Fungsi, Prosedur dan Risiko Untuk Komplikasi Bagi Endoskopi Dijelaskan Doktor

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 14, 2020

Sulit
Salam sejahtera, doktor. Baru-baru ini, saya mengalami muntah darah. Setelah PKP mula, saya mengalami terlalu banyak tekanan. Saya tidak dapat berniaga dan kehilangan sumber pendapatan. Saya sangat risau sekiranya tidak dapat menjadi ketua keluarga yang baik dan menyediakan keperluan asas untuk keluarga saya. Setelah berlakunya kejadian muntah darah, saya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Beliau berkata kemungkinan besar saya mengalami ulser perut. Saya dikehendaki menjalani prosedur endoskopi perut. Ini kali pertama saya mendengar istilah endoskopi. Adakah prosedur ini wajib? Mengapa x-ray perut tidak dapat digunakan? Tolong jelaskan doktor supaya saya lebih bersedia. Terima kasih untuk bantuan doktor.
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami bahawa perkataan endoskopi masih terlalu asing untuk anda dan anda tidak pasti apakah prosedur ini. Untuk makluman anda, x-ray tidak dapat melihat struktur organ dalaman dengan jelas. Dalam kes ulser, kita perlu melihat lapisan perut yang terluka. X-ray cuma dapat melihat komplikasi daripada ulser perut iaitu perut berlubang. Oleh itu, jawapan kepada soalan anda ialah ya, prosedur ini wajib untuk mengesahkan kondisi anda. Endoskopi boleh juga digunakan sebagai rawatan di samping bertujuan membuat diagnosis. Saya akan jelaskan dengan lebih lanjut tentang endoskopi dalam artikel DoctorOnCall di bawah.

Endoskopi ialah prosedur tanpa pembedahan di mana organ dalam badan atau tisu dalaman dilihat menggunakan endoskop. Endoskop merupakan tiub yang panjang, nipis dan fleksibel yang mempunyai kamera serta lampu di hujungnya. Tiub ini disambung kepada skrin televisyen untuk melihat bahagian endoskop ini dimasukkan. 

Terdapat pelbagai kaedah endoskopi yang boleh digunakan untuk tujuan pemeriksaan atau rawatan. Doktor juga boleh mengambil sampel tisu untuk penilaian patologi menggunakan alat endoskop. Endoskop dapat dimasukkan dari atas iaitu mulut atau hidung dan endoskopi dari bawah iaitu rahim atau dubur. Endoskop juga dapat dimasukkan melalui insisi kecil yang dibuat di permukaan kulit. Jenis-jenis endoskop dan bahagian atau organ di mana endoskop digunakan adalah seperti berikut:

  • Arthroskopi- dalam sendi
  • Bronkoskopi- dalam bronkus
  • Gastroskopi-dalam esofagus, perut dan duodenum
  • Histeroskopi-dalam rahim
  • Kolonoskopi- dalam usus besar
  • Laparoskopi-dalam bahagian ari-ari
  • Laringoskopi-dalam kotak suara dan laring
  • Mediastinoskopi-dalam bahagian mediastinum iaitu belakang dada tengah dan di tengah paru-paru
  • Sistoskopi-dalam pundi kencing melalui saluran uretra
  • Ureteroskopi-dalam saluran kencing dari uretra ke ginjal
  • Endoskopi hidung-melihat dalam bahagian lubang hidung ke saluran pernafasan atas

Endoskopi disyorkan dalam situasi di mana terdapat simptom abnormal pada organ yang mencadangkan terdapat ketumbuhan, pendarahan, keradangan atau jangkitan di situ. Sebelum prosedur ini dilakukan, ujian darah akan dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang penyakit yang dihidapi pesakit. Menurut National Health Services(NHS), endoskopi diperlukan apabila pesakit menunjukkan simptom seperti:

  • Kesukaran menelan
  • Muntah darah
  • Pedih ulu hati atau ketidakhadaman yang berlarutan
  • Cirit-birit yang berpanjangan
  • Susut berat badan dengan cepat tanpa punca yang jelas 
  • Masalah pencernaan
  • Najis berdarah
  • Batuk berdarah
  • Haid tidak teratur, keguguran lebih daripada sekali, pendarahan tanpa punca yang jelas dari faraj
  • Masalah kencing seperti kencing berdarah

