Bagaimana saya boleh mengetuahui tarikh bersalin dengan mengguna kalkulator kehamilan (Pregnancy Calculator)?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 11, 2020

Soalan:

Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah berusia 25 tahun. Saya sekarang sedang mengandungkan anak saya yang pertama. Saya dan suami saya berasa sangat teruja dan seolah-olah tidak sabar untuk memegang anak kami yang pertama. Namun demikian, saya tidak tahu usia kehamilan saya dan tarikh bersalin kerana beberapa kejadian yang tidak disangka saya telah kehilangan buku merah saya. Sekarang saya berasa buntu akan bila tarikh bersalin saya. Saya mendapat tahu bahawa terdapat beberapa formula yang boleh digunakan untuk menghitung hari bersalin. Ia juga dikenali sebagai kalkulator kehamilan. Naum saya tidak beberapa pasti bagaimana untuk menggunakannya. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai kalkulator kehamilan ini? Ianya akan dapat membantu saya dengan kandungan yang akan datang.

Jawapan:

Terima kasih puan atas soalan tersebut. Puan bolehlah mengetahui tarikh bersalin menggunakan kalkulator kehamilan (Pregnancy Calculator). Ianya memang merupakan sebuah kaedah yang mudah, cepat dan tepat bagi mengetahui tarikh bersalin. Berikutan itu, puan bolehlah melayari internet dan mencari kalkulator kehamilan online. Dengan hanya memasukkan tarikh hari pertama kitaran haid terakhir, ia akan dapat memberitahu puan tarikh hari bersalin yang sedang ditunggu-tunggu oleh puan.

Oleh itu, puan tidak perlu risau dan bagi buku merah puan pula, ianya lebih baik puan segera ke klinik yang selalu puan pergi untuk mendapatkan buku baru. Buku tersebut diminta dijaga dengan elok kerana ia mengandungi segala informasi mengenai kesihatan puan dan kandungan. Dalam buku juga akan tertera usia kehamilan dan tarikh hari bersalin yang boleh dirujuk oleh puan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

Apakah itu kalkulator kehamilan

Kalkulator kehamilan merupakan sebuah kaedah mudah untuk mengira usia kandungan serta mengetahui dengan lebih jelas hari bersalin. Sejak penemuan kalkulator kehamilan ini, ramai wanita hamil telah berasa sangat lega dan berpuas hati kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tarikh bersalin. Dengan ini mereka dapat mengambil langkah persediaan bagi menghadapi hari besar mereka yang di nanti-nantikan.

Kalkulator kehamilan mempunyai beberapa jenis iaitu dalam bentuk roda yang dilabelkan dengan bulan dan hari atau juga boleh dikira dengan menggunakan ‘Naegele’s formula’. Terdapat lagi satu formula yang digunakan iaitu ‘Parikh’s formula’.Kedua-dua kaedah ini digunakan secara meluas oleh para doktor untuk membantu wanita yang mengandung untuk mengetahui tarikh kelahiran anak mereka.

Apakah kegunaan kalkulator kehamilan

Kalkulator kehamilan mempunyai beberapa kegunaannya yang sangat bermanfaat bukan sahaja kepada wanita yang sedang mengandung malah juga senang kepada doktor yang merawat wanita mengandung tersebut. Antara kegunaan kalkulator kehamilan ini ialah seperti:

  1. Dapat mengetahui tarikh bersalin. Hal ini dapat memudahkan banyak pasangan suami isteri untuk merancang dengan lebih awal dan menyediakan bukan sahaja barangan yang diperlukan tetapi juga minda dan emosi mereka bagi kelahiran anak mereka itu.

  2. Dapat mengetahui usia kehamilan mereka. Hal ini akan dapat membantu doktor mengetahui sejauh mana wanita tersebut ada untuk bersalin. Wanita hamil tersebut juga harus mengetahui usia kehamilan untuk bersiap sedia bagi cabaran seterusnya.

  3. Mengetahui usia janin. Hal ini dapat membantu mengetahui perkembangan organ-organ janin tersebut. Ini akan dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah dengan lebih mudah.

  4. Membantu mengetahui tarikh persenyawaan. Hal ini kerana kalkulator kehamilan akan juga memberitahu kita tarikh akhir datang haid. Menerusi itu, kita akan dapat mengetahui tarikh persenyawaan tersebut berlaku dan ini akan menjadi sebuah pengajaran dan persediaan bagi anak seterusnya.

