Kenapa terjadinya sakit ari ari sebelah kiri (Left Sided Lower Abdominal Pain)?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah berusia 37 tahun. Kami mempunyai 3 orang anak dan mereka masih belajar di sekolah. Sejak baru-baru ini saya mendapati bahagian ari-ari saya sebelah kiri berasa sakit. Pada mulanya sakit ari-ari sebelah kiri ini sedikit sahaja dan saya mengendahkannya. Namun lama kelamaan telah mendatangkan sakit yang melampau dan saya tidak boleh tahan. Ini juga telah mula menjadi sebuah gangguan kepada rutin seharian saya dan menyusahkan saya untuk menjaga anak-anak saya.

Selain itu, seminggu yang lepas saya mulai mengalami rasa loya dan muntah. Saya juga mengalami ketinggalan haid selama sebulan. Saya membeli ujian pemeriksaan kehamilan dari farmasi dan mendapat tahu saya mengandung. Saya pun berasa agak teruja tetapi masih gembira akan mendapat seroang lagi anak. Namun demikian, selepas mengetahui saya mengandung sahaja saya mulai mengalami masalah sakit ari-ari sebelah kiri. Saya langsung tidak tahu mengapa masalah ini berlaku. Saya juga bimbang ia akan menggugat kandungan saya dan mengakibatkan masalah yang tidak diingini. Saya juga mulai demam sejak kebelakangan ini berserta sakit tersebut. 

Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa yang berlaku kepada diri saya ini? Apakah langkah pencegahan sakit ari-ari sebelah kiri yang harus diambil?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah berusia 37 tahun. Kami mempunyai 3 orang anak dan mereka masih belaja... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, berdasarkan butiran yang puan berikan serta sakit ari-ari sebelah kiri yang puan alami- saya berpendapat puan mempunyai masalah kehamilan di luar rahim atau dikenali sebagai kehamilan ektopik. Hal ini berlaku apabila proses persenyawaan berlaku dalam fallopian tiub atau dalam ovari. Berikutan itu, apabila kandungan semakin membesar maka berlakunya sakit ari-ari yang melampau. Selain itu, sakit ari-ari puan lebih kepada sebelah kiri dan ini bermaksud kehamilan luar rahim puan fokusnya lebih kepada fallopian tiub atau ovari sebelah kiri. Sakit ini jugalah yang menyebabkan berlakunya demam.
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, berdasarkan butiran yang puan berikan serta&nbsp;<stron... See More

Apakah penyebab sakit ari-ari sebelah kiri?

Masalah yang sering kali melanda kaum wanita pada masa kini ialah masalah sakit ari-ari. Sakit ari-ari ini boleh datang kepada golongan wanita pada sebelah kanan atau kiri.

Terdapat punca yang berlainan apabila masalah ini datang pada sebelah kiri dan juga sebelah kanan.
Di sini kita membincangkan penyebab berlakunya sakit ari-ari pada sebelah kiri.
Penyebab utama sakit ari-ari pada bahagian kiri ialah-
  • kemungkinan besar wanita tersebut mengalami kehamilan luar rahim. Hal ini kerana sekiranya rahim mempunyai sebarang komplikasi maka ianya akan menyebabkan proses persenyawaan dan juga zygote tersebut melekat di dinding ‘fallopian tiub’. Ini secara umumnya akan membawa kepada perkembangan zygote di dalam ‘fallopian tiub’ dan boleh mendatangkan masalah seperti kepecahan tiub atau pun sakit yang melampau. Sakit ini bergantung kepada bahagian di mana zygote melekat. Sekiranya zygote melekat pada tiub di sebelah kiri maka ianya akan menyebabkan sakitnya berlaku pada bahagian kiri.
  • Di samping itu, penyebab lain berlakunya masalah sakit bahagian ari-ari ini ialah komplikasi pada ovari. Hal ini kerana kadang kala terdapat juga keadaan wanita mengalami kehamilan di dalam ovari. Kehamilan jenis ini tidak boleh tahan lama kerana ovari tidak mempunyai keupayaan untuk memikul beban kandungan tersebut. Jadi, sekiranya ini berlarutan ianya akan mengakibatkan kepecahan pada ovari tersebut serta mengakibatkan kesakitan yang terlampau. Fenomena ini jika berlaku kepada ovari sebelah kiri akan sememangnya mendatangkan sakit ari-ari sebelah kiri.
  • Selain itu juga, masalah sakit ari-ari sebelah kiri juga boleh berpunca daripada masalah jangkitan kuman pada saluran air kencing. Hal ini kerana apabila seseorang itu mengalami masalah jangkitan kuman ini secara berlarutan maka ianya akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian ginjal. Apabila ginjal sebelah kiri mengalami jangkitan kuman yang berlarutan maka ianya akan menyebabkan sakit ari-ari bahagian kiri. Oleh itu, masalah ini juga haruslah diawasi supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan.

