Infomasi Kesihatan Tentang Gejala, Punca Serta Siasatan Sakit Hipertiroid

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Ogos 14, 2020

Soalan:
Salam sejahtera doktor, nama saya Theo dan saya berumur 18 tahun. Sejak beberapa minggu ini, saya mula perasan bahawa jantung saya sering berdegup dengan kencang walaupun saya sedang berehat dan tidak melakukan aktiviti yang lasak. Selain itu, badan saya juga senang berpeluh walaupun duduk di dalam bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Tidak cukup dengan itu, tangan serta jari saya selalu sahaja bergetar-getar seakan-akan orang yang sedang demam panas dan saya mula perasan akan gejala ini ketik saya sedanga menaip kerja kursus. Ada yang mengatakan bahawa masalah ini disebabkan oleh masalah hormon tiroid yang tinggi dalam badan. Adakah gejala yang saya alami ini berpunca daripada masalah tiroid atau sebaliknya. Ini juga pertama kali saya mendengar tentang tiroid dan bolehkah doktor terangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan tiroid.
Jawapan:
Terima kasih atas soalan berikut. Saya ambil maklum berkenaan dengan masalah yang anda hadapi iaitu jantung berdegup kencang, kerap berpeluh dan juga tangan bergetar-getar. Pada hemat saya, gejala yang anda alami boleh disebabkan banyak sakit penyakit dan dengan hanya merujuk kepada simptom anda konklusi tentang diagnosis sakit masih belum dapat untuk dibuat. Antara diagnosis yang berkaitan dengan simptom anda ialah Hipertiroid, Keresahan (Anxiety Disorder), pengambilan alkohol berlebihan atau masalah yang melibatkan jantung. Oleh kerana ini pertama kali anda mendengar tentang tirioid, maka saya akan jelaskan serba sedikit berkenaan dengan organ ini. Semoga perkongsian ini dapat mendapatkan ilmu pengetahuan anda.

Untuk pengetahuan am, tiroid merupakan organ ataupun kelenjar yang terletak pada bahagian leher seseorang dan berbentuk seakan-akan rama-rama. Kelenjar tiroid ini penting dalam menghasilkan hormon tiroid. Hormon pula memberi impak serta regulasi terhadap metabolisma badan, mengawal degupan jantung, perkembangan dan pertumbuhan seseorang serta mengawal suhu badan seseorang. Bagi bayi pula, hormon ini amatlah penting bagi perkembangan otak mereka. 

Hipertiroid pula merujuk kepada kondisi di mana seseorang itu mengalami hormon tirioid yang berlebihan dalam badan mereka. Hipotiroid pula sebaliknya yakni kekurangan hormon tiroid di bawah tahap normal.

Hipertiroid simptom merangkumi banyak sistem tubuh badan dan juga organ. Hal ini kerana, hormon ini disampaikan melalui saluran darah dan memberi impak kepada organ sekeliling. Antara simptom yang akan dihadapi oleh pesakit adalah seperti berikut:

  1. Jantung berdebar (melebihi 100 degupan dalam jangka masa seminit)
  2. Masalah ritma jantung yang tidak sekata
  3. Kuat makan dan sangat berselera namun kekal kurus atau mengalami penurunan berat badan
  4. Sering berasa bedebar, resah serta mudah tersinggung
  5. Kerap dan mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti lasak
  6. Tangan dan kaki bergetar atau dalam terma perubatan dikenali sebagai tremor
  7. Mengalami masalah sukar untuk tidur
  8. Perubahan dari segi pola perkumuhan iaitu kerap membuang air besar
  9. Bagi wanita pula, mereka akan mengalami perubahan dari segi kitaran haid
  10. Kurang fokus dan mengalami masalah konsentrasi
  11. Mengalami rambut yang nipis dan rapuh
  12. Mengalami penipisan kulit

Pesakit yang mengalami masalah hipertiroid tidak nhanya menunjukkan simptom malah terdapat beberapa tanda secara fizikal yang juga berlaku keatas mereka. Sebagai contoh:

  1. Pembesaran atau kelenjar tiroid kelihatan bengkak
  2. Bacaan tekanan darah meningkat
  3. Jantung berdegup dengan kencang
  4. Rambut berkurangan
  5. Biji mata kelihatan terkeluar
  6. Kulit pesakit terasa suam dan berpeluh
  • Penyakit Graves. Penyakit ini merupakan sakit autoimun di mana antibodi yang dihasilkan oleh badan manusia menyerang sel badan yang normal. Dalam senario ini, sel yang diserang tersebut ialah kelenjat tiroid. Penyakit ini merupakan punca yang paling lazim kepada permasalahan hipertiroid.
  • Benjolan tiroid. Benjolan ini boleh terjadi disebabkan pelbagai perkara seperti tumour dan nodule aktif boleh menyebabkan penghasilan hormon tiroid menjadi lebih aktif. Ekoran itu, pesakit mengalami hipertiriod kerana ketumbuhan ini merangsang penghasilan hormon tiroid.
  • Kanser tiroid. Am mengetahui bahawa kanser merupakan sejenis penyakit yang membiak dan berkembang cepat dalam badan manusia. Kanser tirioid juga akan memberikan impak dalam penghasilan hormon dan akhrinya pesakit mengalami hipertiroid. Oleh itu, perlu diketahui bahawa hipertiroid juga boleh menjadi tanda kepada sakit kanser tiroid.
  • Keradangan tiroid. Keradangan boleh terjadi disebabkan pelbagai perkara antaranya jangkitan ataupun masalah sistem imuniti badan manusia. Keradangan ini akan menyebabkan kelenjar tiroid membengkak dan menganggu kawalan penghasilan hormon tiroid.

Bagi mengesahkan seseorang itu mengalami masalah hipertiroid, beberapa siri pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pengambilan sejarah sakit serta pemeriksaan fizikal perlu untuk dilakukan. Setelah itu, pesakit akan melakukan ujian darah dan pengimejan untuk menentusahkan punca yang menunjangi sakit hipertiroid.

  • Pemeriksaan kandungan hormon tiroid T3 dan T4. Ujian ini untuk mengukur kandungan hormon tiroid dalam darah pesakit
  • Pemeriksaan kandungan Hormon Perangsang Tiroid (Thyroid Stimulating Hormone, TSH). Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari yang merangsang penghasilan hormon tiroid. Jika kandungan hormon tiroid tinggi dalam badan, sepatutnya hormon TSH akan berkurangan. Kandungan hormon TSH yang rendah dalam badan merupakan petunjuk bahawa seseorang itu mungkin mengalami masalah hipertiroid.
  • Pemeriksaan darah. Pemeriksaan ini merangkumi jumlah kolesterol dan gula dalam darah seseorang. Hal ini penting untuk mengetahui jika seseorang itu mengalami masalah gangguan terhadap metabolisma badan akibat daripada hipertiroid.

Setelah jumlah serta kandungan hormon tiroid dapat dipastikan, maka siasatan tentang punca yang menyebabkan masalah tiroid berlaku hendaklah dilakukan.

  • Ultrasound kelenjar tiroid. Ultrasound penting untuk mengetahui saiz keseluruhan tiroid dan mencari jika terdapat sebarang ketumbuhan tiroid.
  • Scan tiroid dan radioaktif. Bahan radioaktif disuntik kedalam darah pesakit dan melihat pengambilan bahan ini oleh organ tiroid. Hal ini bagi melihat kawasan kelenjar tiroid yang aktif dan bermasalah
  • Teknik pengimejan CT scan atau MRI. Teknik ini sangat membantu bagi mengetahui jika terdapat ketumbuhan pituitari yang menyebabkan masalah hipertiroid.

Ramai yang bertanyakan tentang obat kampung untuk tiroid, penyakit tiroid dan cara penyembuhannya. Rawatan hipertiroid bergantung kepada punca sakit. Disamping itu, pengambilan diet yang betul dengan menfokuskan pengambilan sodium dan juga kalsium amatlah penting dalam mengelakkan sakit hipertiroid. Sakit hipertiroid juga boleh menyebabkan tulang pesakit rapuh dan mengakibatkan masalah osteoporosis. Oleh itu, pengambilan vitamin D dan suplemen seperti kalsium amatlah penting ketika dan setelah anda menjalani rawatan kerana ia dapat mengekalkan kekuatan tulang anda.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Daftar dan dapat RM30

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my