Selain itu, endoskopi juga digunakan untuk melakukan pembedahan atau rawatan seperti berikut:

  • Memperbaiki sendi yang rosak
  • Membuang batu hempedu atau memasang stent pada saluran hempedu atau pankreas yang sempit. Prosedur ini dinamakan endoscopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP)
  • Menghancurkan batu dalam saluran kencing atau memasang stent pada ureter
  • Memberhentikan pendarahan dalam perut
  • Menangani vena yang kembang (esophageal varices) dalam saluran esofagus 
  • Pembedahan membuang appendiks
  • Rawatan fibroid rahim
  • Rawatan usus tersumbat

Persiapan untuk endoskopi bergantung kepada bahagian badan yang memerlukan penilaian. Biasanya, pesakit akan disuruh berpuasa selama 12 jam sebelum prosedur ini. Anda mungkin akan diberikan ubat julap untuk mencuci perut sekiranya anda akan melakukan kolonoskopi untuk memeriksa besar. Anda juga akan disarankan untuk makan makanan yang rendah serat beberapa hari sebelum kolonoscopy.

Dalam beberapa kes, anda akan diberikan ubat antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan. Sekiranya anda menggunakan ubat pencair darah seperti warfarin atau clopidogrel, anda mungkin perlu menghentikan penggunaannya beberapa hari sebelum prosedur endoskopi untuk mengelakkan pendarahan. Namun, keputusan ini akan dinyatakan oleh doktor yang merawat anda. Jangan menghentikan sebarang ubat tanpa arahan doktor pakar.

Pesakit akan diberi ubat bius sebelum prosedur dijalankan. Ubat bius ini biasanya diberikan secara lokal tetapi boleh juga dalam bentuk anesthesia am. Ini bergantung kepada jenis endoskopi yang dijalankan. Ubat bius akan ‘mematikan’ bahagian di mana tiub endoskop akan dimasukkan supaya pesakit tidak berasa sakit. Doktor juga akan memberikan ubat sedatif untuk menenangkan pesakit. Kedua-dua ubat ini diberikan untuk mengelakkan pesakit mengalami pengalaman yang terlalu sakit dan kurang menyenangkan.

Doktor akan memberikan sedikit masa untuk membenarkan ubat bius dan ubat sedatif bertindak. Setelah itu, tiub endoskop akan dimasukkan ke bahagian yang ditentukan. Doktor akan mengambil gambar sekiranya terdapat sebarang gambaran yang tidak normal atau mengambil biopsi tisu untuk penilaian patologi. Prosedur ini biasanya mengambil masa 15 minit ke 3 jam sekiranya rawatan turut dilakukan setelah pemeriksaan.

Setelah prosedur ini tamat, anda akan dipantau selama 1-2 jam sekiranya anda diberi ubat bius. Anda juga tidak digalakkan untuk memandu setelah prosedur ini. Bawa seorang peneman yang boleh menghantar anda balik ke rumah. Anda boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa setelah pulang ke rumah. Sekiranya insisi dilakukan untuk prosedur endoskopi, doktor akan menjahit luka bedah tersebut. Anda akan diberikan arahan penjagaan luka insisi ini supaya bersih dan tidak dijangkiti.

Seperti mana-mana prosedur atau ujian kesihatan, terdapat beberapa risiko untuk prosedur endoskopi. Namun, risiko untuk komplikasi yang serius adalah sangat rendah. Endoskopi dikira sebagai prosedur yang selamat. Antara komplikasi yang jarang tetapi boleh berlaku ialah:

  • Pendarahan
  • Jangkitan
  • Organ terkoyak
  • Demam
  • Rasa tidak selesa pada saluran endoskop dimasukkan
  • Keradangan pada bahagian insisi

Anda juga boleh mengalami kesan sampingan daripada ubat bius yang diberi seperti:

  • Rasa kurang sihat
  • Lebam atau sensasi terbakar di bahagian suntikan
  • Hipotensi (tekanan darah rendah)
  • Kesukaran bernafas 

Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)