Betulkah rahim terbalik (Retroverted Uterus) boleh menyebabkan sukar hamil?

Anonymous
Selamat petang doktor. Saya seorang wanita berumur 25 tahun. Saya sudah berkahwin selama 2 tahun. Saya berkerja sebagai seorang jurutera di sebuah kilang di Johor Bahru. Suami saya juga seorang jurutera di kilang yang sama. Kami cuba untuk mengandung sejak 2 tahun ini tetapi tidak berjaya. Suami saya tiada tabiat yang buruk seperti merokok ataupun minum arak. Kesihatan dia juga bagus. 
Saya juga selalu menjaga kesihatan diri sendiri. Saya hanya memasak makanan yang berkhasiat sahaja untuk kami berdua. Saya juga bersenam setiap hari dan berenang di kolam renang selama sejam. Haid saya juga sangat teratur dan datang setiap bulan dengan tepat. 
Bulan lepas suami dan saya pergi untuk pemeriksaan di hospital, mereka mengatakan bahawa rahim saya terbalik. Apakah itu rahim terbalik doktor? Adakah rahim terbalik punca sukar untuk kami mengandung doktor? Saya ingin mengetahui semua mengenai rahim terbalik. Adakah ia satu penyakit? Adakah apa - apa tanda rahim terbalik? Terima kasih doktor. 
Anonymous
Selamat petang doktor. Saya seorang wanita berumur 25 tahun. Saya sudah berkahwin selama 2 tahun. Saya berkerja seb... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Selamat petang puan. Saya akan menjelaskan semua mengenai rahim terbalik (retroverted uterus). Rahim terbalik adalah suatu keadaan yang tidak menggangu kesuburan. 
Selamat petang puan. Saya akan menjelaskan semua mengenai<strong> rahim terbalik (retroverted uterus)</strong>. Rah... See More

Apakah itu rahim terbalik?

    • Rahim terletak di tengah “pelvis”, dan dalam kebanyakan kes, bahagian atasnya condong sedikit ke depan, ke arah pundi kencing. Ini dipanggil uterus anteverted. 
    • Bagi sesetengah wanita, kedudukannya mungkin sedikit berbeza. Rahim terbalik bermaksud fundus condong ke belakang, ke arah tulang belakang. 
    • Kira-kira 25% daripada wanita mempunyai rahim terbalik. 
    • Rahim seperti ini boleh menjadi variasi semula jadi dan jika ia tidak menyebabkan sebarang kesakitan atau gejala lain, maka ia tidak memerlukan sebarang rawatan.

Apakah tanda rahim terbalik?

Sesetengah wanita dengan rahim terbalik tidak mempunyai sebarang tanda. Ini bermakna anda mungkin tidak akan menyedari keadaan ini. Antara tanda rahim terbalik adalah:
  1. kesakitan pada faraj atau pelvis semasa hubungan kelamin
  2. sakit semasa haid
  3. menghadapi masalah untuk memasukkan tampon
  4. kekerapan kencing meningkat atau peningkatan tekanan dalam pundi kencing
  5. jangkitan salur kencing
  6. penonjolan perut bawah

Adakah rahim terbalik punca sukar hamil?

  • Rahim terbalik tidak mengganggu kesuburan. 
  • Keupayaan sperma untuk sampai ke rahim anda berkait dengan keupayaan sperma untuk berenang, konsistensi lendir serviks apabila sperma dilepaskan, dan faktor lain.
  • Rahim terbalik adalah variasi anatomi biasa, seperti warna mata atau warna rambut. 
  • Bagi kebanyakan wanita, hujung rahim sedikit ke hadapan (anteverted), ke arah pundi kencing, tetapi bagi sesetengah wanita yang lain, ia terbalik ke belakang (retroverted), ke arah tulang belakang.

Apakah penyakit yang boleh menyebabkan rahim terbalik?

  • Terdapat keadaan di mana rahim terbalik disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis atau penyakit radang pelvis (PID). Penyakit ini boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil dan tiada kaitan dengan kedudukan rahim. 
  • Penyakit ini boleh meninggalkan parut yang mengganggu pergerakan telur melaui tiub fallopio(Fallopian tube) sebelum disenyawakan oleh sperma.
  • Jika anda mengalami kesakitan semasa hubungan kelamin atau haid yang menyakitkan, doktor akan melakukan ujian fizikal untuk mengesan penyakit seperti endometriosis atau PID menyebabkan kesakitan. 
  • Rahim terbalik tidak perlu dirawat, tetapi endometriosis atau PID perlu dirawat bagi meningkatkan peluang untuk mengandung.
  • Endometriosis dan fibroid seringkali dirawat. Apabila dikesan lebih awal, PID boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. 
  • Jika perlu, rawatan kemandulan seperti inseminasi intrauterin (IUI) atau persenyawaan in vitro (IVF), boleh membantu seseorang wanita untuk hamil.
Anda boleh berjumpa doktor untuk memastikan punca sebenar anda sukar hamil. 

