Apakah Penyebab Dan Gejala Sakit Perut Sebelah Kanan

Anonymous

Selamat petang doktor, saya seorang pelajar kolej berumur 22 tahun. Saya tinggal berseorangan di hostel sejak 2 tahun ini kerana rumah saya terletak jauh daripada kolej. Ibu bapa saya juga sudah tua dan tidak dapat melawat saya dengan kerap kerana perjalanan yang jauh. Setiap hari saya perlu ke kelas daripada pukul 8 pagi hingga 6 petang, selepas itu saya akan sambung ke kelas tambahan sehingga pukul 10 malam. Saya tiada masa untuk memasak sendiri kerana ketiadaan masa. Oleh sebab itu saya terpaksa mengharapkan makanan daripada kafe di bawah hostel, tetapi makanan di situ sangat berminyak dan mahal. Setakat ini itulah sahaja pilihan saya.


Kadang kala saya hanya memakan makanan segera. Sesetengah malam, saya terus tidur dan tidak makan. Mungkin perkara ini yang menyebabkan saya berasa sakit perut di bahagian kanan sejak seminggu yang lalu. Saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan doktor dan terus beli ubat sendiri dari farmasi tetapi sakit tersebut masih ada dan tidak berkurangan. Saya tidak tahu apakah yang menyebabkan sakit perut ini. Bolehkah doktor berikan sedikit penjelasan bagi sakit perut sebelah kanan saya ini? Adakah ia suatu masalah yang serius?

Anonymous
Selamat petang doktor, saya seorang pelajar kolej berumur 22 tahun. Saya tinggal berseorangan di hostel sejak 2 tahun... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam cik, saya memahami masalah cik. Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit perut sebelah kanan boleh berlaku disebabkan beberapa perkara kerana terdapat pelbagai organ yang boleh menyebabkan kesakitan muncul daripada bahagian tersebut. Pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan untuk mendapatkan kesimpulan dalam hal ini. Terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan dalam mendapatkan kesimpulan dalam hal ini. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan
Salam cik, saya memahami masalah cik. Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk penge... See More

Apakah penyebab sakit perut sebelah kanan?

Bahagian perut pada sebelah kanan terdiri daripada beberapa organ seperti :

  • Hati

  • Hempedu

  • Sebahagian daripada pankreas

  • Duodenum dan sebahagian usus besar dan kecil anda

  • Buah pinggang kanan (di belakang belakang organ lain)

Kesakitan juga boleh berpunca daripada kulit dan saraf yang terdapat pada bahagian perut di kawasan tersebut.

Antara punca-punca yang menyebabkan sakit perut pada sebelah kanan adalah :

Masalah usus:

Beberapa masalah pada usus boleh menyebabkan rasa sakit dirasai pada bahagian sebelah kanan perut. Sebagai contoh:

  • Ulser duodenum (duodenal ulser)
    Sakit yang dirasai beberapa jam selepas makan dan boleh dilegakan dengan mengambil antacid. Keadaan ini haruslah dirawat sebelum menjadi parah seperti muntah darah yang merupakan kecemasan dan perlu dibawa terus ke hospital jika berlaku.

  • Gastroenteritis
    Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus. Penyakit ini cenderung memberikan anda rasa sakit pada perut atau lebih bertumpu pada bahagian tengah perut; Walau bagai manapun, kadang-kadang rasa sakit mungkin berada di bahagian perut sebelah kanan. Ia biasanya dikaitkan dengan cirit-birit dan / atau muntah. Anda mungkin mengalami demam ringan.

  • Masalah pencernaan (dispepsia)
    Boleh menyebabkan kesakitan di bahagian atas perut anda, bersama dengan refluks asid dan kembung.

  • Penyakit Crohn dan Ulserative Colitis
    Keadaan jangka panjang seperti penyakit Crohn dan ‘Ulserative Colitis’ boleh menimbulkan kesakitan pada perut di dalam masa-masa tertentu. Ia biasanya menyebabkan cirit birit, kadang kala berserta darah.


Bahagian perut sebelah kanan bukanlah kawasan yang sering terasa sakit dalam penyakit yang dikenali sebagai “irritable bowel syndrome”, ia hanya berlaku dalam kalangan sesetengah pesakit. Kesakitan yang dialami boleh dirasai daripada bahagian dalam dan luar kawasan perut, perut kembung dan cirit-birit ataupun sembelit.

