Dikemaskini pada: Jun 10, 2020
Selamat pagi doktor. Saya berusia 26 tahun, seorang kontraktor bangunan. Saya tidak mempunyai sebarang penyakit melainkan asma yang pernah dihidapi sewaktu kecil. Sejak dua hari yang lepas, saya mula mengalami masalah mata merah di sebelah kanan. Sebelum ini, gejala yang sama pernah berlaku tetapi ia tidak mengganggu aktiviti harian saya.Kali ini, ianya turut disertai dengan kegatalan yang kuat selain mata yang berair sehingga menyukarkan saya membuat kerja. Saya menyedari masalah ini bermula selepas mata saya dimasuki habuk di kawasan pembinaan. Apakah penyakit yang sedang saya alami? Saya berpendapat ianya tidak merbahaya kerana tiada rasa sakit pada mata. Mohon penerangan doktor.
Terima kasih atas soalan. Berdasarkan simptom yang diceritakan, saya berpendapat saudara sedang mengalami penyakit konjunktivitis, yang disebabkan oleh alahan pada mata. Alahan ini boleh terjadi apabila mana-mana benda asing memasuki mata, sebagai contoh seperti habuk. Konjunktivitis merujuk kepada keradangan yang berlaku di bahagian selaput konjunktiva yang melapisi bahagian luar mata. Penyakit ini boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan ubatan. Antara gejalanya adalah mata merah (Red Eye).
Sekiranya simptom yang dialami agak teruk sehingga menimbulkan ketidakselesaan pesakit, doktor boleh memberikan ubat titis mata untuk membantu mengurangkan rasa kegatalan dan mata berair. Sekiranya simptom lain turut muncul seperti sakit pada mata ataupun penghasilan tahi mata yang terlalu banyak, pertemuan dengan doktor adalah disarankan bagi mencari punca ianya berlaku serta membuat rawatan yang berkesan.
Punca mata menjadi merah boleh dibahagikan mengikut kawasan mata yang terlibat. Antara bahagian yang boleh ditemui pada mata termasuklah biji mata (eyeball), kelopak mata (eyelid), sklera (sclera), konjunktiva (conjunctiva), dan kelenjar air mata (lacrimal gland). Selain itu, punca mata merah juga boleh terbahagi lagi kepada dua kumpulan, sama ada:
A) Mata merah tanpa rasa sakit
B) Mata merah dengan rasa sakit
Punca bagi setiap kumpulan ini akan dihuraikan di bawah.
Secara umumnya, gejala lain yang boleh datang bersama mata merah ialah:
Rawatan bagi masalah mata merah adalah bergantung kepada punca. Setiap penyakit mempunyai ubatan yang berbeza.
A) Mata Merah Tanpa Rasa Sakit
Contoh bagi mata merah yang tidak disertai dengan rasa sakit ialah:
Pendarahan Subkonjunktiva (Subconjunctival Haemorrhage)
Penyakit ini berlaku apabila terdapat saluran darah yang pecah di bahagian bawah lapisan konjunktiva. Masalah ini terjadi secara spontan dan tidak menyakitkan mata. Punca sebenar ianya berlaku masih belum difahami dengan baik. Namun begitu, terdapat beberapa risiko yang boleh menyebabkan ianya terjadi. Antaranya ialah:
Apakah rawatan bagi Pendarahan Subkonjunktival?
Penyakit ini boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan rawatan. Darah yang terkumpul pada lapisan bawah konjunktiva akan beransur hilang dalam masa 1 hingga ke 2 minggu. Pesakit yang berasa risau akan diberi maklumat oleh doktor tentang jangka masa penyembuhan ini.
Apakah Langkah Pencegahan Penyakit Pendarahan Subkonjunktival?
Tiada cara pencegahan yang diketahui.
B) Mata Merah Dengan Rasa Sakit
Penyakit yang disertai dengan rasa sakit adalah lebih merbahaya dan memerlukan pemeriksaan daripada doktor. Antara contohnya ialah:
Glaukoma Akut (Acute Glaucoma)
Ulser Kornea
Ulser kornea (Corneal ulcer) merupakan salah satu penyebab mata menjadi merah dan berasa sakit. Kornea merupakan satu lapisan lutsinar yang boleh dilihat di bahagian hadapan mata hitam. Antara risiko dan punca kepada penyakit ini ialah:
Apakah gejala Ulser Kornea?
Pesakit yang menghidapi masalah ini boleh mendapat gejala yang berikut:
Apakah rawatan bagi Ulser Kornea?
Bergantung kepada penyebabnya, sesetengah ulser kornea yang berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman perlu dirawat dengan antibiotik, antivirus, ataupun antiparasit. Ubat juga berupa titisan pada mata. Rawatan bagi masalah ini biasanya berlangsung dalam masa yang lebih panjang berbanding penyakit mata yang lain.
Apakah langkah pencegahan Ulser Kornea?
Cara pencegahan adalah sama seperti penyakit konjunktivitis.
Konjunktiva merupakan sejenis lapisan atau selaput yang berada pada bahagian luar mata. Ianya membantu melindungi mata daripada dimasuki benda asing seperti debu, pasir, dan sebagainya. Keradangan pada bahagian ini dikenali sebagai konjunktivitis (conjunctivitis). Terdapat beberapa punca kepada penyakit ini iaitu:
Punca yang paling biasa berlaku ialah jangkitan virus dan alahan. Kedua-dua masalah ini boleh sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari. Manakala, jangkitan daripada bakteria dan kulat atau parasit pula boleh mendatangkan kesakitan pada mata dan memerlukan perhatian doktor.
Bagaimana seseorang boleh mengalami Konjunktivitis?
Konjunktivitis yang disebabkan oleh virus dan bakteria boleh menjangkiti orang lain melalui sentuhan. seseorang yang sihat juga boleh terjangkit apabila memegang apa-apa objek yang telah tercemar.
Pesakit konjunktivitis boleh mengalami simptom yang berikut:
Info Lanjut
Sekiranya anda atau ahli keluarga mempunyai masalah seperti diatas, anda boleh merujuk kepada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my.
Rujukan
Soalan berkenaan - mata merah tapi tidak sakit, mata merah seperti berdarah, mata merah tanpa sebab, mengubati mata merah
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my