Sakit Pinggang (Back Pain) - Apakah penyebab dan bagaimanakah gejala-gejalanya

Anonymous
Salam doktor, saya seorang wanita berumur 40 tahun. Saya berkerja sebagai pengurus bank. Setiap hari saya mengalami sakit pinggang yang sangat teruk sampai saya tidak dapat berkerja. Sakit saya bertambah teruk apabila saya habis kerja ataupun bila saya membuat kerja rumah. 
Saya ada 4 orang anak berumur dalam lingkungan 18 ke 10 tahun. Saya seorang ibu tunggal. Saya terpaksa hantar mereka ke sekolah dan juga berkerja di bank dan balik rumah dan membuat semua kerja rumah. Saya juga ada seorang ibu yang tenat dan saya perlu menjaganya kerana saya tiada adik beradik. Saya tiada masa untuk makan ataupun tidur sejak beberapa tahun ini. 
Sejak beberapa hari ini kaki saya juga kejang bila saya duduk di pejabat untuk masa yang lama. Saya rasa sangat stres sejak beberapa hari ini kerana anak - anak saya ada peperiksaan mereka dan saya juga ada projek baru di pejabat. Setiap malam saya tidak dapat tidur kerana sakit pinggang saya. Apakah penyebab sakit pinggang saya doktor? Apabila saya cuma memastikan gejala saya melalui internet, mereka berkata saya ada lumbago. Apakah lumbago doktor? Apakah gejala lumbago dan cara mengatasinya doktor?Bolehkan doktor beritahu saya bagaimana untuk mengelakkan sakit pinggang ini? Saya tiada masa untuk pergi ke klinik ataupun hospital dan saya risau jikalau saya pergi ke hospital mereka akan suruh saya buat banyak pemeriksaan yang mahal dan akan ambil masa yang lama. Saya berharap doktor akan dapat menjawab soalan - soalan saya. Terima kasih doktor. 

Anonymous
Salam doktor, saya seorang wanita berumur 40 tahun. Saya berkerja sebagai pengurus bank. Setiap hari saya mengalami... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam puan, saya faham masalah puan dan keraguan puan untuk pergi ke hospital. Saya akan berusaha untuk menjawab segala persoalan puan. Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dialami oleh semua orang. Terdapat pelbagai sebab sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sebaik mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang, gejala dan cara mengatasinya. Merujuk kepada soalan dan keterangan puan, Lumbago adalah salah satu penyebab sakit pinggang.
Salam puan, saya faham masalah puan dan keraguan puan untuk pergi ke hospital. Saya akan berusaha untuk menjawab segala ... See More

Apakah Punca Sakit Pinggang?

Sakit pinggang mungkin disebabkan oleh masalah di bahagian tulang, otot, organ - organ di bahagian tersebut, kecederaan ataupun masalah saraf.

Sakit pinggang dari masalah tulang

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang selalunya berada di tengah- tengah bahagian belakang.

Penyebabnya :

  • Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
  • Patah tulang rusuk
  • Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
  • Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
  • Kemampatan cakera intervertebral
  • Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
  • Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah otot

Ia dipanggil Lumbago.

Penyebabnya :

  • Otot belakang yang terseliuh
  • Ketegangan otot belakang

Sakit pinggang disebabkan masalah organ

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah organ di bahagian tersebut di bezakan mengikut lokasinya ke sakit pinggang sebelah kanan dan sakit pinggang sebelah kiri. Manakala sakit pinggang dari punca lain boleh ada di kedua - dua belah.

  • Sakit belakang sebelah kanan :

Masalah hempedu seperti infeksi, ataupun obstruksi ke asid hempedu.

Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya

  • Sakit belakang sebelah kiri :

Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya

Untuk golongan wanita, sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh masalah dengan rahim dan juga ovari. Masalah seperti fibroid ataupun risa lendir ovari juga boleh menyebabkan sakit pinggang.

Sakit pinggang disebabkan oleh trauma

Sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh trauma ke bahagian belakang yang boleh mencederakan mana - mana organ, tulang ataupun otot di situ.

Sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh masalah saraf seperti sciatica ataupun saraf cengkeraman.

Gejala Sakit Pinggang?

Gejala lain selain daripada sakit belakang yang boleh menunjuk kepada sakit pinggang adalah :

  • Masalah tidur
  • Sakit pinggang yang memancar ke bahagian kaki, peha, punggung dan juga ke perut
  • Tidak dapat membengokkan badan
  • Tidak dapat meregangkan badan
  • Sakit apabila berdiri dengan tegak
  • Kemerahan kulit di bahangian belakang
  • Bengkak di bahagian belakang
  • Kehangatan kulit di bahagian belakang yang lebam
  • Kelengkungan tulang belakang

Anda boleh bercakap dengan doktor untuk mengetahui gejala mana yang menunjukkan masalah kesihatan anda

Mengikut gejala - gejala ini anda boleh memastikan punca sakit belakang dan selepas memastikannya akan boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Cara Diagnos Sakit Belakang

Punca sakit belakang boleh didiagnos dengan mengambil keterangan lengkap daripada pesakit dan juga membuat beberapa ujian. Pemeriksaan fizikal juga akan menolong untuk mendiagnosi punca sakit pinggang.

Ujian - ujian yang boleh digunakan untuk diagnos sakit pinggang :

  • X- ray belakang dan juga tulang pinggul
  • CT scan ataupun MRI jikalau diagnosi tersebut tidak dapat dikonfirmkan dengan X - Ray. Ujian saraf juga boleh digunakan untuk memastikan masalah saraf.

(Semua ujian ini perlu dibuat selepas berbincang dengan doktor)

Apakah Rawatan Sakit Pinggang?

Rawatan untuk sakit pinggang adalah berdasarkan puncanya. Rawatan yang disyorkan untuk semua punca sakit belakang adalah untuk berehat. Badan anda perlu masa untuk merawatnya sendiri. Dengan mendapatkan tidur yang secukupnya anda boleh mengurangkan sakit pinggang dengan drastik. 

Selain daripada berehat, jikalau sakit adalah terlampau ataupun menghalang anda daripada berkerja dengan baik, anda boleh bercakap dengan doktor untuk mendapatkan ubat tahan sakit yang sesuai dengan keadaan anda. 

Mampatan panas ataupun mampatan ais boleh digunakan untuk mengurangkan sakit pinggang. Mampatan ais akan mengurangkan penghantaran impuls sakit dan mampatan panas boleh mengurangkan kesengitan otot - otot belakang. Mampatan ini perlu diberi selama 20 min sekurang - kurangnya. 

Sesetengah sakit pinggang oleh sebab masalah otot boleh diperbaiki dengan menukar tilam anda. Dengan menggunakan tilam yang tebal yang rata boleh mengurangkan sakit pinggang dan juga sakit punggung. Ada jenis tilam yang dijual semata - mata untuk mengelak sakit belakang. 

Kasut anda juga memainkan peranan dalam mengurangkan sakit belakang. Dengan memakai kasut yang ada lapisan yang tebal untuk tumit boleh mengurangkan stres atas tulang belakang dan mengurangkan sakit. 

Senaman boleh mengurangkan sakit belakang kerana ia akan menguatkan otot - otot belakang dan juga memperbaiki kesengitan otot belakang. Senaman juga menguatkan tulang pinggul. 

Sesetengah sakit pinggang boleh diselesaikan dengan urut tradisional ataupun kiropraktor. Dengan urut dan kiropraktor, tulang- tulang boleh diluruskan dan sebarang keseliuhan boleh diperbaiki.Akupunktur juga dikatakan menolong dalam sebahagian kes sakit pinggang dan punggung. 

Sesetengah sakit pinggang yang berpunca daripada masalah tulang seperti patah tulang perlu dibaiki dengan rawatan surgeri dan juga dengan memakai acuan plaster. 

( Semua rawatan ini berdasarkan individu - individu tersendiri, tahap sakit mereka dan juga puncanya, oleh itu anda perlu berbincang dengan doktor untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk anda ) 

Apakah Cara Untuk Menghindari Sakit Pinggang?

  • Anda boleh menghindari sakit pinggang dengan membuat senaman dan regangan yang betul.
  • Anda juga perlu mengamalkan tabiat berdiri dan duduk dengan tegak supaya tulang belakang tidak mengalami tekanan
  • Jika anda perlu mengangkat barang yang berat, gunakan cara yang betul dengan membengokkan kaki dan pinggul bukan tulang belakang.
  • Makanan yang berkhasiat dan kaya dengan kalsium boleh mengelak daripada mendapat sakit pinggang.
  • Posisi semasa tidur adalah penting kerana ia boleh mengelak kesakitan otot semasa bangun dari tidur.
  • Mengurangkan berat badan juga boleh mengurangkan tekanan atas tulang belakang.
  • Merokok akan melambatkan aliran kepada saluran darah ke tulang belakang dan menyebabkan sakit belakang, oleh sebab itu elakkan daripada merokok
  • Elak daripada menggunakan kasut yang bertumit tinggi
  • Gunakan beg alas dan beg bimbit yang sesuai untuk mengurangkan sakit belakang dan jika beg anda berat, cuba selang dari satu tangan ke tangan yang lain untuk mengurangkan tekanan pada satu tempat.
Saya berharap penerangan yang telah diberikan boleh menyelesaikan sedikit sebanyak keraguan puan. Jika puan masih mempunyai soalan tentang masalah ini, puan boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor kami. www.doctoroncall.com.my .