Saya ingin tahu apakah punca pitam (Syncope) kerana saya takut saya ada tekanan darah rendah?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 7, 2020

Soalan:
Hello, doktor. Saya berumur 50 tahun dan bekerja sebagai anggota polis, sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai rasa dan punca pitam. Baru-baru ini, saya mengalami pitam ketika sedang melakukan kerja seperti biasa. Ia datang secara tiba-tiba dan untuk minggu ini, saya sudah mengalami gejala pitam ini sebanyak 3 kali. Ketika ia berlaku, saya tidak dapat berdiri dengan stabil. Setiap kali berasa pitam saya akan cuba untuk merehatkan diri dahulu dan minum air kosong secukupnya. Saya berasa risau memikirkan perkara ini tetapi saya berasa lega kerana ia tidak berlaku sepanjang hari.

Untuk pengetahuan doktor, saya ada menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi dan saya memang mengambil ubat setiap hari seperti yang disarankan oleh doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor adakah ia berkaitan dengan penyakit yang saya alami sekarang. Adakah saya telah mengambil ubat dengan dos yang rendah atau terlalu tinggi kerana saya mengalami gejala ini selepas mendapat diagnosis dari doktor yang saya menghidap kencing manis dan darah tinggi. Adakah gejala yang saya alami ini menunjukkan tanda untuk sesuatu yang tidak baik dan perlukah saya ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran yang diberikan, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh paras gula dalam darah terlalu rendah akibat daripada pengambilan ubat diabetes tanpa jadual pemakanan yang teratur. Namun begitu, masalah ini juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti tekanan darah rendah dan dehidrasi.

Pitam adalah perasaan seperti anda akan pengsan. Badan anda mungkin akan terasa berat secara tiba-tiba manakala kepala anda terasa seolah-olah ia tidak mendapat cukup darah. Cara lain untuk menggambarkan pitam adalah anda akan rasa seperti di awang-awangan. Pitam mungkin disertai dengan penglihatan yang kabur dan hilang keseimbangan badan. Walaupun ia tidak selalu membimbangkan, pitam kadang-kala boleh menjadi tanda penyakit yang serius dan boleh meningkatkan risiko untuk jatuh pengsan.

Pitam juga boleh berlaku apabila anda berdiri dengan terlalu cepat dari posisi duduk. Perubahan kedudukan ini menyebabkan penurunan tekanan darah secara tiba-tiba yang membuat anda berasa pitam. Sesetengah orang juga boleh merasa pitam ketika membuang air dan keadaan ini dikenali sebagai “situational syncope”.

Apakah Punca Pitam

Penyebab pitam adalah seperti berikut:

  • Labyrinthitis  - Jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan badan, dan boleh menyebabkan pitam dan pening kepala yang teruk yang dipanggil vertigo.
  • Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala mahupun tanpa kesakitan kepala.
  • Tekanan perasaan atau kerisauan - terutamanya jika anda cenderung untuk ‘hyperventilate’ (bernafas dengan cepat dan pendek).
  • Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada pesakit kencing manis yang mengambil ubat insulin.
  • Hipotensi postural - Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba apabila anda menukar posisi duduk atau berdiri tetapi akan kembali seperti biasa selepas berbaring. Keadaan ini lebih biasa berlaku kepada golongan orang tua atau kesan sampingan ubat-ubatan.
  • ‘Vertebrobasilar insufficiency’- Keadaan ini dikaitkan dengan aliran darah yang berkurangan di belakang otak, yang mungkin disebabkan oleh saluran darah yang menghala ke otak telah tersumbat (dikenali sebagai aterosklerosis).
 

Penyebab pitam yang jarang terjadi termasuklah:

  • Penyakit atau patologi yang menjejaskan badan secara keseluruhan.
  • Penyalahgunaan dadah atau alkohol yang berlebihan.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan yang tertentu misalnya ubat antidepresi atau ubat tekanan darah.
  • Masalah degupan jantung - seperti fibrilasi atrium / ‘atrial fibillation’ (denyutan bahagian jantung yang laju dan tidak sekata).
  • Keracunan karbon monoksida
  • Penyakit Meniere - Gangguan progresif bahagian dalam telinga di mana puncanya tidak diketahui. Penyakit ini menyebabkan episod vertigo berulang, kehilangan pendengaran, bunyi berdengung, dan rasa tekanan dalam telinga (’aural fullness’).
  • Serangan strok dan serangan iskemia sementara (‘temporary ischemic attack’).
  • Tumor cerebellar
  • Neuroma akustik
  • ’Multiple sclerosis’

APAKAH GEJALA PITAM

Gejala yang dialami bergantung kepada penyebab pitam. Antara gejala tambahan ialah:

  • Rasa mual dan pening : Ia sering disebabkan oleh masalah bahagian dalam telinga, otak, jantung, atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
  • Vertigo atau persepsi keadaan sekeliling berpusing-pusing tapi hakikatnya ia tidak bergerak boleh menyebabkan perasaan seperti terapung, bergoyang, atau berpusing.
  • Sakit kepala
  • Bagi penghidap kencing manis, terdapat gejala yang lain apabila paras gula dalam darah berkurang seperti pening, kepenatan, penglihatan kabur dan kesukaran untuk bertutur.dalam darah seperti pening, kepenatan, penglihatan semakin kabur dan kesukaran untuk bertutur.
  • Rasa kebas di anggota tangan atau kaki.

Apakah rawatan Pitam

Pitam yang tidak berpunca daripada kehilangan darah yang teruk, serangan jantung, atau strok kebiasaannya akan sembuh dengan beransur-ansur. Rawatan lain bergantung kepada penyebab pitam tersebut.


Rawatan untuk punca pitam yang tidak serius termasuklah:

  • Pengambilan air kosong yang banyak.
  • Menerima cecair penghidratan intravena.
  • Makan atau minum bahan yang bergula.
  • Pengambilan cecair elektrolit.
  • Berbaring atau duduk untuk berehat.

Untuk kes pitam yang lebih serius rawatan termasuklah:

  • Diet yang mengandungi kandungan garam yang rendah.
  • Ubat anti loya
  • Ubat anti keresahan seperti Diazepam (Valium) atau Alprazolam (Xanax).
  • Ubat migrain
  • Terapi keseimbangan atau pemulihan vestibular (latihan untuk mengurangkan sistem keseimbangan agar kurang sensitif terhadap pergerakan.)
  • Psikoterapi untuk mengurangkan kebimbangan.
  • Suntikan antibiotik kepada bahagian dalam telinga
  • Pembedahan untuk mengeluarkan organ deria dari bahagian dalam telinga yang dikenali sebagai ‘labyrinthectomy’.

Bilakah anda harus jumpa doktor

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda kehilangan banyak darah. Selain itu, pitam yang disertai dengan serangan jantung atau gejala strok. Gejala-gejala lain termasuklah:

  • Bibir atau mulut senget ketika senyum yang hanya melibatkan sebelah bahagian muka sahaja
  • Loya
  • Tekanan atau kesakitan di dada
  • Sesak nafas
  • Peluh yang berlebihan
  • Muntah- muntah
Jangan cuba memandu sendiri ke hospital jika anda mengalami gejala-gejala di atasi. Sebaliknya, panggil ambulans sebagai pengangkutan ke hospital. Sekiranya episod pitam masih berulangan selepas seminggu atau lebih segera berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan perubatan. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital berdekatan. Jika tiada kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut daripada doktor di laman web  www.doctoroncall.com.my.


Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - punca pengsan, tekanan darah rendah, ubat pengsan, punca pitam

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!