Bagaimanakah gatal kulit (Pruritus) dapat dirawat dan penyebabnya?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Februari 10, 2020

Soalan:

Hello doktor. Saya berumur 25 tahun dan saya ingin bertanya mengenai beberapa gejala yang saya hadapi baru-baru ini. Dalam 3 hari yang lepas, saya mengalami gatal kulit di bahagian kedua-dua tapak tangan dan tapak kaki apabila bangun tidur pada waktu pagi. Ia berlaku secara tiba-tiba dan saya berasa agak pelik kerana apabila saya lihat kawasan yang terlibat, tiada sebarang ruam atau kemerahan yang kelihatan. Tapi, pada keesokan harinya, saya mula melihat ketulan yang berisi cecair jernih di tapak tangan dan tapak kaki. Saya mula berasa risau memikirkan adakah ia sejenis penyakit kudis buta. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah penyebab kepada gejala yang saya hadapi ini dan apakah rawatan atau ubatan yang sesuai untuknya?

Soalan berkenaan - ubat gatal, penyakit gatal kulit, ekzema

Jawapan:

Hello. Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan besar penyebab bagi gejala tersebut adalah penyakit gatal kulit (Pruritus) yang dipanggil ekzema ataupun dermatitis. Adalah penting untuk anda berjumpa doktor jika punca kegatalan tidak jelas. Doktor boleh mencari punca dan memberikan rawatan untuk gejala tersebut. Beberapa rawatan di rumah seperti krim dan pelembap berfungsi dengan baik untuk merawat gatal-gatal.

Kulit gatal, juga dikenali sebagai pruritus, adalah rasa yang merimaskan dan tidak dapat dikawal yang membuat anda ingin menggaru untuk mengurangkan rasa gatal tersebut. Penyebab yang mungkin terjadi untuk kegatalan termasuklah penyakit dalaman atau penyakit kulit.

Apakah itu kulit gatal

Rasa gatal adalah gejala biasa yang kita semua pernah alami. Walau bagaimanapun, gatal ini boleh menjadi sukar bagi seseorang untuk menerangkan kepada orang lain. Walaupun gejala gatal-gatal terdapat dalam pelbagai bentuk, ia biasanya membawa kepada rasa kulit yang tidak selesa. Ia mungkin terasa seperti seolah-olah sesuatu merangkak pada kulit anda. Gatal boleh meresap (di seluruh badan) atau setempat sahaja - semua bahagian badan atau terhad kepada tempat tertentu - dan terdapat banyak punca kegatalan kulit .

Apakah penyebab gatal kulit

Antara penyebab yang terlibat ialah:

  1. Kulit kering

  2. Ia adalah salah satu punca kulit gatal yang paling biasa terjadi . Jika anda tidak melihat sebarang benjolan merah terang atau tidak menyedari sebarang perubahan mendadak pada kulit , ini bermaksud kulit kering adalah punca yang mungkin.

    Faktor persekitaran yang boleh menyebabkan kulit kering termasuklah cuaca terlampau panas atau sejuk dengan kelembapan yang rendah, serta mencuci terlalu banyak. Kulit kering boleh menjejaskan mana-mana peringkat umur, tetapi apabila umur meningkat, kulit akan menjadi lebih nipis dan kering.

    Pelembap yang baik biasanya boleh membantu memperbaiki kulit kering. Kulit yang sangat kering boleh menjadi tanda amaran bagi dermatitis. Anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar dermatologi untuk membantu mendapatkan kelegaan dan memastikan keadaan tidak menjadi semakin teruk.


  3. Ekzema

  4. Ekzema, atau dermatitis atopik, adalah punca utama bagi ruam kulit pada kanak-kanak. Penyebabnya telah dikaitkan dengan kerosakan terhadap permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi kering, membuatkan ia berisiko untuk mendapat keradangan. Adalah penting untuk mengekalkan kulit yang sentiasa lembap.

