Dikemaskini pada: Jun 5, 2020
Terima kasih atas soalan tersebut. Untuk pengetahuan cik, terdapat beberapa kemungkinan anda mengalami sakit payudara sebelah kiri. Cik tidak perlu risau kerana masalah ini boleh diselesaikan dan diubati kerana cik telah menjumpai ketulan tersebut pada tahap yang awal. Masalah ini boleh dibendung pada tahap awal dan jika berlarutan sahaja ia boleh membawa pelbagai masalah. Perkara ini bermula apabila cik mempunyai sakit payudara sebelah kiri. Oleh sebab ini berlarutan telah menyebabkan menjadinya masalah yang tidak diingini. Untuk mencapai diagnosis barah payudara, sejarah perubatan dan pemeriksaan tubuh yang penuh adalah wajib.
Terdapat beberapa faktor risiko seseorang menghidapi barah payudara. Antaranya ialah sejarah perubatan keluarga. Jika ibu anda menghidapi barah pada umur kurang daripada 40 tahun dan di kedua-dua belah payudara maka risiko anda sebagai anak untuk mendapat barah payudara adalah tinggi. Kemungkinan besar ahli keluarga lain juga mempunyai masalah yang sama. Untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini, cik haruslah menasihati ahli keluarga yang lain untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Bagi situasi cik pula, cik memang harus segera menjumpai seorang doktor dan membuat pemeriksaan. Ia mungkin hanya akan melibatkan pembedahan kecil untuk mengeluarkan ketulan tersebut sahaja dan mungkin tidak akan mengakibatkan pembuangan seluruh payudara.
Sakit payudara sebelah kiri boleh diakibatkan oleh beberapa penyebab. Penyebabnya tidak selalunya bergantung kepada payudara sahaja. Hal ini kerana terdapat juga struktur lain selain payudara pada sebelah kiri dada seperti jantung, otot pada bahagian dada dan tulang rusuk. Manakala bawah daripada payudara kiri mempunyai limpah. Kesemua struktur ini juga boleh mendatangkan sakit yang kemungkinan disalah anggap oleh pesakit sebagai sakit yang datang dari payudara.
Perubahan pada saiz payudara
Cecair dari puting payudara
Ketulan pada payudara atau ketiak
Bengkak pada payudara
Rawatan yang perlu dilakukan kesemuanya terpulang kepada keputusan mammogram yang dikeluarkan.
Rujukan
Soalan berkenaan - sakit payudara sebelah kiri bagian bawah, payudara sakit sebelah kiri pertanda apa, nyeri payudara sebelah kiri dekat ketiak, obat sakit payudara sebelah kiri, obat tradisional sakit payudara sebelah kiri
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my