Dikemaskini pada: Jun 15, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemain bola sepak peringkat negeri berumur 28 tahun. Saya merupakan kapten untuk pasukan saya. Saya juga adalah pemain yang konsisten dan sering cuba untuk menjaringkan gol bagi pasukan saya. Dalam perlawanan yang diadakan pada dua hari yang lepas, saya telah mengalami kecederaan pada lutut sebelah kanan saya. Apabila saya ingin menendang bola, saya terdengar bunyi “pop” pada lutut kanan saya. Kemudian, saya jatuh dan tidak dapat bangun semula lagi. Saya terpaksa berhenti main. Beberapa jam kemudian, lutut saya menjadi bengkak dan sangat sakit. Saya tidak berjalan sehingga sekarang dan lutut saya semakin sakit. Aktiviti harian dan tidur pada waktu malam saya juga terganggu oleh hal ini. Apakah yang menyebabkan sakit lutut kanan saya, doktor? Apakah harus saya lakukan?
Terima kasih atas soalan anda tentang sakit lutut kanan (Right Knee Pain). Kemungkinan anda mengalami kecederaan pada “anterior cruciate ligament” lutut sebelah kanan anda. Kecederaan ini harus dinilai oleh doktor sebelum diberikan rawatan pembedahan untuk memperbaikinya. Sementara itu, anda boleh meletakkan ais pada kawasan bengkak di lutut dan mengambil ubat tahan sakit.
Kesakitan lutut adalah masalah biasa yang boleh berasal dari mana-mana struktur tulang yang melibatkan sendi lutut (femur, tibia, fibula), lutut (patella), atau ligamen dan tulang rawan (meniscus) lutut. Kesakitan lutut bertambah teruk dengan senaman disebabkan geseran dan pergerakan otot di sekelilingnya. Kesakitan lutut boleh menjejaskan semua peringkat umur.
Kesakitan lutut sebelah kanan boleh disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang melibatkan mana-mana struktur atau bahagian lutut.
Terdapat banyak sebab yang mengakibatkan sakit lutut kanan. Antara puncanya termasuk:
Rawatan untuk kesakitan lutut adalah berdasarkan punca kesakitan tersebut. Antara rawatan umum termasuk:
Selain rawatan yang dinyatakan, mnemonik RICE juga membantu, terutamanya untuk kecederaan ringan:
Sekiranya gejala anda tidak bertambah pulih, anda harus merujuk kepada doktor mendapatkan rawatan selanjutnya. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - penyebab lutut sakit di usia muda, ubat sakit lutut kanan, lutut sakit dan sering berbunyi
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my