Sakit haid:

Kekejangan haid (dysmenorrhea) adalah gejala haid. Ia boleh berlaku sebelum atau semasa tempoh haid anda keluar. Kekejangan paling kerap dirasai hanya pada sebelah bahagian perut atau kedua-dua bahagian bawah perut di mana otot rahim anda akan menghasilkan pergerakan

Serangan Apendisitis :

Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix). Pesakit akan mengalami sakit pada bahagian bawah perut sebelah kanan, demam panas, berasa loya dan muntah.

Ia merupakan salah satu daripada penyakit yang sering menyebabkan rasa sakit yang berlaku pada bahagian bawah kanan perut. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut.

Hernia:

Hernia berlaku apabila terdapat organ dalaman yang terkeluar daripada kawasan asal disebabkan oleh struktur tisu atau otot lemah yang memegangnya menjadi lemah atau mempunyai masalah. Terdapat beberapa jenis hernia bergantung kepada kawasan dan punca yang menyebabkannnya. Kebanyakannya terletak pada kawasan perut. Sekiranya berlaku komplikasi seperti organ yang terjerut pada sesuatu kawasan, ia boleh menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan pada kawasan yang terjejas.

Batu karang dan jangkitan buah pinggang:

Kesakitan yang berlaku pada bahagian perut sebelah kanan pada kebiasaannya merujuk kepada masalah yang berlaku pada buah pinggang sama ada kesakitan tersebut dirasai pada bahagian hadapan mahupun belakang

Batu karang akan menyebabkan seseorang itu berasa sakit pedih yang datang dan pergi pada bahagian belakang. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit sehingga beberapa jam. Darah juga turut boleh ditemui di dalam air kencing.

Jangkitan pada buah pinggang boleh menyebabkan sakit dirasai sepanjang saluran kencing termasuklah pada belakang tubuh, kawasan hadapan, sebelah kanan perut ataupun pada bahagian bawah perut. Gejala-gejala seperti demam, sakit apabila melakukan pergerakan dan semakin kerap ke tandas boleh ditemui pada penyakit ini.

Penyakit kayap:

Dalam sesetengah kes kayap, seseorang boleh berasa sakit selama beberapa hari sebelum ruam muncul. Kesakitan yang dirasai adalah tajam atau membakar. Bahagian perut sebelah kanan adalah tempat yang paling biasa untuk ruam kayap berlaku.

Sesetengah mendapat sebuah kondisi yang dikenali sebagai ‘postherpetic neuralgia’ iaitu kesakitan yang masih dirasai walaupun kayap telah sembuh.

Masalah pada hempedu:

Tidak semua kes batu hempedu menunjukkan sebarang gejala, namun ia boleh menyebabkan kesakitan yang teramat apabila ia tersangkut pada saluran hempedu. Kesakitan ini dikenali sebagai ‘biliary colic’ dan pada kebiasaannya berlaku selepas seseorang itu mengambil makanan yang berlemak. Sekiranya terdapat jangkitan yang berlaku ia digelar sebagai ‘cholecystitis’ dan keadaan ini akan menyebabkan rasa sakit yang dirasai lebih teruk pada bahagian perut sebelah kanan bersama peningkatan suhu yang tinggi.

Masalah hati:

Walaupun sebahagian besar daripada organ hati terletak pada bahagian kanan perut, namun ia bukanlah organ utama yang memberikan rasa sakit. Rasa sakit yang berpunca daripada organ hati termasuklah:

  • Radang hati (hepatitis):
    Penyakit ini akan menyebabkan demam kuning dan pesakit akan berasa tidak sedap badan terutamanya pada bahagian kanan perut. Namun begitu, tidak semua rasa sakit pada bahagian ini merupakan gejala kepada masalah radang hati. Terdapat beberapa jenis hepatitis antaranya termasuklah hepatitis A, hepatitis B dan hepatitis C.

  • Abses (abcess):
    Ia adalah koleksi nanah yang terkumpul pada sekitar hati atau di bawah tulang rusuk. Ia akan menyebabkan rasa sakit, kemerah-merahan dan demam.

  • Penyakit hati disebabkan oleh alkohol (alcoholic hepatitis):
    Pengambilan alkohol yang terlalu banyak boleh merosakkan organ hati dengan menjejaskan fungsinya, menjadikan kulit kuning dan berasa sakit perut sebelah kanan.

