Penyebab Sakit Kepala Sebelah Kanan (Headache On Right Side)

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 27, 2020

Soalan:
Doktor, saya ingin bertanya tentang sakit kepala. Selama tiga bulan saya mengalami sakit kepala. Kadang-kadang saya rasa sakit kepala selang beberapa hari dan pada hari yang berturut. Saya juga perasan sakit kepala ini terasa lebih sering di sebelah kanan kepala berbanding dengan sebelah kiri. Kebiasaannya, ia akan terjadi di sebelah petang selepas waktu kerja. Apabila saya mengambil panadol, sakit itu akan lega sedikit dan tetapi masih akan terasa sakit sedikit. Selalunya, rehat dan tidur akan memulihkannya pada waktu pagi. 
Saya tidak terhentak kepala baru-baru ini seingat saya. Saya tiada sejarah penyakit semasa kanak-kanak dan tidak pernah mengalami sakit kepala sebegini. Ibu dan adik perempuan saya sering dapat migrain tetapi sakit kepala mereka lain daripada apa yang saya alami. Mereka sering mengatakan bahawa mereka sakit di seluruh kepala. Apabila mereka sakit kepala, mereka terpaksa duduk di bilik gelap dan tidur hampir seharian sebelum rasa lebih sihat. 
Saya ingin tahu jika sakit kepala sebelah kanan saya ini juga migrain dan jika tidak apakah penyebab sakit kepala ini? Saya juga ingin tahu jika ada cara mengatasi masalah ini. Saya juga ingin tahu jika saya perlu ke klinik atau hospital untuk melalui pemeriksaan yang lebih terperinci?
Jawapan:
Hai. Terima kasih atas soalan anda. Sakit kepala merupakan keadaan kesihatan yang biasa menjadi rungutan ramai. Berdasarkan situasi yang anda jelaskan, nampaknya anda mengalami sakit kepala yang dinamakan migrain. Buat pengetahuan anda, satu dalam lima wanita dan sekitar satu dalam 15 lelaki mengalami migrain. Keadaan ini biasanya bermula pada awal dewasa. Sesetengah orang lebih kerap mengalami migrain sehingga beberapa kali seminggu. Malah terdapat juga mereka yang hanya mengalami migrain sekali-sekala. Cara mengatasi sakit kepala anda adalah dengan mengguna ubat tahan sakit seperti Paracetamol atau Ibuprofen. Walau bagaimanapun, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana sakit anda sudah berlarutan selama tiga bulan.

Sakit kepala sebelah kanan atau kiri mempunyai penyebab yang berbeza. Gejala sakit kepala mungkin hanya sakit kepala biasa atau mungkin juga boleh menandakan terdapatnya penyakit lain. Senarai di bawah adalah penyebab sakit kepala:

Gaya hidup:

  • Tekanan dalam hidup atau stres menjadi penyebab utama gejala sakit kepala. Selain itu, tidak mengamalkan tabiat tidur yang teratur dan tidak mendapat rehat yang mencukupi juga menjadi penyebab pening kepala.

  • Pastikan juga anda makan tepat pada masanya dan minum air secukupnya untuk sehari.

  • Dapatkan pemeriksaan tengkuk untuk mengetahui jika anda mempunyai masalah otot.

Resdung

  • Jangkitan dan alahan sinus juga boleh menyebabkan sakit kepala. Sakit kepala yang disebabkan oleh jangkitan sinus adalah akibat keradangan. Hal ini akan menyebabkan tekanan dan sakit pada tulang pipi dan pada dahi anda.

Penyalahgunaan ubatan:

  • Penggunaan ubat yang berlebihan untuk merawat sakit kepala sebenarnya boleh menyebabkan sakit kepala juga. Keadaan ini menjejaskan sehingga 5 peratus populasi. Ubat sakit kepala yang digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk terutamanya selepas bangun pagi.

Trauma/kemalangan:

  • Kemalangan yang melibatkan bahagian kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia sangat bahaya jika sakit kepala tersebut disebabkan pendarahan di dalam kepala.

“Aneurysm”:

  • “Aneurysm” berlaku apabila dinding saluran darah menjadi lemah dan menyebabkan benjolan yang luar biasa besar saiznya. Bahagian tubuh badan yang lebih cenderung untuk mendapat “aneurysm” adalah pada saluran darah dalam otak atau jantung iaitu saluran darah yang dinamakan aorta. “Aneurysm” pada bahagian otak boleh muncul tanpa sebarang simptom. Benjolan ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman. Keadaan ini adalah kes kecemasan yang mengancam nyawa dan anda harus segera dibawa ke hospital untuk dirawat.

Barah otak:

  • Barah otak boleh menjejaskan fungsi otak dengan memusnahkan tisu biasa, memampatkan tisu biasa atau meningkatkan tekanan di dalam otak.

