Punca Sakit Dada Sebelah Kanan Dan Cara Mengatasi Sakit Jantung

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Jun 12, 2020

Soalan:

Selamat sejahtera doktor, saya lelaki berumur 47 tahun dan telah berkeluarga. Tujuan saya mengajukan soalan ini ada untuk bertanyakan pendapat berkenaan dengan sakit dada yang saya alami semenjak sebulan yang lalu. Untuk pengetahuan lanjut, sakit dada yang saya alami ini selalunya hadir pada ketika saya sedang melakukan senaman ataupun aktiviti sukan. Biasanya, sakit tersebut lebih dirasai pada bahagian kanan dada dan juga disertai dengan sesak bernafas. Apa yang lebih membimbangkan adalah kerana arwah ayah saya meninggal dunia kerana serangan jantung dan arwah juga mengalami simptom seperti saya. Adakah ini petanda sakit jantung ataupun perkara lain ? Saya harap doktor dapat membantu saya.

Jawapan:

Tahniah kerana mengambil inisiatif untuk bertanyakan soalan kepada doktor. Berdasarkan penceritaan anda berkenaan dengan sakit dada, kemungkinan untuk sakit jantung ialah tinggi, namun harus juga diingat bahawa terdapat sakit lain yang boleh menunjukkan simptom yang sama. Antaranya adalah seperti, jangkitan kuman pada paru-paru, keradangan pankreas, masalah tulang rusuk dan yang seumpama dengannya, Pada hemat saya, anda perlu untuk membuat pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kepada masalah ini. Selain itu, kami sebagai pengamal perubatan juga perlu untuk mengetahui tanda-tanda lain serta sejarah sakit sebelum memberikan kata putus berkenaan dengan sakit anda.

Ketahui punca-punca sakit dada sebelah kanan 

Dalam dunia perubatan, punca kesakitan boleh diketahui dengan meneliti bahagian sakit tersebut iaitu organ sekitarnya. Namun, ada juga sakit yang dirasakan jauh daripada organ yang bermasalah dan ini terjadi disebabkan perkongsian saraf bagi deria kesakitan di sebahagian tubuh badan tidak kira kiri ataupun kanan. Bagi sakit dada sebelah kanan pula, penyebabnya boleh diklasifikasikan seperti berikut:

  1. Keradangan pankreas
  2. Kalau ingin buat anugerah organ paling popular dalam badan, nescaya organ ini pastinya menduduki tangga tercorot dalam carta. Apa tidaknya, jarang sekali kita dipendengarkan dengan organ bernama pankreas yang mana penting dalam merembeskan enzim untuk pencernaan makanan. Organ ini juga berada tengah di antara organ hati serta perut dan bentuknya seperti daun. Ekoran itu, kesakitan pada bahagian kanan boleh disebabkan oleh keradangan ataupun jangkitan pada pankreas. Apa yang membezakan sakit pada organ ini dengan yang lain ialah ciri sakit yang mana selalunya ada sebaran sakit dada tengah dan merebak ke belakang badan.

  3. Masalah pada tulang atau otot pada dada
  4. Kita sering terlepas pandang akan struktur badan lain yang sebenarnya juga menyumbang kepada rasa sakit. Tidak perlu untuk pergi jauh ke dalam badan, masalah sedekat kulit, otot serta tulang juga boleh menyumbang kepada sakit dada. Hal ini lazim terjadi kepada atlet angkat berat ataupun buruh kasar yang secara rutinnya mengunakan otot badan untuk melakukan pekerjaan. Pada tulang rusuk terutamanya, pesakit boleh mengalami masalah tulang retak ataupun keradangan rawan tulang iaitu costochondritis.

  5. Keradangan hati
  6. Bila didendangkan dengan terma sakit hati, netizen selalunya berfikir tentang keadaan seseorang yang dimarahi. Sakit hati pada kaca mata seorang pengamal perubatan ini merujuk kepada organ tersebut yang sebenarnya bermasalah. Jangkitan virus, kuman, kanser serta pengambilan ubatan sehingga menyebabkan toksik pada hati antara punca yang menyebabkan keradangan. Oleh kerana organ hati memenuhi sebahagian kanan dada serta sedikit pada kiri, sakit pada bahagian tersebut juga boleh disebabkan masalah pada organ tersebut.

  7. Jangkitan paru-paru
  8. Jangkitan pada paru-paru akan menyebabkan seseorang itu demam, batuk berkahak yang berwarna hijau, sakit dada dan rasa lesu serta tidak bermaya. Terma lain bagi masalah ini ialah pneumonia. Masalah ini selalunya berlaku pada seseorang yang memiliki tahap imuniti yang rendah seperti bayi dan juga pesakit HIV.

