Dikemaskini pada: Jun 15, 2020
Hello, doktor. Saya seorang ibu kepada anak yang berusia 15 tahun. Baru-baru ini, anak saya telah digigit oleh anjing liar di kawasan perumahan kami. Untuk pengetahuan doktor, terdapat banyak anjing liar di kawasan ini dan sudah ramai yang diserang anjing-anjing ini. Aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa mengenai masalah ini tetapi masih tiada sebarang tindakan yang diambil. Anak saya meraung kesakitan ketika digigit oleh anjing tersebut di bahagian kaki sebelah kanan sampai terkoyak seluarnya dan ternampak bekas gigitan anjing dengan darah yang masih mengalir.
Kawan saya menasihati saya membawa anak untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan segera supaya dapat mengelakkan penyakit rabies. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah itu rabies? Saya harap doktor dapat memberikan penjelasan dengan lebih lanjut.
Pada tahap global, penyakit rabies masih menyebabkan puluhan ribu kematian setiap tahun, kebanyakannya di kawasan luar bandar di Asia Tenggara dan Afrika. Lebih 95 peratus daripada jangkitan adalah disebabkan oleh spesies anjing.
Rabies adalah jangkitan virus yang kebiasaannya tersebar melalui gigitan haiwan yang telah dijangkiti. Ia adalah virus jenis RNA yang tergolong dalam keluarga rhabdovirus. Tanpa rawatan awal, penyakit ini boleh membawa maut. Virus ini boleh menjejaskan sistem tubuh badan melalui salah satu daripada dua cara berikut:
Apabila berada di dalam sistem saraf, virus ini akan menghasilkan keradangan otak. Koma dan kematian juga boleh berlaku.
Terdapat dua jenis rabies.
Rabies muncul dalam lima peringkat yang berbeza iaitu:
A) Masa “incubation”
B) Prodromal
Gejala awal, seperti selesema serta:
Fasa ini boleh berlanjutan dari 2 hingga 10 hari, dan ia boleh jadi semakin teruk dari semasa ke semasa.
C) “Acute neurologic period”
Gejala neurologi akan muncul dalam bentuk:
Menjelang akhir fasa ini, pernafasan menjadi cepat dan tidak konsisten.
D) Koma dan kematian
Sekiranya seseorang itu mengalami koma, kematian akan berlaku dalam masa beberapa jam, kecuali jika ia dirawat melalui ventilator. Peluang untuk pulih amat nipis pada peringkat akhir ini.
Sekiranya seseorang digigit atau dicakar oleh haiwan yang mungkin mempunyai rabies, atau jika haiwan tersebut menjilat luka terbuka, mereka harus segera mencuci sebarang gigitan dan cakaran selama 15 minit dengan air sabun, iodine povidone, atau serbuk pencuci. untuk mengurangkan jumlah zarah virus.
Kemudian mereka mesti mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Selepas terdedah dan sebelum gejala bermula,sejenis suntikan akan diberi yang bertindak menghalang virus daripada terus merebak.
Rawatan yang ada termasuklah:
Pakar perubatan tidak dapat mengenal pasti sama ada haiwan yang menyerang mempunyai jangkitan rabies atau tidak. Sehubungan dengan itu, cara paling efektif adalah dengan memberi mangsa gigitan suntikan yang sepatutnya. Sebilangan kecil mangsa terselamat daripada rabies, tetapi sebilangan besar kes berakhir dengan kematian apabila gejala rabies bermula . Tiada rawatan yang 100% berkesan pada peringkat ini.
Seseorang yang mempunyai gejala mungkin memerlukan bantuan pernafasan akibat komplikasi. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor klinik atau hospital. Jika bukan sebarang kecemasan, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman webwww.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - kesan penyakit rabies, punca penyakit rabies, penyakit rabies di malaysia, fakta penyakit rabies
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my