    Ekzema akan pulih dari semasa ke semasa. Pesakit menghidap masalah ekzema perlu berhati-hati kerana mereka lebih terdedah kepada jangkitan kulit.


  5. Alahan

  6. Kerengsaan dan tindak balas alergi juga boleh menyebabkan kulit gatal. “Allergic contact dermatitis” berlaku apabila kulit berhadapan dengan alergen.

    Hasil daripada alergi kulit adalah ruam merah yang gatal termasuklah lepuh kecil atau benjolan. Ruam timbul apabila kulit bersentuhan dengan alergen, bahan yang akan diserang oleh sistem imun. Selalunya terdapat penangguhan masa antara pendedahan terhadap alergen dan apabila ruam berlaku.

    Reaksi alahan boleh terjadi apabila menyentuh pakaian, haiwan peliharaan, bahan kimia, sabun, dan bahan seperti racun ivy atau kosmetik. Alahan makanan juga boleh menyebabkan kulit gatal.


  7. “Hives”

  8. Ia adalah keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin. Keadaan ini akan menyebabkan pembuluh darah kecil menjadi bocor yang menyebabkan kulit membengkak.

    Terdapat dua jenis “hives”. “Acute hives” selalunya berlaku serta merta selepas bersentuhan dengan pencetus alergi, seperti makanan atau ubat tertentu. Sebab-sebab yang bukan alergi seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk, terdedah kepada matahari, atau senaman juga boleh bertindak sebagai pencetus alergi.


  9. Sebab-sebab lain

  10. Gatal-gatal juga boleh dikaitkan dengan parasit seperti cacing, serangga seperti “bedbugs”, nyamuk, atau kutu. Jangkitan kulat seperti “athlete’s foot” juga boleh menyebabkan gatal-gatal di sekitar jari kaki.

    Kulit gatal juga boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan yang lebih serius. Gangguan saraf yang disebabkan oleh diabetes, saraf sempit, dan kayap boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.

    “Uremic pruritus” atau “renal itch” juga dikenali pruritus yang berkaitan dengan CKD (“chronic kidney disease” atau penyakit buah pinggang yang kronik). Uremia merujuk kepada sindrom yang meluas yang berlaku apabila buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh menapis toksin dari badan.

Apakah gejala gatal kulit

Gejala gatal boleh dikaitkan dengan:

  • Ruam
  • Kulit kering
  • Kulit merekah
  • Kulit berkerak
  • Kulit kepala berkerak
  • Kemerahan pada kulit
  • Benjolan pada kulit
  • Lepuh
  • Tompok atau bintik pada kulit.

Apakah rawatan gatal kulit

Pilihan rawatan bergantung kepada punca gatal-gatal. Bagi orang-orang yang mengalami kulit kering, pelembap yang baik mungkin diperlukan.

  • Ekzema, dermatitis, atau “hives”:
    Penyakit-penyakit ini dan keadaan kulit yang lain mungkin disyorkan untuk mengguna krim kortikosteroid oleh pakar kulit. Ia boleh digunakan pada kulit untuk membantu menghilangkan gatal-gatal. “Topical calcineurin inhibitors” dan antihistamin juga boleh membantu melegakan gatal-gatal.

  • Alergi:
    Antihistamin adalah ubat anti-alahan yang biasa digunakan. Contoh yang ada termasuklah Zyrtec, Claritin, dan Benadryl.

  • Jangkitan kulat:
    Cacing pita, “athlete’s foot”, dan jangkitan kulat yang lain boleh dirawat dengan rawatan ubat antikulat. Rawatan topikal yang ada termasuklah krim dan syampu. Untuk jangkitan yang teruk, doktor mungkin memberikan ubat secara oral. Terbinafine, atau Lamisil, adalah yang biasa digunakan.

  • Gigitan serangga dan sengatan:
    Antihistamin topikal dapat melegakan gatal-gatal. Untuk mengelakkan gigitan, gunakan racun serangga dan pastikan badan dilindungi dengan pakaian.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.

Terima kasih.


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy