Ketahui 5 Langkah Pencegahan Bagi Mengelakkan Masalah Sakit Belakang

Sakit Belakang: Punca, Simtpom Serta Langkah Pencegahan - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera, nama saya Amir Syafiq dan saya berumur 24 tahun. Untuk pengetahuan anda, saya merupakan pelajar tahun akhir universiti dan sangat bergiat aktif dalam kegiatan sukan angkat berat sejak sekolah menengah lagi. Sejak semingggu yang lalu, saya sering mengalami masalah sakit belakang dan kesakitan tersebut sudah mula dirasai pada bahagian punggung sehingga ke paha. Kadang-kadang, sakit belakang mula menganggu tidur saya sehinggakan pengambilan ubat tahan sakit pun tidak membantu untuk meredakan kesakitan yang dialami. Oleh itu, saya ingin bertanyakan tentang punca sakit belakang dan cara untuk mengatasinya. Terima kasih saya dahulukan.
Anonymous
Salam sejahtera, nama saya Amir Syafiq dan saya berumur 24 tahun. Untuk pengetahuan anda, saya merupakan pelajar tahun a... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda, saya memahami kebimbangan yang sedang anda alami kini berkenaan dengan masalah sakit tulang belakang. Masalah sakit tulang belakang amat lazim berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan yang berusia dan para atlet yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Namun begitu, terdapat pelabagai punc yang menunjangi sakit belakang yang perlu untuk diketahui. Masalah ini boleh untuk dikenalpasti dengan mengenalpasti organ yang terdapat padah sekitar bahagian belakang. Contohnya, bahagian belakang terdapat organ serta struktur seperti tulang belakang, otot, buah pinggang dan banyak lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca penulisan di bawah.
Terima kasih atas soalan anda, saya memahami kebimbangan yang sedang anda alami kini berkenaan dengan masalah sakit tula... See More

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sakit Belakang ?

Sakit pada bahagian belakang merupakan satu spektra kesakitan yang amat luas kerana terdapat banyak struktur serta organ yang berada pada sekitar kawasan tersebut. Ia juga boleh diklasifikasikan dengan lebih teliti berdasarkan lokasi sebagai contoh, punca sakit belakang sebelah kiri atas, sakit belakang badan sebelah kanan atas dan penyebab sakit pinggang belakang tengah. Selain berdasarkan lokasi, sakit belakang juga boleh untuk dikelaskan berdasarkan simptom sampingan yang turut dirasai oleh pesakit, karakter, durasi dan tahap kesakitan yang dialami.

Perlu untuk diketahui juga bahawa sakit belakang yang berlaku kurang daripada 6 minggu dikelaskan sebagai sakit belakang akut yang mana sering berpunca daripada trauma ataupun aktiviti angkat berat ataupun terjatuh. Manakala, sakit tulang belakang yang melebihi durasi 3 bulan dianggap sebagai sakit belakang kronik.

Dapatkan Kelegakan Sakit Belakang Anda !

Sakit Belakang Disebabkan Masalah Otot Ataupun Tulang Belakang

  1. Otot tegang ataupun terkoyak. Masalah ini sering terjadi kepada seseorang yang sering mengamalkan postur yang tidak sihat yang memberikan ketekanan pada otot tulang belakang. Selain itu, aktiviti seperti angkat barangan berat ataupun sesetengah aktiviti sukan juga mendedahkan seseorang terhadap risiko otot tegang ataupun terkoyak. 
  2. Keradangan tulang (arthritis). Masalah ini menjejaskan struktur tulang seseorang dan dalam jangka masa yang panjang, pesakit akan mengalami masalah spinal stesnosis yang bermaksud ruangan spina yang menjadi laluan saraf mengecil dan menyebabkan kesakitan kepada pesakit.
  3. Osteoporosis. Semakin meningkat tua, struktur tulang seseorang akan menjadi rapuh kerana kekurangan zat kalsium dan masalah ini akan menyebabkan masalah keretakan dan akhirnya mengundang kepada kompressi kepada bahagian saraf dan hal ini lah yang mengundang kepada rasa sakit belakang.
  4. Kanser tulang belakang. Am mengetahui bahawa kanser boleh terjadi pada mana-mana organ termasuklah tulang belakang. Jika perkara ini berlaku, sel kanser yakni ketumbuhan akan menekan saraf sekitar tulang belakang dan akan menyebabkan rasa sakit belakang.
  5. Masalah pada disk vertebra tulang belakang. Disk merupakan lapisan antara tulang belakang yang bertindak sebagai kusion untuk menyerap hentakan ataupun kejutan daripada tekanan luar. Disk ini boeh terkeluar daripada ruangan asal ataupun pecah dan menyebabkan tekanan kepada saraf sekitar tulang belakang.

Sakit Belakang Yang Bukan Disebabkan Masalah Tulang Ataupun Otot

  1. Penyakit radang pelvik (Pelvic Inflammatory Diseases). Keradangan pelvik boleh berlaku pada organ sekitar pelvik seperti tiub fallopia dan rahim. Sakit ini sering disusuli dengan dengan simptom seperti demam.
  2. Penyakit baru karang. Masalah yang berkaitan dengan buah pinggang seperti batu karang juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada bahagian buah pinggang. Pesakit akan merasa sakit ketika membuang air kecil.
  3. Bagi wanita pula, masalah yang berkaitan dengan organ peranakan seperti tiub fallopia, ovari dan juga rahim boleh mengundang kepada rasa sakit pada tulang belakang. Sebagai contoh, ketumbuhan ataupun kista pada ovari, endometriosis, tiub fallopia yang tersumbat.

Bilakah Pesakit Perlu Untuk Berjumpa Doktor ?

Bagi sakit yang belakang yang berpunca daripada trauma atau disebabkan aktiviti mengangkat barang berat, simptom yang dialami akan reda dalam beberapa hari. Namun terdapat beberapa sakit belakang yang berpunca daripada masalah yang serius dan perlu untuk mendapatkan pemerhatian lanjut. 

  1. Apabila seseorang mengalami rasa lemah atau lumpuh pada kaki dan paha.
  2. Kesakitan yang mula terasa ataupun merebak pada paha dan kaki.
  3. Mula merasakan kebas pada kaki dan paha.
  4. Pergerakan pada bahagian kaki terbatas.
  5. Jika simptom sakit belakang berkaitan dengan simptom berikut:
  • Demam
  • Sakit bahagian perut
  • Penurunan berat badan
  • Sakit ketika melakukan aktiviti perkumuhan

Teknik Pencegahan Daripada Masalah Sakit Belakang

Masalah sakit belakang memerlukan rawatan seperti pembedahan, ubat dan juga fisioterapi. Namun, bagi mengelakkan berlakunya masalah ini, pelabgai teknik ataupun langkah mekanikal yang boleh untuk dilakukan. Antaranya:

  1. Mengamalkan postur badan baik amnya ketika duduk, berdiri, bersukan dan juga ketika mengangkat barang.
  2. Elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh untuk mencederakan tulang belakang.
  3. Memastikan berat badan berada pada tahap yang ideal.
  4. Bagi gologan wanita yang telah menopaus, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat kalsium bagi mencegah masalah osteoporosis.
  5. Lakukan pemeriksaan pap smear bagi perempuan untuk mengesan masalah kanser pangkal rahim.

References