  • Simptom seseorang menghidapi barah otak bergantung kepada jenis tumor, saiznya dan lokasi pada bahagian otak. Gejala yang biasa dihadapi adalah seperti sakit kepala yang lebih teruk pada waktu pagi, sawan, terhuyung-hayang semasa berjalan, masalah penglihatan dan percakapan serta lemah satu bahagian badan.

Tension headache”/sakit kepala jenis ketegangan:
  •  Ini merupakan jenis sakit kepala yang paling biasa terjadi. Ia terasa di seluruh kepala.

“Cluster headache”/sakit kepala jenis cluster: 
  • Sering sekali ia membabitkan hanya sebelah kanan atau sebelah kiri kepala. Mata di bahagian yang terbabit juga mungkin merah. Ia berlaku selama lima belas minit sehingga sejam dan mungkin terjadi sekali atau dua kali sehari.
Migrain:
  •  Sejenis sakit kepala yang boleh melibatkan kedua-dua belah bahagian kepala dan terasa seperti denyutan. Seseorang yang mengalami migrain juga mungkin mengalami gejala seperti masalah penglihatan seperti melihat cahaya yang menyilaukan dan rasa mual.
Ubat tahan sakit:
  • Panadol atau Ibuprofen boleh melegakan sakit kepala. Jika anda berjumpa doktor dan mendapat diagnosis migrain, anda juga mungkin diberi sejenis ubat dalam kategori Triptan untuk mencegah serangan migrain pada masa hadapan.

Antibiotik:
  • Jika anda mempunyai jangkitan bakteria, antibiotik yang sesuai boleh membunuh kuman tersebut dan membuat anda rasa sihat semula. Jika jangkitan virus, sekadar rehat, minum dengan cukup dan makan ubat tahan sakit memadai tetapi perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Rehat yang mencukupi:
  • Walaupun nasihat ini kelihatan mudah, kebanyakan kali ini adalah cara mengatasi sakit kepala yang paling berkesan dalam mengatasi sakit kepala.

Kurangkan Stres: 

  • Mengurangkan stres atau tekanan dalam hidup boleh mencegah dan mengurangkan kejadian sakit kepala.

Minum air dengan mencukupi:
  •  Jika kita terlalu dahaga dan badan tidak mencapai tahap hidrasi yang cukup, anda boleh mendapat sakit kepala dan mungkin juga rasa ingin pitam.

Tidur:
  • Tidur yang tidak mencukupi atau tidur terlalu banyak perlu dielak. Setiap orang berbeza tetapi secara amnya antara 6 hingga 8 jam adalah kebiasaan.

Merehatkan mata: 
  • Gaya hidup moden melibatkan penggunaan skrin yang berlebihan menyebabkan mata berasa penat dan ini boleh membawa kepada sakit kepala. Merehatkan mata selepas memandang skrin dengan lama dinasihati untuk mencegah sakit kepala.

Kopi: 
  • Bagi mereka yang menjadikan minum kopi sebagai tabiat harian, anda boleh sakit kepala jika tidak minum kopi seperti biasa. Jika anda ingin mengurangkan pengambilan kopi, sila kurangkan jumlah kopi yang anda minum secara bertahap dan bukan secara mendadak.
Urut:
  • Sakit kepala juga boleh disebabkan oleh ketegangan otot tengkuk. Sakit kepala jenis ini boleh dicegah dengan mengurut dan memicit tengkuk dan kepala.
  • Elak makanan yang mungkin makanan yang membawa kepada sakit kepala seperti daging kambing. Walaupun tiada kajian utuh yang membuktikannya, ramai yang melaporkan sakit kepala selepas makan makanan yang tertentu. Jika ia berlaku kepada anda, elakkan makanan tersebut.
Walaupun sakit kepala amat biasa, sila ke hospital atau khidmat kecemasan jika anda mempunyai simptom berikut:
      • kelemahan atau kebas di sebelah bahagian badan, tangan atau kaki
      • masalah bercakap, air liur meleleh tanpa sengaja
      • tidak waras, kelihatan bingung
      • masalah penglihatan seperti kabur penglihatan yang luar biasa
      • mual dan muntah tidak terhenti
      • pening selepas kecederaan membabitkan bahagian kepala
      • demam dan ruam di badan
      • sawan
Anda juga perlu berjumpa doktor jika:
      • sakit kepala lebih dari tiga kali seminggu
      • sakit kepala makin teruk dan tidak pulih
      • memerlukan terlalu banyak ubat tahan sakit
      • sakit kepala mengganggu hidup seharian
Secara rumusan, jika anda mempunyai tanda-tanda yang merisaukan apabila sakit kepala, sila merujuk nasihat doktor kecemasan. Jika ia bukan kecemasan, anda juga dinasihati bertanya dengan doktor jika mempunyai sebarang soalan. Anda boleh bercakap dengan doktor atas talian melalui laman www.doctoroncall.com.my

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - penyebab sakit kepala sebelah kanan, cara megatasi sakit kepala sebelah kanan, gejala sakit kepala sebelah kanan, migrain, headache on right side

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20