Bagaimana untuk hamil?

Anda boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil dengan: 
  1. Perhati suhu badan anda
  2. Menilai lendir serviks anda
  3. Guna kalendar ovulasi
  4. Cuba kit ovulasi
  5. Mengekalkan berat badan yang sihat
  6. Perhati apa yang anda makan
  7. Dehidrasi
  8. Bertemu dengan doktor anda
  9. Menguruskan tekanan
  10. Bersenam
  11. Periksa ubat-ubatan anda
  12. Berhenti merokok
A) Perhati suhu badan anda 
  • Jejak pertukaran suhu badan anda untuk menilai jika anda melalui proses ovulasi (ovulating). 
  • Suhu basal badan anda adalah suhu tubuh anda yang terendah dan diukur ketika anda berehat. 
  • Bacaan purata suhu anda berubah sepanjang kitaran haid. Hari selepas anda berovulasi, suhu anda akan naik 0.4 hingga 1.0 darjah. 
  • Anda perlu menyemak dan mengukur suhu anda menggunakan termometer setiap pagi selepas bangun dari tidur, sebaik-baiknya pada masa yang sama setiap hari. 
B) Menilai lendir serviks anda 
  • Mengesan rembesan serviks (cervix) anda untuk menilai kesuburan anda. Lendir serviks anda berubah dalam kuantiti dan kualiti sepanjang kitaran haid. 
  • Lendir serviks paling banyak sewaktu ovulasi. 
  • Anda paling subur apabila lendir anda menyerupai putih telur. 
  • Semakin banyak lendir, semakin tinggi kemungkinan anda untuk hamil. Ovulasi berlaku apabila mukus telah pekat.
C) Gunakan kalendar ovulasi 
  • Kalkulator kesuburan atau kalendar boleh membantu anda mengetahui tempoh kitaran anda dan mengesan hari anda paling subur. 
  • Dari masa ke semasa, anda akan melihat pola dalam kitaran anda. Anda boleh menggunakan maklumat itu untuk menilai masa terbaik untuk cuba hamil. 
D) Cuba kit ovulasi
  • Ujian ovulasi boleh mengesan hari ovulasi anda. Dengan cara itu, anda boleh merancang masa terbaik untuk melakukan hubungan kelamin. 
  • Kit ini tidak 100 peratus tepat.
E) Mengekalkan berat badan yang sihat 
  • Memastikan berat badan kekal unggul bagi mengekalkan keseimbangan hormon pembiakan anda. 
  • Periksa BMI anda (skor jisim badan); Bacaan 19 hingga 24 menunjukkan berat badan yang sihat. 
F) Perhati apa yang anda makan 
  • Pengambilan makanan yang tidak sihat, sama ada terlalu banyak atau terlalu sedikti, merupakan salah satu faktor penyumbang kepada ketidaksuburan kerana ia boleh menyebabkan kitaran reproduktif anda menjadi tidak teratur.
  • Cecair serviks anda yang membantu sperma mensenyawakan telur dan ia menjadi terlalu pekat apabila anda tidak minum air secukupnya. 
  • Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari.
H) Bertemu dengan doktor 
  • Doktor boleh berbincang dengan anda tentang status kesihatan anda dan mencadangkan perubahan gaya hidup yang sesuai untuk membantu anda hamil. 
  • Oleh kerana sesetengah isu kesuburan disebabkan oleh keturunan, berjumpalah doktor jika anda mempunyai sejarah kemandulan dalam keluarga.
  • Cuba untuk hamil boleh menyebabkan stres dan tekanan emosi. Lakukan yang terbaik untuk mengurus dan mengurangkan rasa tertekan dan kebimbangan. 
  • Cuba teknik menenangkan diri seperti meditasi atau yoga.
J) Senaman 
  • Sangat baik bagi anda untuk melakukan beberapa aktiviti senaman sederhana. 
  • Melibatkan diri dalam latihan berat, kuat dan melampau mungkin memberi kesan kepada kitaran haid anda yang akan mengakibatkan ketidaksuburan. Oleh itu, elakkan senaman seperti maraton apabila anda sedang cuba hamil.
K) Periksa ubat-ubatan anda
  • Sesetengah ubat mungkin tidak selamat semasa mengandung atau menyukarkan anda untuk hamil. 
  • Semak ubat yang anda ambil dengan doktor.
L) Berhenti merokok
  • Anda dan pasangan anda sepatutnya menghindari tabiat ini demi memelihara kesihatan dan kesuburan anda. 
  • Merokok meningkatkan risiko kehamilan luar rahim, merendahkan bilangan dan kualiti sperma dan dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran.
Anda boleh bercakap dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara - cara untuk anda hamil. Saya berharap penjelasan saya menjawab persoalan puan. Terima kasih. 

References