  • Kanser hati:
    Ia boleh berpunca daripada organ hati sendiri ataupun tersebar daripada kanser lain. Namun begitu, kanser yang berpunca daripada hati adalah luar biasa dan jarang berlaku. Kanser darah tertentu, seperti limfoma atau leukemia boleh menyebabkan saiz hati bertambah besar lantas menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit.

Sista ovari:

Sista ovari (ovarian cyst) adalah kantung berisi cecair yang terbentuk pada ovari. Kebanyakan sista tidak menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan dan akhirnya ia akan hilang sendiri. Namun bagi sista ovari yang terlalu besar sehingga pecah, ia boleh menyebabkan gejala yang serius.


Apakah gejala sakit perut sebelah kanan?

Gejala sakit perut sebelah kanan berlaku berdasarkan kepada penyebab-penyebabnya. Antara gejala-gejalanya adalah seperti :

  • Mual dan muntah

  • Najis berdarah atau hitam

  • Sakit apabila melepaskan tekanan tangan daripada kawasan tersebut

  • Pergerakan usus yang menyakitkan

  • Cirit-birit

  • Sembelit

  • Perut kembung

  • Dehidrasi

  • Pelepasan faraj yang luar biasa dengan bau yang tidak baik

  • Tidak kencing atau kencing yang menyakitkan

  • Sakit kepala

  • Pening

  • Demam

  • Kulit sejuk dan lembap

Untuk mengetahui gejala lain berdasarkan penyebab sakit perut di sebelah kanan anda boleh bercakap dengan doktor.


Apakah rawatan sakit perut di sebelah kanan?

Rawatan sakit perut di sebelah kanan berdasarkan kepada punca-puncanya.

  1. Ulser perut atau duodenum:
    Rawatan dengan mengambil ubat antacid dan juga ubat untuk mengurangkan asid dalam perut. Anda juga perlu mematuhi waktu makan anda dan mengelakkan daripada mengambil makanan yang berminyak, pedas dan masam.

  2. Batu karang:
    Masalah batu karang boleh diubati dengan prosedur pembedahan atau terapi ESWL yang menggunakan gelombang daripada luar tubuh badan untuk memecahkan batu karang pada buah pinggang.

  3. Batu hempedu:
    Boleh dirawat menggunakan beberapa prosedur pembedahan untuk mengeluarkan batu tersebut. Sekiranya batu tersebut kecil, ia boleh terkeluar dengan sendiri. Prosedur yang dipilih oleh doktor akan bergantung kepada kondisi keseluruhan pesakit

  4. Penyakit kayap:
    Ruam kayap boleh diredakan dengan pengambilan ubat antiviral dan ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Terdapat juga ubat sapuan untuk mengurangkan kepedihan dan kegatalan.

  5. Sakit haid:
    Boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat tahan sakit atau dengan mengaplikasikan beg air panas pada bahagian perut yang sakit.

  6. Hernia:
    Sakit hernia yang hanya boleh dirawat dengan pembedahan untuk menutup bukaan yang berlaku pada bahagian perut yang terlibat.

  7. Penyakit apendisitis:
    Sakit apendisitis boleh dirawat dengan antibiotik atau pembedahan mengikut tahap jangkitan tersebut.

Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan rawatan-rawatan lain untuk sakit perut pada sebelah kanan.


Bila anda perlu berbincang dengan doktor?

Sakit perut pada sebelah kanan merupakan salah satu tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda mungkin mengalami masalah yang serius. Secara umumnya, elakkan daripada mengambil ubat tahan sakit kerana ia boleh menyebabkan perut menjadi lebih pedih.

Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini :

  • Rasa mual, pening atau degupan jantung yang pantas

  • Demam atau menggigil

  • Air kencing berwarna merah atau merah jambu atau anda berasa sakit ketika membuang air kencing

  • Bengkak pada perut

  • Najis berdarah

  • Kulit anda berwarna kuning

  • Air kencing berwarna gelap

  • Sakit semakin teruk

  • Kehilangan berat badan tanpa diet

  • Muntah darah

  • Sesak nafas

Saya berharap bahawa penjelasan yang diberikan dapat membantu di dalam penjelasan mengenai sakit perut di sebelah kanan. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tambahan berkenaan kondisi ini, saya sarankan agar anda berbincang dengan doktor-doktor kami pada laman web www.doctoroncall.com.my untuk maklumat lanjut.


References