Kecemasan; sakit dada sebelah kanan  

  1. Serangan sakit jantung
  2. Sesak nafas, berpeluh, sakit dada sebelah kiri dan merebak bahu, rasa seperti dihempap objek berat dan rasa hendak pitam merupakan antara simptom yang dialami oleh individu yang mengalami sakit jantung. Berdasarkan tanda-tanda tersebut, selayaknya sakit ini dikenali sebagai tahap kritikal kerana sakit yang teramat di samping boleh meragut nyawa jika tiada intervensi segera diberikan. Punca bagi masalah ini adalah disebabkan saluran darah kepada jantung yang tersumbat dan akhirnya ia gagal mengepam darah ke seluruh badan.

  3. Darah beku dalam paru-paru (Pulmonary Embolism)
  4. Penyebab lain yang juga menyumbang kepada sakit dada sebelah kanan yang juga dianggap sebagai kecemasan ialah darah beku dalam paru-paru (Pulmonary Embolism). Darah beku ini amat sinonim dengan pesakit kronik yang sukar untuk melakukan pergerakan seperti pesakit kanser yang terlantar di katil dan juga golongan emas yang ada masalah pergerakan. Apabila darah beku terbentuk dalam saluran darah paru-paru, penyampaian oksigen ke paru-paru tidak berkesan dan pesakit akan mula mengalami sesak nafas.

  5. Pneumothorax
  6. Walaupun jantung merupakan antara organ penting untuk kebanyakan sistem dalam badan, paru-paru juga tidak kurang pentingnya bagi membekalkan sumber oksigen. Oleh itu, masalah pneumothorax juga dikatakan kritikal apabila lapisan paru-paru bocor menyebabkan udara masuk di antara lapisan dalam serta luar organ tersebut. Hal ini menghalang paru-paru untuk berkembang dan mengecut untuk mendapatkan udara yang efektif. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, pesakit akan kekurangan oksigen dan meninggal dunia.

Punca dan penyebab sakit jantung

Serangan sakit jantung merupakan mimpi ngeri bagi kebanyakan orang kerana sifatnya yang membunuh dengan pantas. Konotasi bagi sakit ini merujuk kepada keadaan di mana saluran darah ke jantung seseorang itu tersumbat dan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi seperti normal. Antara faktor yang menyebabkan saluran darah tersumbat adalah seperti:

  • merokok
  • pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi
  • kurang bersenam
  • jantina lelaki
  • umur melebihi 40 tahun keatas

Selain gaya hidup, sakit penyakit juga antara penyebab kepada masalah kesihatan juga menyumbang kepada serangan jantung. Sebagai contoh kencing manis, kolesterol tinggi dan darah tinggi.

Cara mengatasi sakit dada sebelah kanan dan sakit jantung

Kata orang tua, ubat itu selalunya daripada badan kita sendiri. Benar juga untuk sakit jantung ini kerana pendekatan bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat yakni sekurang-kurang bersenam 30 minit sehari selama 5 hari dalam seminggu. Selain itu, berhenti merokok, pengambilan makanan yang seimbang serta pengambilan ubat bagi pesakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Bagi rawatan secara ubat-ubatan pula, ia digunakan bagi mencairkan darah ataupun memecah bahan yang menyebabkan saluran darah tersumbat. Ubat sakit dada juga selalunya berbentuk tahan sakit bagi melegakan kesakitan sebelum rawatan sebenar diberikan. Terdapat juga pendekatan secara pembedahan iaitu angioplasty yang mana bertujuan untuk membuka semula saluran darah dengan mengunakan alatan sekecil dawai. Jika saluran darah tersumbat pada keadaan yang amat teruk dan tidak boleh diselamatkan, rawatan coronary artery bypass graft adalah alternatif tepat yang mana menggunakan saluran darah baru bagi mengalirkan darah ke otot jantung yang terlibat. Cara mengatasi sakit dada sebelah kiri pula bergantung kepada punca sakit tersebut.

Secara kesimpulan, sakit dada sebelah kanan mempunyai banyak punca dan cara mengatasi yang sungguh berbeza. Jika terdapat apa sahaja kemusykilan, sila merujuk nasihat doktor yang boleh didapati di hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapat nasihat dari doktor di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - sakit dada sebelah kanan ketika menarik nafas, cara mengatasi sakit dada sebelah kanan, cara merawat sakit dada sebelah kanan, sakit dada sebelah kanan ketika baring, sakit dada sebelah kiri

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!