Perubahan Tahap Garam Kalium Dalam Darah Boleh Segera Membawa Maut!

Ogos 14, 2020 | Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Sulit
Salam sejahtera doktor. Baru-baru ini ayah saya dimasukkan ke hospital disebabkan oleh sesak nafas dan kaki kembang. Beliau menghidapi masalah kencing manis, darah tinggi, kolesterol serta penyakit jantung dan sedang menerima rawatan untuk masalah tersebut. Saya sentiasa menjaga ayah saya dan mengambil tahu mengenai ubat dan rawatan yang beliau terima. Hari ini, doktor memberitahu dia kekurangan garam dan memberi ubat kalium untuk dia. Saya keliru, bukankah garam adalah sodium? Saya bertanya dengan jururawat tetapi jawapan beliau tidak memuaskan hati saya. Boleh saya meminta doktor menerangkan sedikit mengenai kalium ini?
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan. Terlebih dahulu, saya memuji tindakan anda mengambil tahu masalah serta rawatan yang diterima oleh ayah anda. Maksud kalium adalah potasium dan secara mudahnya, kami memanggilnya garam untuk menerangkan kepada orang awam. Begitu juga sodium. Kedua-dua elemen ini adalah antara mineral penting yang ada dalam badan kita. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan ubat yang bertujuan untuk membuang air dalam badan bagi mengurangkan gejala sesak nafas dan kaki kembang beliau. Air yang keluar dari badan juga membawa keluar kalium bersamanya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kalium, sila baca penulisan artikel di bawah.

Elemen ini berada di kedudukan kumpulan 1, period 4 dalam jadual berkala kimia. Kalium atau nama lain potasium merupakan salah satu jenis mineral yang penting untuk tubuh badan. Mineral ini dikelaskan sebagai elektrolit kerana sangat reaktif dalam air dimana ia menghasilkan ion positif sekiranya dilarutkan di dalam air. Fungsi ini lah yang membolehkannya mengalirkan elektrik untuk tujuan banyak proses di seluruh badan.

Antara makanan yang mengandungi sumber kalium yang tinggi adalah seperti pisang, avocado, delima, bayam, kentang air kelapa dan banyak lagi. 

Namun sekiranya kalium diikuti dengan nama lain seperti kalium hidroksida ia secara automatik menjadi bahan lain. Kalium hidroksida kebiasaannya digunakan dalam pengeluaran kalium karbonat, kalium fosfat, baja cair, sabun kalium, detergen dan bukannya untuk kegunaan badan.

Pelbagai kepentingan dan fungsi kalium dalam badan. Antaranya:

1. Membantu Mengatur Keseimbangan Cairan

Air di dalam tubuh terbahagi kepada dua iaitu cecair di dalam sel (intraselular) atau luar ekstraselular. Jumlah air di antara keduanya dipengaruhi oleh kepekatan elektrolit iaitu kalium (potasium) yang terdapat banyak di dalam ICF dan natrium (sodium) terdapat dalam ECF. 

Secara amnya, osmolaliti atau kandungan air dan elektrolit adalah sama antara intraselular dan ekstraselular. Namun, apabila osmolaliti berubah, air dari kawasan dengan elektrolit yang lebih sedikit akan bergerak ke kawasan yang lebih banyak elektrolit untuk menyamakan kepekatan elektrolit. Proses ini boleh menyebabkan sel mengecut sekiranya air bergerak keluar, atau membengkak dan pecah sekiranya air bergerak ke dalamnya. Oleh yang demikian, penting untuk memastikan anda menggunakan elektrolit yang betul, termasuklah kalium.

2. Menyampaikan mesej antara otak dan badan anda.

Mesej-mesej ini disampaikan dalam bentuk impuls saraf antara otak dan tubuh badan dalam dan membantu mengatur banyak fungsi. Impuls ini dihasilkan pergerakan antara ion natrium ke dalam dan ion kalium bergerak keluar dari sel. Oleh itu, perubahan dalam tahap kalium boleh menganggu proses ini.

3. Membantu Mengatur Kontraksi Otot dan Jantung

Kalium mempengaruhi sistem saraf yang mengawal otot. Antara otot yang paling penting dalam tubuh badan manusia adalah jantung. Oleh disebabkan itu, jantung sangat senang terdedah dengan kesan perubahan kalium seperti degupan jantung yang tidak teratur yang boleh membawa maut dan mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.

Hipokalemia adalah apabila tahap kalium kurang daripada 3.5 mmol/L. Hipokalemia sederhana adalah tahap serum 2.5-3.0 mmol/L, dan hipokalemia teruk adalah tahap kurang dari 2.5 mmol/L.

Antara sebab kalium rendah adalah, pengambilan kalium yang tidak mencukupi, kehilangan kalium melalui air kencing, pergerakan kalium dari ekstraselular ke intraselular. 

Antara gejala hipokalemia adalah:

  • Kelemahan dan keletihan
  • Kekejangan sakit otot 
  • Diabetes tidak terkawal atau kerap kencing
  • Palpitasi (jantung berdegup kencang)
  • Masalah psikologi seperti psikosis, kecelaruan, halusinasi, kemurungan

Hyperkalemia adalah apabila tahap kalium dalam serum lebih dari 5.0-5.5 mmol/L dalam orang dewasa manakala untuk bayi dan kanak-kanak bergantung pada usia. Tahap kalium lebih tinggi daripada 7 mmol/L boleh menyebabkan perubahan pada hemodinamik dan neurologi yang signifikan. Tahap melebihi 8.5 mmol/L pula dapat menyebabkan kelumpuhan otot pernafasan atau serangan jantung yang boleh membawa maut. 

Kandungan kalium dalam darah tinggi dari normal boleh disebabkan

  • Kegagalan buah pinggang
  • Beberapa jenis ubat-ubatan darah tinggi, dan ubat kemoterapi 
  • Dehidrasi
  • Penyakit seperti kencing manis jenis 1, Addison serta pendarahan organ dalam,
  • Trauma
  • Penggunaan alkohol atau dadah rekreasi
  • Penggunaan ubat tambahan

Antara gejala hiperkalemia adalah

  • Kelemahan dan keletihan
  • Kelumpuhan otot
  • Kesukaran bernafas
  • Palpitasi
  • Sakit dada
  • Mual atau muntah
  • Paresthesia (rasa semut atau kebas) 

Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)