Dikemaskini pada: Jun 10, 2020
Hello, doktor. Saya berumur 26 tahun dan ingin bertanya mengenai mata saya yang sepet di sebelah kanan. Untuk beberapa hari yang lepas, saya mengalami mata yang sepet ini beserta dengan gejala yang lain seperti mata berair dan mata merah. Keadaan ini tidak menjejaskan orang lain dan hanya saya seorang sahaja yang mengalaminya dalam kalangan ahli keluarga. Kadang-kadang, ia terasa sakit dan penglihatan saya agak terganggu. Tetapi, keadaan ini tidak berlaku berterusan dan kadang-kadang ia akan pulih semula selepas beberapa hari. Saya berasa risau dengan keadaan ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah dan kenapa mata saya sepet dan apakah rawatan bagi penyakit ini?
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, keadaan yang anda alami dikenali sebagai mata sepet sebelah (unilateral ptosis). Ia adalah keadaan di mana kelopak mata menjadi labuh. Sepet mungkin akan lebih teruk selepas terjaga dalam masa yang lama apabila otot mata seseorang individu menjadi lemah. Keadaan ini kadang-kadang dipanggil "mata malas", tetapi istilah itu biasanya merujuk kepada keadaan “amblyopia”. Jika cukup teruk dan tidak dirawat, mata yang sepet boleh menyebabkan keadaan lain, seperti amblyopia atau astigmatisme. Inilah sebabnya mengapa sangat penting bagi gangguan ini untuk dirawat dalam kalangan kanak-kanak pada usia muda, sebelum ia mengganggu perkembangan penglihatan.
Ptosis berlaku disebabkan oleh masalah terhadap otot yang bertanggungjawab menaikkan kelopak mata atau sarafnya (saraf oculomotor bagi “levator palpebrae superioris” dan saraf simpatetik bagi “superior tarsal muscle). Ia lebih biasa terjadi pada warga tua, kerana otot pada kelopak mata mungkin mula lemah. Walau bagaimanapun, seseorang boleh dilahirkan dengan mata sepet. “Congenital ptosis” bersifat keturunan dan wujud dalam tiga bentuk dan puncanya masih tidak diketahui.
Mata sepet mungkin disebabkan oleh:
Secara kesimpulannya, mata sepet sebelah boleh disebabkan oleh otot levator, saraf yang tidak normal, trauma, keradangan atau luka di bahagian kelopak mata atau orbit. Levator yang tidak berfungsi dengan baik mungkin juga berlaku akibat daripada antibodi autoimunisasi yang menyerang dan menghapuskan neurotransmitter otot mata.
Rawatan mata sepet sebelah adalah bergantung kepada penyakit yang sedang dihadapi.
Pembedahan
Ptosis crutch
Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital berdekatan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - punca mata sepet sebelah, masalah mata sepet sebelah, mata sepet sebelah sejak lahir
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my