Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasi Sakit Dada Sebelah Kiri

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 5, 2020

Soalan:
Salam Doktor. Saya seorang ibu berumur 45 tahun. Saya bekerja sebagai kerani di sekolah. Semenjak akhir ini, saya sering rasa sakit dada sebelah kiri. Terutamanya sekali, apabila saya naik tangga. Office saya berada di tingkat 2, dan agak tinggi juga. Kadang-kadang saya ada rasa mengah bila naik tangga. Berat badan saya 70kg dan tinggi saya 155cm. Saya pernah mengikut rakan saya pergi ke “Free Medical Check-up” dan saya dapati BMI saya dalam lingkungan overweight. Kadang-kadang bila saya cuba buat aktiviti bersenam, saya ada rasa nyeri dekat dada saya. Saya terfikir juga jika apa yang saya mengalami ini dikaitkan dengan penyakit jantung. Sebab bapa saya pun ada masalah sakit jantung pada umur 55 tahun. Saya takut ada effect dekat saya juga. Akhir-akhir ini, rasa nyeri tu datang bila saya aktif, maka saya terpaksa buat kerja slow-slow supaya saya tidak rasa mengah sangat.
Maka doktor saya ingin bertanya, bagi untuk mengelakkan ia menjadi teruk, apakah penyebab sakit dada sebelah kiri? Adakah ia dikaitkan dengan penyakit jantung? Perlu ke saya risau? Mohon doktor dapat membantu saya dalam perkara ini. Sekian terima kasih.
Jawapan:

Wasalam Puan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini. Sakit dada sebelah kiri boleh berpunca daripada beberapa organ di dalam tubuh seperti jantung, tulang rusuk dan bahagian perut. Dengan BMI yang berada dalam lingkungan “overweight” dan keluarga mempunyai sejarah sakit jantung, Puan sudah pun mempunyai risiko untuk mendapat sakit jantung dan risiko itu akan menjadi tinggi apabila puan sudah putus haid (menopaus). Risiko bagi wanita menopaus untuk mendapat sakit jantung adalah sama dengan lelaki biasa.

Penerangan dalam konteks ini akan fokus kepada punca sakit dada sebelah kiri berdasarkan organ yang terletak di dada. Ingin saya nasihatkan Puan untuk buat temu janji dengan doktor di klinik atau hospital dan dapatkan pemeriksaan kesihatan yang lebih lanjut berkenaan dengan masalah sakit dada. Saya ingin tekankan Puan untuk tidak ambil mudah dan segera dapatkan bantuan perubatan supaya Puan dapat dirawat dengan sebaik mungkin.

Apakah Penyebab Sakit Dada Sebelah Kiri

Sakit dada yang berkaitan dengan jantung:

Angina

  1. Angina adalah istilah gejala kesakitan atau ketidakselesaan di tengah-tengah atau sebelah kiri dada ketika membuat sesuatu aktiviti fizikal dan reda apabila berehat atau berhenti membuat aktiviti fizikal tersebut. Ini sering disebabkan oleh pembentukan plak tebal di dinding dalaman saluran darah yang membawa darah ke jantung anda (arteri koronari). Plak ini akan menyebabkan arteri menjadi sempit dan menyekat bekalan darah jantung, terutamanya semasa membuat aktiviti fizikal seperti berlari.

  2. Gejala rasa berat, sakit atau ketat di dada ini boleh merebak ke tangan, leher, rahang, belakang atau perut anda juga. Sesetengah orang mengalami perasaan ketegangan yang teruk, malah ada juga yang yang merasa kepedihan. Sesetengah orang juga turut mengalami sesak nafas bersama sakit dada.

Serangan jantung

  1. Serangan jantung berlaku apabila bekalan darah ke jantung tiba-tiba terganggu, biasanya oleh bekuan darah. Tanpa bekalan ini, darah yang membawa oksigen tidak sampai ke jantung dan otot jantung boleh rosak dan mula mati. Tanpa rawatan, otot jantung akan mengalami kerosakan yang tidak dapat dikembalikan.

  2. Serangan jantung biasanya akan menyebabkan sakit dada yang teruk dan boleh berlaku pada bila-bila masa.

  1. Tanda-tanda serangan jantung adalah seperti berikut:

    • Sakit dan / atau ketidakselesaan di kawasan dada.

    • Sakit atau ketidakselesaan di lengan kiri atau kedua-dua lengan, di belakang, leher, rahang, atau perut.

    • Sesak nafas yang mungkin atau tidak mungkin disertai dengan ketidakselesaan dada.

    • Pening, berpeluh sejuk, atau mual.



Aortic Dissection

  1. Aortic dissection adalah keadaan yang serius di mana lapisan dinding saluran darah utama ke jantung iaitu aorta terkoyak. Apabila lapisan dalaman saluran darah ini berasingan, darah akan mengalir di antara lapisan saluran darah dan boleh menyebabkan pembuluh darah aorta pecah (rupture).

  2. Simptom bagi Aortic Dissection bermula secara tiba-tiba dan kesakitannya ibarat sakit jantung.

  3. Tanda-tanda Aortic Dissection termasuklah:

    • Sakit dada parah atau sakit belakang pada bahagian atas yang teruk. Sakit tersebut juga merebak ke leher atau ke bahagian bawah belakang

    • Kesakitan di bahagian perut yang teruk

    • Hilang kesedaran

    • Sesak nafas

    • Sukar untuk bercakap secara tiba-tiba, hilang penglihatan, kelemahan atau lumpuh pada satu sisi badan seperti strok

    • Nadi berdenyut pada satu lengan atau paha berbanding yang lain

    • Sakit kaki

    • Kesukaran berjalan

    • Lumpuh kaki

Perikarditis

  1. Ini adalah keradangan kantung yang mengelilingi jantung. Ia biasanya menyebabkan rasa sakit yang tajam yang menjadi lebih teruk apabila anda bernafas atau ketika anda baring.

