memperparah keadaan. Antara golongan yang sebaiknya menghindari penggunaan mefenamic acid adalahi: Golongan wanita Yang menyusukan anak bayi Mengandung melebihi 28 minggu Mereka dengan gangguan alahan Sejarah alahan kepada mefenamic acid Sejarah penyakit asma atau ruam Terdapat gangguan kesihatan Perdarahan dalam otak Kelemahan jantung Ulser dalam perut Menghidapi penyakit hati atau buah pinggang Tinggi kadar potassium dalam darah (hyperkalemia) Kondisi umum yang tidak sesuai Berumur kurang dari 18 tahun Pesakit selepas melakukan surgeri bypass Kesimpulannya, individu yang mengambil mefenamic acid ini haruslah mengetahui cara pengambilan dan kesan sampingannya dengan teliti terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggunakannya. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya masih terdapat kemusykilan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Daftar dan dapat RM30

Soalan berkenaan - pontalon ubat apa

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my