Langkah utama untuk mengatasi masalah jantung berdebar adalah untuk mengelakkan pencetusnya. Anda boleh melakukan teknik dibawah:
- Kurangkan tekanan. Cuba teknik menenangkan diri seperti meditasi, yoga, tai chi atau bernafas secara dalam. Ini dapat membantu mencegah rasa cemas, panik dan kan membantu anda mengawalnya dengan lebih baik pada masa hadapan.
- Elakkan bahan perangsang jantung. Kafein/”caffeine”, nikotin, dan minuman tenaga boleh merangsang jantung anda untuk berdenyut dengan cepat atau tidak teratur.
- Elakkan dadah. Dadah seperti kokain/”cocaine” dan amphetamine, boleh menyebabkan masalah jantung berdebar.
- Jangan merokok
Rawatan bergantung kepada penyebab jantung berdebar. Doktor akan cuba menangani masalah perubatan yang menyebabkan jantung berdebar terlebih dahulu. Selalunya doktor tidak dapat menemui penyebab dan mereka tidak dapat memberi rawatan yang sesuai. Sebaliknya mereka akan memberi rawatan bagi mengelak kesan bahaya akibat jantung berdebar. Jika ia disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok atau pengambilan kafein secara berlebihan, maka dengan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu. Anda haruslah rujuk nasihat doktor.