  2. Jangkitan lapisan di sekeliling jantung ini menyebabkan sakit yang tajam dan menusuk di bahagian kiri dada. 

  3. Antara punca-puncanya adalah jangkitan kuman, gangguan antibodi, trauma, atau kegagalan buah pinggang.

Sakit Dada yang berkaitan dengan sistem penghadaman (Digestive system):


Pedih ulu hati (heartburn)

    • Kesakitan pada bahagian dada yang disebabkan oleh pedih ulu hati boleh menyerupai sakit akibat serangan jantung.

    • Pedih ulu hati terjadi apabila asid daripada perut mengalir ke bahagian saluran makan (esofagus) dan menyebabkan rasa pedih pada bahagian tengah dada.

    • Sukar untuk menelan makanan.

    • Menghidap penyakit batu hempedu, radang di pundi hempedu atau masalah pankreas yang boleh menyebabkan sakit perut merebak ke dada anda.

    • Antara tanda-tanda seseorang menghadapi penyakit gastrik adalah:

      • Sakit apabila perut kosong

      • Sakit semasa atau selepas makan dan minum

      • Senang kembang perut

      • Rasa mual atau muntah

Sakit Dada yang berkaitan dengan otot dan tulang:

Sesetengah jenis sakit dada boleh dikaitkan dengan kecederaan dan masalah lain pada struktur yang membentuk dinding dada, termasuk:

  1. Kostokondritis- Dalam keadaan ini, tulang rawan di yang menyambungkan tulang rusuk mengalami radang dan menyebabkan kesakitan.

  2. Sakit otot

  3. Fibromyalgia

  4. Kecederaan tulang rusuk.

Sakit dada yang berkaitan dengan paru-paru

Gangguan paru-paru yang boleh menyebabkan sakit dada termasuklah:

  1. Embolisme pulmonari-  Ini berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam saluran darah paru-paru menghalang aliran darah ke tisu paru-paru.

  2. Pleurisy

  3. “Pneumothorax” atau dikenali sebagai paru-paru kecut. Kesakitan dada yang dikaitkan dengan paru-paru yang runtuh biasanya terjadi secara tiba-tiba dan menyebabkan sesak nafas. Paru-paru kecut berlaku apabila terdapat kebocoran udara ke ruang antara paru-paru dan tulang rusuk.

  4. Hipertensi pulmonari- Keadaan ini berlaku apabila anda mempunyai tekanan darah tinggi di arteri yang membawa darah ke paru-paru lalu menghasilkan kesakitan di dada.

Apakah Cara Mengatasi Sakit Dada Sebelah Kiri

  • Bagi individu yang belum pernah mengalami masalah ini dinasihatkan untuk segera dapatkan pertolongan di klinik atau terus pergi ke Kecemasan di hospital sebelum keadaan kesihatan menjadi serius.
  • Bagi individu yang telah mendapat diagnosis dan rawatan, anda dinasihatkan untuk sentiasa mengambil ubat preskripsi yang diberi oleh doktor. Jikalau ubat yang diambil tidak menjadi efektif, alahan and simptom bertambah teruk, sila buat temu janji dengan doktor.
  • Amaran: Dilarang membeli atau mengambil ubat di kaunter farmasi tanpa preskripsi atau konsultasi doktor atas sebab ia boleh menjejaskan atau menambah lagi masalah pada kesihatan anda.

Bagaimana Mengelak Sakit Dada Sebelah Kiri

  1. Ketahui punca sakit dada melalui konsultasi dan pemeriksaan bersama doctor.
  2. Ambil ubat dan mengikuti pelan rawatan seperti yang disarankan oleh doktor anda 
  3. Sentiasa menjaga postur badan apabila melakukan aktiviti.
  4. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
  5. Kekalkan berat badan yang sihat. 
  6. Hadkan kuantiti alkohol yang anda minum. Jangan minum lebih daripada 2 unit minuman beralkohol sehari jika anda seorang lelaki, atau 1 unit minuman beralkohol sehari jika anda seorang wanita.
  7. Jangan merokok, merasap (“vaping”) atau gunakan produk tembakau lain.
  8. Kurangkan tekanan atau stres dengan melakukan aktiviti ringan seperti yoga atau meditasi.
  9. Kawal tekanan darah, kencing manis dan kolesterol dengan gaya hidup yang sihat dan ubat-ubatan preskripsi jika perlu
  10. Elakkan pengambilan ubat-ubat yang tidak terkawal seperti herba atau pil-pil.
Setiap individu yang mengalami masalah sakit dada tidak kira di sebelah kiri atau kanan seharusnya mendapatkan pertolongan dari doktor dengan segera. Masalah ini tidak boleh diambil mudah sama sekali kerana ia boleh mengancam nyawa. Dapatkan temu janji dengan doktor untuk mendapatkan konsultasi selanjutnya berkenaan dengan masalah ini.Layari laman web www.doctoroncall.com.my 

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - sakit dada sebelah kiri tembus ke belakang, cara mengatasi nyeri dada, cara mengatasi sakit dada sebelah kiri, nyeri dada sebelah kiri dibawah payudara, nyeri dada sebelah kiri hilang timbul

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!