Dikemaskini pada: Jun 2, 2020
Salam sejahtera doktor. Nama saya Ju An dan saya berusia 62 tahun. Saya ingin adukan kepada doktor tentang masalah penglihatan yang saya alami sejak kebelakangan ini. Saya merupakan pesakit diabetes selama 20 tahun dan kurang terkawal. Saya juga kerap minum arak dahulu dan sudah berhenti sejak tiga tahun lepas. Mata saya mula kurang nampak terutamanya pada waktu malam dan untuk melihat objek jauh. Anak saya juga ada perasan akan mata saya yang berubah sedikit kelabu. Saya ingin tahu doktor, apa masalah yang saya hadapi dan ada tak cara untuk penglihatan saya kembali normal sebab saya perlu memandu kereta dengan kerap. Harap doktor dapat membantu. Terima kasih
Salam sejahtera dan terima kasih kepada Puan Ju An yang bertanyakan soalan. Berdasarkan keterangan yang puan berikan, gejala yang puan alami ini boleh disebabkan oleh kondisi seperti katarak mata, glaukoma ataupun penyakit degeneratif makular. Sekiranya diagnosis hendak dibuat dengan lebih tepat, maka pemeriksaan mata diperlukan. Namun begitu, penyakit yang mungkin puan benar-benar alami adalah katarak mata iaitu sejenis kondisi keputihan selaput pada mata. Penyakit ini akan lebih dijelaskan dengan lebih lanjut dalam artikel dibawah.
Katarak adalah kekaburan pada lensa mata yang memfokuskan cahaya ke dalam retina biji mata kita. Lensa atau selaput mata putih ini boleh menyebabkan beberapa masalah penglihatan seperti yang akan dijelaskan dalam seksyen gejala dibawah serta komplikasi seperti buta jika tidak dirawat. Kondisi ini mempunyai beberapa jenis seperti:
Pembaca tidak perlu risau akan klasifikasi atau jenis katarak yang disebutkan kerana tanda-tanda serta rawatan bagi kesemuanya adalah hampir serupa.
Gejala-gejala yang dialami oleh pesakit katarak tidaklah begitu banyak berbanding dengan penyakit mata yang lain. Antara tanda-tanda penyakit katarak adalah:
1) Rabun malam - Ini adalah gejala yang terawal yang pesakit akan perasan dan sering kali tidak diendahkan. Pesakit mungkin akan mengadu bahawa mereka perlu duduk dengan lebih dekat dengan televisyen atau perlu meningkatkan pencahayaan televisyen pada waktu malam sekiranya mereka ingin menonton rancangan mereka.
2) Rabun Jauh - Kadang kala, pesakit tidak akan mengalami rabun malam sebagai tanda awal katarak sebaliknya mengalami rabun jauh. Bagi orang tua, rabun jauh adalah sesuatu yang jarang berlaku berbanding dengan rabun dekat. Sekiranya rabun jauh baru sahaja berlaku pada orang tua, maka pemeriksaan lanjut adalah sangat disarankan.
3) Keputihan Selaput Mata - Pada masa kini, keputihan lensa mata sangat jarang berlaku berikutan rawatan dan pencegahan katarak mata yang awal. Keputihan selaput mata menunjukkan bahawa katarak sudah lama berlaku dan memerlukan rawatan segera.
Tidak banyak punca atau faktor risiko yang diketahui mengenai kondisi mata ini. Berikut adalah faktor-faktor risiko yang dipercayai menyumbang kepada pembentukan katarak mata:
Oleh sebab kita sudah mengetahui punca atau faktor risiko kepada katarak ini, maka langkah mencegahnya juga adalah dengan berhati-hati dengan faktor yang disebutkan diatas. Pembaca dan orang ramai perlu amalkan langkah-langkah seperti berhenti merokok, berhenti minum arak, amalkan diet yang sihat dan kawal penyakit kencing manis serta memakai kaca mata hitam yang boleh menahan sinar UV. Tiada ubat-ubatan mahupun suplemen yang dikenalpasti dapat melambatkan atau mengelakkan perkembangan katarak kepada seseorang.
Penyakit selaput mata ini tidak memerlukan peralatan yang terlalu mahal untuk mendiagnos pesakit. Jika anda ke klinik untuk membuat ujian mata berkaitan katarak, doktor anda akan menggunakan alatan bernama optalmoskop untuk melihat dengan jelas dan dekat kanta mata anda. Secara klasiknya, mata yang mempunyai katarak tidak mempunyai tanda dikenali sebagai “refleks- merah” (“red-reflect”). Doktor mata juga akan membuat pemeriksaan mata komprehensif bagi memastikan tiada kondisi lain yang dialami pesakit.
Memulihkan katarak tanpa pembedahan adalah sesuatu yang agak mustahil untuk dicapai kerana satu-satunya cara untuk merawat katarak adalah dengan melalui pembedahan mata. Prosedur pembedahan mata mempunyai beberapa teknik namun secara mudahnya, ia melibatkan doktor bedah membuang lapisan lensa mata yang rosak dan meletakkan lensa tiruan yang mempunyai fungsi yang sama pada mata anda.
Memang benar kos pembedahan katarak mata adalah mahal akan tetapi ianya sangat berbaloi kerana ia melibatkan deria penglihatan kita dan merupakan kondisi yang kita tahu bahawa ada penyembuhnya berbanding dengan penyakit-penyakit lain. Setiap pembedahan tidak kira samada besar atau kecil pasti mempunyai risikonya dan ini termasuklah dalam pembedahan katarak mata juga. Antara kemungkinan komplikasi yang boleh dialami oleh pesakit adalah seperti:
Oleh yang demikian, pesakit dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor mereka sebelum membuat keputusan berkaitan pembedahan.
Akhir kata, katarak merupakan penyakit yang sering melandai warga tua namun dengan perkembangan teknologi dan bakat doktor-doktor bedah yang ada di negara kita, masalah selaput mata ini tidak lagi menjadi isu yang sukar diselesaikan berbanding suatu masa dahulu.
Rujukan
Soalan berkenaan - maksud katarak mata, katarak mata peringkat awal, bahaya katarak mata, cara mengatasi masalah selaput mata, bantuan katarak mata
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my