Apakah gejala sakit ari-ari sebelah kiri?

Isu ini sememangnya harus diambil serius oleh golongan wanita dan memastikan masalah kerana ianya akan mengakibatkan masalah kesihatan yang tidak diingini. Oleh itu, para wanita haruslah mengetahui serba sedikit mengenai gejala yang boleh berikutan supaya dapat mengambil langkah berjaga-jaga-
  • Pendarahan melalui faraj
  • Sakit pada bahagian ari-ari yang merebak ke tempat lain
  • Kelemahan
  • Letih dan lesu
  • Pening
  • Pitam

Perbezaan sakit ari-ari sebelah kiri dan kanan?

Masalah sakit ari-ari ini boleh datang pada sebelah kiri atau kanan. Oleh itu, wanita yang menghadapi masalah ini haruslah peka terhadap isu-isu ini dan pandai membezakan punca berlakunya setiap sakit ini.
  • Selalunya sakit ari-ari sebelah kanan akan datang disebabkan oleh sebarang komplikasi pada organ atau struktur yang terletak pada bahagian kanan badan. Apabila kita melihat struktur pada bahagian kanan ianya melibatkan hati, pundi hempedu, ginjal, usus, appendiks, fallopian tiub, dan beberapa bahagian otot. Berikutan itu, masalah sakit ari-ari bahagiaan kanan akan diundang apabila berlaku keradangan pada struktur-struktur tersebut atau sebarang jangkitan kuman mahupun kebocoran di bahagian tersebut. Sakit yang timbul akan mulai merebak dan sampai ke bahagian ari-ari justeru menjejaskan kesihatan.
  • Sehubungan dengan itu, ianya berbeza apabila di bezakan dengan sakit ari-ari sebelah kiri. Hal ini kerana pada bahagian kiri tidak terdapat banyak struktur atau organ. Antara organ yang terdapat pada bahagian kiri ialah limpah, ginjal, usus, fallopian tiub dan ovari. Oleh itu, masalah yang kerap dialami sebelah kiri lebih kepada bahagian reproduktif wanita yang mengakibatkan kehamilan di luar rahim serta mungkin jangkitan kuman pada struktur-struktur tersebut.
  • Oleh yang demikian, masalah ini haruslah dipertikaikan dengan teliti oleh para wanita supaya dapat memiliki sedikit sebanyak pengetahuan mengenai hal ini justeru mereka dapat memahami apa yang berlaku kepada diri mereka berikutan masalah sakit ari-ari ini.

Apakah rawatan sakit ari-ari sebelah kiri?

Rawatan sakit ari-ari sebelah kiri haruslah diambil tahu oleh golongan wanita supaya mereka dapat mengambil langkah pencegahan untuk menyelamatkan kesihatan mereka supaya tidak terjejas dengan melampau.
  1. Wanita tersebut haruslah segera mendapatkan pemeriksaan dari doktor. Hal ini kerana ianya mungkin akan mendatangkan kesan sampingan yang buruk. Contohnya, apabila seseorang wanita itu mempunyai masalah kehamilan di luar rahim, mereka akan mempunyai masalah pendarahan yang berlebihan. Hal ini apabila berlarutan akan menyebabkan kesakitan yang melampau serta kekurangan darah yang berlebihan. Jikia ini tidak dirawat boleh mendatangkan maut. 
  2. Selain itu juga, wanita harus memahami bahawa sebarang kandungan di luar rahim yang mengakibatkan sakit ari-ari bahagian kiri sememangnya tidak boleh diteruskan dan kandungan tersebut harus digugurkan sebelum ia mengancam nyawa wanita yang terbabit.
  3. Di samping itu, sekiranya berlaku sebarang jangkitan kuman, wanita yang terlibat harus berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik yang bersesuaian supaya jangkitan kuman tersebut dapat dibasmikan. Ini juga akan memastikan sakit pada bahagian ari-ari sebelah kiri yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian ginjal kiri tidak berlarutan dan menjejaskan kesihatan wanita tersebut.
  4. Kesimpulannya, kaum wanita harus memastikan segala sakit pada bahagian ari-ari sebelah kiri mahupun sebelah kanan haruslah segera dirawat supaya tidak mendatangkan masalah yang tidak diingini pada kemudian hari.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my


References