Bagaimana untuk guna kalkulator kehamilan

Masyarakat kini tahu mengenai kewujudan kalkulator kehamilan ini namun tidak tahu cara penggunaannya. Ianya sangat mudah dan cepat untuk dilakukan. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk mengira hari bersalin.

  1. ‘Naegele’s formula’. Rumus ini dicipta oleh seorang doktor di Jerman. Ianya dikira dengan menggunakan tarikh hari pertama bagi kitaran haid yang terakhir. Apabila mengira, tahun janganlah diubah, bulan ditambah dengan 9 dan hari ditambah 7 atau pun tahun ditambah 1, bulan dikurangkan 3 serta hari ditambah 7. Contohnya, seseorang itu, mempunyai tarikh hari pertama bagi kitaran haid yang terakhir pada 19 Januari 2015 maka berdasarkan rumus ini 19 ditambah 7, bulan Januari ditambah 9 serta tahun tetap. Jadi, tarikh hari bersalin akan menjadi 26 Oktober 2015.

  2. Seterusnya, merupakan ‘Parikh’s formula’. Ini berbeza dengan ‘Naegele’s Formula’ kerana formula ini membantu mengira tarikh hari bersalin bagi golongan yang mempunyai kitaran haid melebihi 28 hari. Cara mengira adalah hari pertama bagi kitaran haid terakhir campur 9 bulan serta campur dengan hitungan kitaran haid yang ditolak dengan 21 hari. Contohnya, hari pertama bagi kitaran haid terakhir ialah pada 1 Januari 2012 dan kitaran haid adalah selama 34 hari. Maka berdasarkan rumusan ini, 1 Januari 2012 + 9 bulan + (34-21 hari) = 14 Oktober 2012.

  3. Kaedah seterusnya merupakan roda yang digunakan. Ini merupakan kaedah yang paling mudah kerana tidak menggunakan sebarang ilmu matematik. Dengan hanya mengetahui tarikh hari pertama kitaran hari terakhir, kita boleh masukkan tarikh tersebut ke dalam roda dan mengikut itu kita boleh ketahui tarikh hari bersalin.

  4. Terdapat juga kaedah yang lebih mudah dan terkenal pada masa kini iaitu dengan menggunakan komputer. Kita hanya perlu melayari internet dan mencari kalkulator kehamilan. Berikutan itu, kita hanya perlu menaip masuk info yang diperlukan dan tanpa melengahkan masa ia akan memaparkan tarikh hari bersalin.

Apakah kalkulator kehamilan online

Pada zaman moden ini, kita tidak lagi melihat orang menggunakan rumusan seperti di atas atau juga menggunakan roda dan menggerakkan jejarinya untuk mengetahui tarikh akhir bersalin. Kesemuanya telah dimudahkan dengan bantuan internet. Kita hanya perlu melayari internet dan mencari kalkulator kehamilan secara online. Berikutan itu, kita perlu menaip masuk informasi yang dinyatakan seperti tarikh hari pertama bagi kitaran haid terakhir. Ini dengan segera akan di hitung oleh komputer tersebut dengan sendirinya dan mencapai kepada tarikh hari bersalin. Ini lebih memudahkan para wanita hamil dan tidak perlu bergantung kepada doktor untuk menghitungkan hari bersalin bagi mereka.

Selain itu, kalkulator kehamilan juga telah mempunyai aplikasi yang tersendiri supaya boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit dan digunakan pada bila-bila masa anda mengandung. Ia juga akan menunjukkan usia kehamilan pada setiap masa untuk pengetahuan para ibu mengandung dan ianya lebih mudah untuk memberitahu doktor mereka. Dengan mengetahui apa hari dan tarikh bersalin, pasangan suami isteri akan dapat bersiap sedia untuk ke hospital dan menyediakan keperluan bayi di rumah mereka.

Kesimpulannya, ia memang merupakan sebuah perkara yang sangat penting bagi para ibu hamil untuk mengetahui tarikh hari bersalin mereka. Berikutan itu, mereka haruslah peka dan mengingat tarikh hari pertama kitaran haid terakhir kerana ia sangat mustahak bagi para doktor untuk menghitung tarikh bersalin. Oleh itu, para ibu hamil tidak perlu risau lagi mengenai masalah ini kerana jalan penyelesaian sudah pun ditemui.


Rujukan

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor RM0
Hadiah Tunai RM30 eFarmasi
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >